Saturday, February 27, 2010

EKONOMI HUSNI

Pertumbuhan ekonomi Negara yang berkembang positif ketika ini disebabkan pelbagai factor.

Selain suntikan pakej ransangan ekonomi kedua, pemulihan ekonomi dunia serta aliran perdagangan Negara turut mempengaruhi factor berkenaan.

Jelas Menteri kewangan kedua, dato seri ahmad husni handazlah, belanjawan yang efektif juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan.

Inisiatif penubuhan unit pengurusan projek bagi kerja-kerja pemantauan adalah pendekatan yang releven yang memberi impak dalam memastikan sasaran kementerian dicapai.

Up sound (CUT 1)
Q in/out :sekarang kita lihat pulak adakah kemungkinan kita boleh capai 6 peratus. Oleh itu kementerian kewangan dan epu sedang menyediakan kajian. Bagaimana bentuk inisiatif yang perlu kita jalankan supaya kita dapat capai 6 peratus.

dato seri ahmad husni handazlah

Terdahulu Negara menyasarkan pertumbuhan 5 peratus pada tahun ini namun, melihat potensi sedia ada sasaran enam peratus itu mungkin mampu dicapai dengan mekanisme yang efisen.

Dato seri ahmad husni ditemui di majlis pelancaran pintar mas sekolah kebangsaan manjoi 2 di ipoh.

Mengulas mengenai belanjawan 2010, sebanyak 5.2 billion ringgit diluluskan yang bertujuan melaksanakan matlamat bidang keberhasilan utama negara N-k-r-a.

End//

BINTANG KECIL

BINTANG KECIL

lagu “mama ku ingin pulang” yang dibawakan oleh Adik azrin najwa mohd noh, berjaya menobatkannya johan bintang kecil peringkat negeri perak.

Ia sekalugus melayakkan Adik azrin najwa , 11 tahun mewakili negeri ke pertandingan bintang kecil peringkat zon utara yang akan diadakan pada jUlai depan.

Pertandingan yang diadakan di taiping itu menyaksikan persembahan 9 peserta lain yang layak ke peringkat akhir.

Kesemua peserta ini Berjaya melepasi sesi saringan yang diadakan pada minggu lepas dengan penyertaan daripada 50 kanak-kanak seluruh negeri perak.

Peserta peringkat akhir diberi saguhati berupa wang tunai 100 ringgit sumbangan bank simpanan nasional b-s-n serta sijil penyertaan.

Johan pula menerima wang tunai 500 ringgit, manakala tempat kedua dan ketiga 300 dan 200 ringgit.

Hadiah disampaikan oleh Ketua penerangan negeri, dato hamdi abu bakar.

End//

Friday, February 26, 2010

JEJAK PENYAYANG

JEJAK PENYAYANG

Kenal pasti rakyat miskin melalui program jejak masyarakat penyayang adalah mekanisme yang dilaksanakan oleh bahagian UMNO gopeng.

Dengan bantuan komponen MIC dan MCA seramai 2 ribu 225 rakyat sekitar kawasan itu telahpun didaftarkan dalam program e-kasih. 316 orang daripadanya kaum Cina dan 228 orang kaum India.

Ketua bahagian Umno gopeng, dato hamzah mohd kassim berkata, jumlah berkenaan walau bagaimanapun bukanlah menunjukkan 100 peratus masalah miskin tegar di gopeng itu berjaya diselesaikan.

Justeru, pada 28 februari ini, program jejak masyarakat penyayang terus diadakan di dewan bandaran gopeng bermula pukul 2.30 petang.

Selain menjejak fakir miskin, sumbangan bantuan juga akan diberikan.

pada masa yang sama, rumah terbuka sempena tahun baru cina komponen Barisan Nasional Gopeng akan dianjurkan.

Dijangkakan setiausaha politik perdana menteri, dato shafie Abdullah akan menghadiri program ini.

End//baizura

MENINGGAL RTM

MENINGGAL RTM

Bekas Penyampai berita televisyen dan Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang, Datuk Chek Hashim Embi meninggal kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dikediamanya di Seri Manjung akibat menderita penyakit kanser tulang sejak setahun lalu dan menyebabkan kedua-dua belah kakinya lumpuh.

Jenazah beliau akan dikebumikan selepas solat asar.

Datuk Chek Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai pembantu siaran RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, allahyarham ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama 20 tahun sebelum dilantik menjadi pengarah penyiaran RTM Pahang .

End//

PERLEMBAGAAN SULTAN PERAK (CUT 1)

PERLEMBAGAAN SULTAN PERAK (CUT 1)

Patuhi dan memahami perlembangaan khususnya berhubung kedudukan agama islam.

Perkara ini ditekankan oleh sultan perak, sultan azlan shah ketika bertitah di majlis sambutan maulidur rasul peringkat negeri Perak 1431 hijrah di taiping pagi tadi.

Up sound (cut 1)
Q in :islam diberi perlindungan undang-undang…
Q out :…dihormati dan difahami

Perlembangan yang dirangka berdasarkan asal usul Negara dipersetujui oleh pelbagai pihak berlainan latar belakang.

Tegas sultan azlan, kegagalan menghormati asas ini memungkinan keharmonian tercalar.

Justeru rakyat diminta agar tidak sekali-kali mencetuskan provokasiyang menganggu gugat ketenteraman dan kesejahteraan Negara.

End//baizura

RENTUNG

RENTUNG

Pemandu ditemui rentung di dalam kereta yang ditemui di kilometer 19 simpang pulai pagi tadi.

Panggilan kejadian diterima oleh balai polis simpang pulai kira-kira pukul 8 pagi dan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Jurucakap polis memberitahu, pemandu berkenaan dipercayai bangsa Punjabi yang berumur 48 tahun yang memandu dari arah Cameron highlands ke iPoh.

Dalam pada itu, kemungkinan kemalangan berpunca akibat kebakaran enjin kereta tersebut.

Polis juga menyifatkan tiada unsur jenayah. Mayat berkenaan di bawa ke hospital raja permaisuri bainun, ipoh untuk bedah siasat.

End// baizura

Thursday, February 25, 2010

STPM PERAK

STPM PERAK

Seramai 4-ribu 212 daripada 4-ribu 399 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia S-T-P-M di sekolah kerajaan di Perak tahun lalu mencatat keputusan lulus penuh.

Pengarah Jabatan Pelajaran Perak Mohd Radzi Abd Jabar berkata ia mencatat 95.75 peratus keputusan, mengatasi pencapaian nasional sebanyak 94.68 peratus.

48 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata 292 calon lulus lima prinsipal, 2-ribu tiga lulus 4 prinsipal, 866 lulus 3 prinsipal manakala 597 lulus dua prinsipal dan 44 lulus satu prinsipal.

Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan bahawa pemilihan masuk ke institusi pengajian tinggi awam I-P-T-A hanya mengambil kira empat mata pelajaran.

Dalam pada itu SMK Sam Tet, Ipoh mencatat keputusan cemerlang dimana 21 pelajarnya mencatat keputusan empat prinsipal A.

Bagaimanapun salah seorang pelajarnya, Gavin Loo Koon Yit merupakan satu-satunya pelajar di negeri ini mendapat lima prinsipal A.

Lain-lain keputusan empat prinsipal A ialah SMK Methodist ACS Ipoh – tujuh orang, SMK Anderson Ipoh – lima, SMK Tasek – tiga, SMK Methodist ACS Sitiawan dan SMK Dr Burhanuddin Taiping masing-masing dua orang dan seorang bagi SMK Seri Keledang Menglembu, SMK Seri Ampang Ipoh, SMK Kg Pasir Putih, SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, SMK St Anthony Teluk Intan, SMK Hua lian Taiping, SMK Dato’ Kamaruddin Batu Kurau dan SMK Dato’ Ahmad Lenggong.

End//

[[PPMS DALAM BANDAR]]

[[PPMS DALAM BANDAR]]

Kawasan strategik yang menjadi tempat tumpuan di pilih sebagai lokasi program penempatan masyarakat setempat P-P-M-S.

Menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, dengan pendekatan ini, usaha lebih serius untuk menangani kemiskinan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Bagi projek penempatan yang dilakukan sebelum ini yang dikatakan kurang berjaya akan diberi penilaian semula.

Kerajaan negeri mengenal pasti beberapa lagi kawasan projek P-P-M-S dengan menggunakan pendekatan sama.

Jelas Dato Seri Dr Zambry, perkara ini antara agenda yang akan dibawanya dalam sesi pembentangan bajet rancangan Malaysia ke 10.

Beliau ditemui media di majlis perasmian PPMS kampung sindu, simpang pulai.

Projek di kawasan seluas 10 ekar ini dibuka bagi menempatkan 20 keluarga.
##

Wednesday, February 24, 2010

LERAI POLIS

berikutan penemuan 17 rangka kenderaan, polis Berjaya membongkar kegiatan curi motosikal bagi mendapatkan alat ganti untuk kegiatan lumba haram.

Rangka kenderaan motosikal itu ditemui di dalam tali air di Changkat Lada, KAMPUNG GAJAH.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah Muhammad Fakri Che Sulaiman, kesemua komponen seperti enjin, karburator dan roda sudah .

siasatan awal mendapati kesemua motosikal itu dicuri di kawasan Teluk Intan, Kampung Gajah, Jejawi, Seberang Perak, Simpang Renggam, Kamunting dan Sitiawan.

Muhammad fakir menyifatkan kegiatan itu di lakukan oleh kumpulan remaja.]

End//

RMK 10 RAKYAT

Dalam pada itu, Perak berharap peruntukan yang akan diterima di bawah RMK-10 itu tidak akan mengambil kira peruntukan projek pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata permohonan negeri adalah melaksanakan lebih banyak projek berkaitan kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
Ia diharapkan dapat dipertimbang sewajarnya.

Pembentangan pelan pembangunan RMK-10 negeri akan dikemukankan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Putrajaya.

End//

RMK 10

Kerajaan negeri Perak akan membentangkan pelan jangka panjang pembangunan negeri kepada kerajaan persekutuan esok untuk dibangun dan dimasukkan dalam RMK 10.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelan tersebut dibina berdasarkan 7 keberhasilan Perak Aman Jaya yang telah ditetapkan.

Pelbagai aspek disentuh antaranya mentransformasi pentadbiran dan memberi penumpuan pada pembangunan berimpak besar kepada rakyat.

Jelas beliau, dalam aspek pentadbiran penumpuan akan diberikan dalam mengurangkan jangka waktu berurusan dengan rakyat, disamping mengemaskini kelemahan pentadbiran negeri demi kebaikan bersama.

Beliau berkata demikian selapas menghadiri masjlis bersama kakitangan awam di Manjung.

Tambahnya lagi, kerangka kerja perak aman jaya ini terarah kepada pembangunan ekonomi rakyat yang seimbang yang selaras dengan dasar kerajaan pusat.

Perak merupakan negeri yang pertama menyiapkan pelan jangka masa panjang untnk dibentangkan kepada kerajaan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 10.

End//hakimie

Friday, February 19, 2010

AIR PERAK

AIR PERAK

Sumber air di Perak mencukupi bagi menampung penggunaan air seharian sebanyak seribu 39 juta liter.

Lembaga Air Perak, L-A-P memberi jaminan sumber air mentah berupaya dibekalkan bukan hanya untuk isi rumah malah kepada pihak industri.

Bagaimanapun, rakyat negeri dinasihatkan menggunakan air dengan cermat berikutan cuaca panas ketika ini.

Exco kemudahan awam, tenaga dan air, Dato Ramli Zahari berkata, pihaknya telah bersiap sedia bagi berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Beliau berkata demikian di kuala kangsar.

Mengulas perkara lain, beliau menjelaskan kebimbangan penduduk di Changkat Jong, Teluk Intan terhadap keadaan kolam air di kawasan berkenaan yang boleh mengancam keselamatan penduduk.

Katanya, kolam yang berusia lebih 100 tahun itu sedang dipantau L-A-P.

Dan beliau sendiri akan meninjau kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat

END//

Wednesday, February 17, 2010

MB- ZULKIFLI NOORDIN

“Tidak terkejut dengan politik pembangkang yang sering bercanggah pendirian dan pendapat”.

Itu reaksi menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir berhubung kepincangan yang berlaku dalam politik pakatan rakyat.

Dalam satu kenyataan daripada ahli parlimen kulim-bandar baharu, zulkifli noordin, beliau menyifatkan pakatan pembangkang kini ditawan sekumpulan “firaun kecil” yang mempunyai agenda membawa Malaysia keluar daripada kerangka perlembangaan persekutuan.

Up sound (cut 1)

Q in/out :itulah hakikat yang berl;aku antara mereka, dia ialah, bila zul bercakap ni tentulah ada sebab dia, mestilah dia ada asas dia, takkanlah dia nak keluar ayat begitu sahaja sebab dia orang yang berada di dalamnya dan dia tahu apa yang dia cakap.

Dato seri dr zambry membuat kenyataan itu di Ipoh.

End//

Tuesday, February 16, 2010

BAPA ANGKAT UMNO

BAPA ANGKAT UMNO

Konsep bapa angkat antara majlis tertinggi umno dengan peringkat bahagian suatu langkah memantapkan sistem penyampaian dan penerangan agenda parti kepada rakyat.

Ahli majlis tertinggi UMNO, dato mustapa Mohamed berkata, melalui tindakan ini juga ia mampu menghidupkan program di setiap bahagian.

Up sound (CUT 1-27 SAAT)

Q in :yang penting hari ini
Q out :…untuk bersama.

Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra UMNO bahagian Gerik di gerik.

Dalam pada itu, Dato mustapa yang juga ahli parlimen jeli memberitahu, untuk tempoh seminggu ini iklan di media cetak akan dikeluarkan bagi membuat penjelasan berhubung isu wang ehsan kelantan.

Ia penting bagi mengelakkan perkara ini terus dipolitikkan dan disalah tafsir oleh rakyat akibat dakyah fitnah pembangkang.

End//baizura

LAHIR TAHUN BARU CINA

LAHIR TAHUN BARU CINA

Sempena sambutan tahun baru cina ini, hospital pantai ipoh h-p-i menerima empat kelahiran baru iaitu dua daripadanya adalah orang melayu.

Zariah yahya dan siti hajar abu zarin masing-masing menerima bayi perempuan dan lelaki iaitu dilahirkan pada 14 februari lalu.

Bagi yang huel ping, kelahiran anak pertamanya sememangnya memberi sinar dan kegembiraan yang amat bersejarah di dalam keluarganya. Yang yang bertugas sebagai jurutera pembangunan perniagaan melahirkan anak perempuannya pada 15 februari.

Seorang lagi ibu bertuah ialah tay yen yen yang menerima anak perempuan seberat 3.2 kilogram. Beliau seorang surirumah menetap di pulau pinang dan pulang ke kampungnya di ipoh, adalah untuk menyambut tahun baru cina bersama keluarganya di sini.

Namun, kepulangannya lebih bermakna dan meninggalkan detik manis kepada seluruh ahli keluarganya di sini.

Kesemua bayi yang dilahirkan pada dua tarikh ini menerima sumbangan daripada pihak h-p-i.

End//

KTMB

KTMB

Tiada penambahan bagi perjalanan menggunakan khidmat keretapi tanah melayu berhad k-t-m-b arah ipoh-kuala Lumpur ketika musim cuti ini.

Menurut eksekutif operasi dan pemasaran ipoh, zainal Rashid zakaria, pihaknya akan hanya menambah gerabak bagi setiap jadual perjalanan jika permintaan terhadap perkhidmatan itu banyak.

Dari segi waktu perjalanan ia adalah sama dari kedua-dua arah iaitu empat kali sehari.

Jadual masa yang ditetapkan bagi perjalanan ipoh kuala Lumpur pada waktu pertama ialah pukul 4. 40 pagi, diikuti pukul 9 pagi, 6 petang dan yang terakhir 9.45 malam.

Dalam pada itu, k-t-m turut mengadakan promosi harga ipoh ke kuala Lumpur dengan kadar antara 12 hingga 22 ringgit sehala.

End//

Saturday, February 13, 2010

HUJAH

HUJAH

Kemenangan dato seri dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar perak diputuskan mahkamah persekutuan 9 februari lalu adalah berdasarkan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri perak serta menggunapakai sisitem raja berpelembagaan.

justeru Sultan Melayu mempunyai hak mutlak ke atas 2 perkara iaitu melantik Menteri Besar dan membubarkan Dewan Undangan Negeri dun.

ketika dato seri mohd nizar jamaluddin hilang majority dalam dun, beliau menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 dan memohon membubarkan dun, namun ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah, keengganan dato seri mohd nizar meletakkan jawatan sebagai menteri besar apabila dititahkan Sultan Perak secara tidak langsung jawatan itu akan dianggap kosong.

Itu antara perkara yang dijelaskan oleh Penasihat undang-undang UMNO, datuk hafarizam harun dalam sesi taklimat kes berkenaan kepada rakyat di kediaman menteri besar semalam.

Ia adalah hujah yang jelas dan termaktub di dalam undang-undang negara yang menyebabkan pelantikkan dato seri dr zambry sebagai menteri besar yang dipekenan oleh sultan perak sememangnya sah.



End//

Friday, February 12, 2010

MB RUMAH TERBUKA

MB RUMAH TERBUKA
Buat pertama kalinya menteri besar perak mengadakan rumah terbuka sempena tahun baru cina pada hari ahad bermula pukul 1 himgga 3 petang di kediamannya.

Dato seri dr zambry abdul kadir berkata, ia sebagai menghargai rakyat dan meraikan sambutan itu dengan lebih mesra dan terbuka.

Walaupun anjurannya dianggap sederhana tetapi ia akan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa serta pertunjukan seni mempertahankan diri shaolin dan kung fu yang didatangkan khas dari China.

Dalam pada itu, dato seri Dr Zambry akan menyampaikan mesej sambutan danberharap orang ramai terutama penduduk sekitar Lembah Kinta mengambil peluang untuk menghadiri majlis berkenaan.

Beliau berkata demikian di kediamannya sempena majlis kesyukuran dan perhimpunan rakyat di ipoh, semalam.

Pada hari yang sama, rumah terbuka MCA Perak turut diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Yuk Choy ipoh.

Bagi sambutan peringkat negeri ia akan diadakan pada 21 februari di chenderiang, tapah.

End//

GAJI PEKERJA ASING

SUBRAMANIAM

Tiada sebarang persetujuan yang dibuat oleh kerajaan dengan kerajaan luar berhubung gaji tetap terhadap perkerja asing.

Hal ini dinyatakan oleh menteri sumber manusia, dato dr s.subramaniam ketika diminta mengulas isu gaji pembantu rumah warga Indonesia.

pihak Indonesia pernah meminta gaji pembantu rumah warganegara itu ditetapkan sebanyak 800 ringgit. Namun dato dr subramaniam menjelaskan ia bergantung kepada majikan.

Dari segi penawaran gaji untuk setiap pekerja asing yang bekerja di negara ini tertakluk di bawah persetujuan majikan.

Dato dr subramaniam berkata demikian selepas majlis penyampaian mesin jahit kepada pelatih program kemahiran anjuran wanita M-IC bahagian lumut di sitiawan.

Program itu antara inisiatif kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah khususnya kaum wanita untuk meningkatkan hasil isi rumah.

End//baizura

TRANSFOMASI

TRANSFOMASI

Agenda transformasi pembangunan yang menjadi fokus kerajaan bermula dengan daya pemikiran dan pembentukkan sikap masyarakat.

Bagi memastikan pemacuan ke arah negara berdaya saing menjelang 2020 pelaksanaan itu perlu digerakkan mulai sekarang.

Menurut timbalan pengarah mampu, abdul rahim mad noor, kayu pengukur kepada pembangunan tidak semata-mata berteraskan kepada sumber kekayaan negara mahupun faktor usia negara itu sahaja.

Dengan pelan strategic yang menyeluruh, ia perlu disempurnakan oleh badan pelaksana yang prograsif sebagai pemangkin menggerakkan misi dan visi kerajaan itu.

Abdul rahim berkata demikian dalam sesi taklimat program transformasi pengurusan perkhidmatan awam negeri perak di ipoh.

Ia dihadiri hampir 500 ketua dan pegawai jabatan kerajaan.

Sebelum itu, dalam ucapan setiausaha kerajaan negeri, dato abdul rahman hashim, Perak kini mempunyai pelan strategic yang berteraskan kepada misi kerajaan iaitu melalui gagasan perak amanjaya.

Elemen kualiti menjadi keutamaan dengan bersandarkan kepada tujuh aspek keberhasilan.

End//baizura

Thursday, February 11, 2010

HARGA TERKAWAL

HARGA TERKAWAL

harga barang sempena tahun baru cina ini terkawal.

Tinjauan di pasar besar ipoh mendapati rata-rata orang ramai berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

Bersama Yang sariah ismail, rahmah majid. Eunice tan, lee foo chong dan supelatchimi kupusamy

Up sound (cut 1 : 28 saat)
Q in :semua harga barang…
Q out :…biasa saja

pada masa yang sama, exco kerajaan negeri, dato dr mah hang soon membuat tinjauan di pasar berkenaan.

Beliau turut menyampaikan jemputan kepada peniaga untuk hadir ke majlis sambutan tahun baru cina pada 14 februari ini bertempat di sekolah jenis kebangsaan cina yuk choy, ipoh.

Majlis berkonsepkan satu Malaysia ini dianggar akan dihadiri oleh 3 ribu orang.

End//baizura

POLIS CARI

POLIS CARI

Pihak polis mencari seorang lelaki bangsa cina, Sim Zeng Soon @ Ah Soon berusia 23 tahun untuk membantu siasatan kes penipuan pinjaman wang di Perak.

Menurut kad pengenalan, sim zeng soon menetap di alamat nombor 1082 Taman Tangkak Jaya, 84900 Tangkak, Johor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi ASP Ng Swie Chait di talian 05 – 5452252 atau 012 – 3121632.

Sebelum itu, ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah menyatakan kejayaan pihaknya menumpaskan sindiket wang palsu ini atau “ah long” dengan tertangkap tujuh lelaki yang disyaki terbabit.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi oktober lalu sehingga minggu lepas.

Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas wang tunai 13 ribu ringgit dan berjaya menyelesaikan 31 kes seumpama itu di negeri ini.

Justeru orang awam dinasihatkan menggunakan saluran yang sah untuk membuat sebarang pinjaman wang .

End//

Wednesday, February 10, 2010

TOUR 1M

TOUR 1M

Perak negeri pertama mengadakan wacana gagasan 1 malaysia di bawah anjuran Jawatankuasa Penyelaras Program Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (JKP KPKK).

Ia bertujuan memberi penjelasan yang lebih tepat mengenai konsep itu terutamanya kepada kakitangan agensi di bawah kementerian berkenaan.

Menurut pengarah penerangan negeri Perak, zaharin zainuddin, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan dijangkakan proses ini selesai dalam tempoh dua tahun.

Selain itu, penjelasan mengenai konsep perak amanjaya akan turut sama dalam sesi jelajah ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup wacana 1 malaysia di enggor. Majlis ini dirasmikan oleh timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, dato joseph salang gandum.

Seterusnya, menjelang mei ini program itu akan diadalah hulu perak, diikuti bulan julai di kuala kangsar, September di manjung dan November di Hilir perak.

End//ezza

OPS SIKAP 21

OPS SIKAP 21

Sejak 6 februari lalu, 25 saman dikeluarkan oleh pihak polis negeri Perak.

21 daripadanya membabitkan kesalahan memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan 4 saman lagi meletakkan kenderaan di susur keluar kawasn rehat dan rawat.

Menurut ketua polis negeri, dato zulkifli Abdullah, kesalahan ini tidak akan dikrompomi berikutan ia akan mengundang kemalangan yang dasyat kepada pengguna jalan raya yang lain.

Justeru melalui ops sikap 21 sempena tahun baru cina ini, anggota polis akan mengadakan pemantauan yang lebih rapi, bukan hanya di lebuh raya tetapi di jalan persekutuan juga.

8 lokasi di laluan lebuhraya utara selatan dikenalpasti menjadi kawasan kerap kemalangan dan anggota polis akan ditempatkan di situ untuk memantauan.

Manakala di laluan persekutuan, 14 lokasi menjadi pemerhatian.

Dato zulkifli berkata kepada pemberita sempena perhimpunan bulanan ketua polis negeri di Ibu pejabat kontijen i-p-k Ipoh.

Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya pemilik premis agar peka dengan keselamatan sepanjang cuti perayaan ini.

Tegasnya lagi, pemilik premis jangan ada sikap tidak ambil peduli terhadap alat penggera yang berbunyi.

End// baizura

Tuesday, February 9, 2010

REAX PEMIMPIN

REAX PEMIMPIN

Keputusan mahkamah persekutuan semalam yang memihak kepada dato seri dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pemimpin.

Perdana menteri dato seri najib abdul razak mengharapkan rakyat negeri ini memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri dr Zambry menumpukan tugas untuk membela rakyat.

Malah jangan ada pihak yang cuba mempolitikkan keputusan mahkamah itu.

bagi menteri pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, beliau mengharapkan semua pihak mestilah menghormati keputusan yang dibuat. Keluhuran undang-undang mestilah ditegakkan.

keputusan memihak pentadbiran barisan nasional b-n dianggap perkembangan positif untuk Perak. Demikian pandangan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Beliau juga menyatakan keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, dato seri dr zambry mampu memastikan kemenangan ke atas BN.
Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Kong Cho Ha pula meminta semua pihak menerima keputusan mahkamah dan tidak cuba menimbulkan kekacauan di negeri itu.

tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Itu pula reaksi daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik dato seri dr Zambry sebagai menteri besar.

ia bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang kehilangan undi dalam dewan undangan negeri dan sekaligus tidak melayakkan beliau menjadi menteri besar lagi ketika itu.

End//

KEMALANGAN

KEMALANGAN

Lagi kemalangan maut melibatkan treler di tepi lebuh raya.

Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 207.5 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kamunting

Menurut Jurucakap polis, kejadian pukul 4.32 petang semalam, disebebkan kegagalan tai yuen keow, 39 tahun mengawal keretanya sebelum terbabas dan meremuh treler yang berada di lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan.

Tai yang memandu sendirian sedang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Butterworth.
Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala, meninggal di tempat kejadian.

mayatnya hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

End//

Banjir lumpur

18 buah rumah di taman seri Kampar, kampar mengalami banjir lumpur.
dakwa penduduk, puncanya daripada projek penanaman kelapa sawit di lereng bukit yang berhampiran dengan perumahan mereka.

Sebelum ini, projek penanaman pokok getah dilakukan di situ namun, ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

Aduan kepada pemaju tentang Masalah itu telahpun dibuat sejak dua bulan lalu.
Dalam pada masa yang sama, pihak pejabat menteri besar dimaklumkan mengenai masalah berkenaan.

Justeru, Penasihat menteri besar, Dato veerasingam turun padang melawat tempat kejadian.

Beliau turut mengArahkan pejabat daerah batang padang dan Kampar mengadakan perbincangan segera dengan pemaju terbabit.

Dato veerasingam yang ditemui di Kampar turut menyampaikan sumbangan dan bantuan keperluan kepada mangsa banjir.

Kerja-keraj membersih rumah dibantu anggota bomba dan jabatan kerja raya j-k-r.
End//

MBI

MBI

Lebih 200 orang yang menyertai ipoh aerobathon anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 28 Februari ini.

Pertandingan berbentuk senaman aerobic itu akan berlangsung selam 3 jam tanpa henti dengan dikendalikan oleh tenaga pengajar aerobic dari negeri luar.

Pertandingan yang dibuka untuk rakyat Malaysia itu akan bermula pukul 7.30 pagi di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Johan pertandingan akan diberi wang tunai 300 ringgit, naib johan 200 ringgit dan tempat ketiga 100 ringgit.

Dalam satu kenyataan lain, m-b-I turut menyatakan pertukaran tarikh dan lokasi acara ipoh international run 2010 yang akan diadakan pada 4 Julai depan yang ditukar tarikhnya ke 18 julai dan ia akan berlangsung di stadium indera mulia, ipoh.

End//ezza

Kronologi MB

Kronologi MB

Hari ini akan terjawabnya milik siapakah status menteri besar perak.
Mulanya apabila tiga ahli dewan undangan negeri ADUN daripada pakatan rakyat PR mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional b-n.

Maka ketika itu timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti dan layak menubuhkan kerajaan baru.

6 februari 2009 mulanya pelantikkan dato seri dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar Perak yang ke-11.

Perlantikkan beliau dipekenan oleh sultan perak, sultan azlan shah.

Namun, pelantikkan menteri besar dan penubuhan kerajaan BN tidak disenangi pembangkang.

Pada 13 Februari 2009, bekas menteri besar, dato seri Mohammad Nizar jamaluddin mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah tinggi mengisytiharkan dirinya masih Menteri Besar yang sah.

Beliau turut memohon injunksi melarang dato seri Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai MB.

6 mac 2009, kes ini dirujuk ke mahkamah persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh dato seri Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan dato seri Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

namun pada 23 Mac Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

hampir sebulan kes ini dihujahkan, dan keputusan mahkamah tinggi pada 3 April telah memihak dato seri Mohammad Nizar untuk mencabar kesahihan pelantikan dato seri dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

maka 11 Mei mahkamah tinggi mengistiharkan dato seri Mohammad Nizar masih menteri besar perak yang sah atas alasan beliau tidak pernah mengosongkan jawatan itu.

Sehari selepas keputusan mahkamah tinggi itu dibuat, dato seri dr zambry menfailkan tangguhan keputusan tersebut ke mahkamah rayuan dan Hakim Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan itu.

Tarikh 22 mei telah memihak kepada dato seri dr zambry apabila keputusan mahkamah tinggi 11 mei lalu dibatalkan.

Mengikut perlembangaan, pelantikan dato seri Dr Zambry sebagai menteri besar adalah secara sah.

Tidak terhenti di situ, isu siapa menteri besar yang sah terus menjadi tanda Tanya
mahkamah pula menjadi rujukan.

Pada 19 Jun dato seri Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 november, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes Dan hari ini penentuan selama tiga bulan itu akan terjawab.

End//

JPN MY KAD

JPN MY KAD

Jabatan pendaftaran negeri perak j-p-n mengharapkan agar orang ramai menuntut MY KAD dan MY KID yang kini menjadi longgokan di pejabat berkenaan.

Menurut pengarahnya, alias mamat, urusan penyerahan ini adalah diperingkat kedua iaitu tuntutan dokumen yang berada pada tempoh kurang daripada setahun.

Kegagalan orang ramai membuat tuntutan akan menyebabkan semua dokumen itu akan dilupuskan oleh pihak ibu pejabat.

Walau bagaimanpun, alias memberitahu, pasukan khas akan bergerak membantu mereka yang tidak mampu berurusan secara terus dengan pihak J-p-n khususnya golongan orang kurang upaya, warga emas dan orang asli di pedalaman.

Bagi memudahkan urusan, perkhidmatan kaunter bergerak juga dibuka. Bagi j-p-n cawangan ipoh kaunter dibuka tujuh hari pada waktu pejabat.
Sebarang tarikh penutupan kaunter akan dimaklumkan.

Dalam perkembangan lain, alias memberitahu pihaknya kini menerima kerjasama baik dari pasukan polis tempatan untuk pendaftaran MY KAD anggota polis bagi melayakkan menerima mereka menerima subsidi petrol mei depan.

sehingga kini hampir 3 ribu permohonan diterima dan segala urusan dijangka dapat diselesaikan pada bulan mac ini.

End//baizura

Monday, February 8, 2010

TINDAKAN HARGA NAIK

TINDAKAN HARGA NAIK


Tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang menaikkan harga barang sempena Tahun Baru Cina.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata walaupun harga siling ditetapkan, para peniaga boleh menjual barangan di bawah paras harga yang ditetapkan.

Pengguna juga perlu bertindak secara bijak dengan membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan.

Penguatkuasaan barangan kawalan akan bermula 10 Februari ini.

Datuk Tan berkata demikian di Gerik.

HUSNI SOKONG

HUSNI SOKONG

Empat tonggak pembangunan dalam pelaksanaan agenda kerajaan tahun ini akan mendapat sokongan dari pelbagai pihak diyakini kerajaan.

Menteri Kewangan ke dua, Datuk Seri Mohd Husni Hanadzlah berkata keempat-empat tonggak itu gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Dua perkara lain yang menjadi sebahagian daripada empat tonggak itu ialah pemikiran yang kreatif dan inovatif serta kepantasan membuat keputusan, dasar dan pelaksanaan, yang berkaitan dengan daya saing sesebuah negara.

Ia merupakan satu usaha bagi memacu perpaduan nasional yang membawa kepada kestabilan dan bergerak dalam satu keluarga yang besar untuk menuju matlamat yang sama.

Datuk Seri Husni sebelum itu menyampaikan sumbangan tahun baru cina kepada 700 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di kawasan Tambun.##

MURUGIAH PENJAWAT AWAM

MURUGIAH PENJAWAT AWAM

Bagi mengisi kekosongan jawatan sektor perkhidmatan awam, lebih ramai penjawat awam dari kaum india akan diambil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata kerajaan prihatin dengan masyarakat itu dan telah mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam S-P-A bagi meningkatkan pengambilan kaum India.

Datuk Murugiah berkata S-P-A turut memberi akuan tersebut dalam satu sesi dialog yang diadakan.

Bagaimanapun pengambilan tetap berdasarkan kepada kelulusan setimpal.

Daripada 1.2 juta penjawat awam di negara pada masa ini, 51 ribu terdiri daripada kaum India.

Datuk T. Murugiah berkata demikian selepas mengadakan majlis dialog dengan 200 pertubuhan bukan kerajaan NGO di Ipoh.

Pada majlis dialog itu beliau menyeru NGO supaya memainkan peranan mengurangkan kadar jenayah di kalangan belia kaum india.##

PANGKOR PEMBANGUNAN

PANGKOR PEMBANGUNAN

Lagi mengenai pembangunan untuk keselesaan rakyat.!!

Dalam masa yang sama, menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir turut mengumumkan kelulusan peruntukkan bernilai 25 juta ringgit bagi pembinaan dataran warisan pangjor di pulau pangkor.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri ADUN pangkor berkata, dalam menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan utama, masyarakat setempat perlu bersama-sama merealisasikannya.

Justeru beliau menegaskan agar peniaga tidak mengambil kesempatan mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pengunjung khususnya harga ke atas makanan. Perkara ini secara tidak langsung akan menjejaskan daya tarikan pelancongan ke Pulau Pangkor.

Terdahulu dato seri dr zambry turut mengumumkan menjelang mac depan kerja-kerja menaik taraf sebuah lagi jeti di Pangkor akan dilaksanakan dengan kos melibatkan 1.9 juta ringgit.

Beliau ditemui di Pulau pangkor.

End//baizura

PERUNTUKKAN AWAL

PERUNTUKKAN AWAL

Kerajaan pusat meluluskan peruntukkan awal 20 juta ringgit bagi projek menaik taraf jalan raya batu tiga, segari ke changkat jering,taiping.

Menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, projek itu sebagai pemangkin untuk merancakkan pembangunan si daerah manjung khususnya. Ia juga sebagai mercu tanda projek pembangunan demi kemudahan dan keperluan rakyat.

Projek bernilai 680 juta ringgit itu akan melibatkan kerja-kerja melebarkan laluan berkenaan kepada dua lorong bagi setiap hala.

Dato seri dr zambry ditemui media selepas majlis penyampaian sumbangan tahun baru cina di pulalu pangkor.

End//baizura

CURI TNB

Sebuah pengubah atau transformer bernilai 100 ribu ringgit milik tenaga nasional berhad hampir di curi.

Kejadian berlaku di sebuah pencawang di kawasan perindustrian tekah, simpang pulai yang melibatkan tiga lelaki berusia 40 an.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketiga-tiga lelaki tersebut dipercayai diupah untuk membawa alat berkenaan ke kuala Lumpur.

suspek ditahan polis sejurus selepas pengawal TNB di kawasan berkenaan memaklumkan mengenai kehilangan alat berkenaan pada pukul 9 pagi semalam.

ketika ditahan tiga lelaki itu berada dalam sebuah lori yang membawa pengubah berkenaan yang tidak jauh dari kawasan perindustrian tersebut.
Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

End//

Sunday, February 7, 2010

EKONOMI ORANG ASLI

Masyarakat orang asli di Pos kemar, Gerik bakal mengusahakan projek penternakan dan pertanian yang bertujuan menjana pendapatan mereka.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri , koperasi dan kepenggunaan, Dato Tan Lian Hoe berkata ia dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi mereka yang sebelum ini hanya bertumpu kepada hasil hutan semata-mata.

Mereka dijangka akan mengusahakan ternakan ayam dan penanaman cili.

dato tanmembuta kenyataan itu semasa mengadakan program turun padang KPDNKK serta majlis penyampian sumbangan kepada masyarakat orang asli di Gerik.

Majlis ini turut disertai angkatan tentera Malaysia A-T-M di bawah program jiwa murni, kementerian pertahanan.

Dalam perkembangan lain, Dato tan yang juga ahli parlimen Gerik berkata, pihaknnya akan mencari penyelesaian berhubung keperluan prasarana dan kemudahan yang masih belum dinikmati oleh masyarakat di sini.

Antaranya keperluan pencawang komunikasi, bekalan air dan elektrik serta pembinaan asrama di Sekolah kebangsaaan pos kemar.
End/baizura

INOVASI PELANCONGAN

INOVASI PELANCONGAN

Inovasikan produk lama.

Ia satu cara bagi mengembalikan semula prestij produk tempatan khususnya untuk di muatkan dalam pakej pelancongan negara.

Menteri pelancongan, Dato Seri Dr Ng Yen Yen berkata untuk meningkatkan promosi pelancongan, carian produk baru juga penting jika mampu mendapat tempat di pasaran.

Terkini, produk makanan menjadi satu lagi daya penarik.

Kepelbagaian makanan di Negara ini mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Pada masa yang sama, inisatif menerbitkan buku makanan turut digalak bagi menyedia maklumat kepada pelancong.

Ia secara tidak langsung mempromosikan satu lagi daya penarik pelancongan dalam negara.

Kementeriannya juga akan memfokus kepada produk pelancongan bertemakan taman dan kawasan rekreasi tahun ini.

Sekaligus di harap dapat membantu mencapai sasaran jumlah pelancong luar negara tahun ini seramai 24 juta orang khususnya dari China, India dan Asia Tengah.

End//baizura

Saturday, February 6, 2010

SETAHUN MB (SIRI 2)

SETAHUN MB (SIRI 2)

Mengimbau sejarah politik menteri besar ke 11, dato seri dr zambry abdul kadir, ia penuh liku dan onak.

Awal perkenalannya sebagai menteri besar sering mendapat tentangan dan kritikan, atas kekuatan senyuman dato seri dr zambry , ia mampu melemahkan kospirasi pembangkang.


“Tidak melayan” itu tindakan mudah yang diambil oleh beliau dalam berhadapan dengan karenah politik mainan pembangkang. Malah sikap keterbukaannya menerima pandangan demi kepentingan rakyat sering diberi ruang kepada semua pihak.

Biarpun berdepan dengan konfrantasi, namun ia tidak merencatkan pembangunan di negeri ini khususnya dari aspek pelaburan.

ia dapat dilihat melalui penjanjian MOU yang telah dibuat ketika lawatanya bersama Perdana Menteri ke Arab Saudi, Dubai dan India.

Antaranya dengan Samya Biotech, sebuah logi pembuatan farmasi yang melibatkan pelaburan hampir 100 juta ringgit dan terbaru sebuah syarikat pemprosesan minyak dari india menunjukkan minat melabur di perak dengan nilai pelaburan hampir 5 billion ringgit.

Semua usaha ini dijalankan atas initiative kerajaan negeri untuk menjadikan perak negeri berpendapatan tinggi.

penubuhan khas Institut Darul Ridzuan (IDR) selaku badan pemikir adalah bagi memperbaiki sosio-ekonomi rakyat dan pembangunan keseluruhan negeri Perak.

Senyuman dato seri dr zambry telah mengundang isu kepadanya, Walau apapun, di sebalik senyuman yang dilemparkan, ketegasan dato seri dr zambry terpampang jelas apabila soal keamanan dan perpaduan menjadi ugutan dan mainan.

Sungguhpun dalam setahun ini, pelbagai perkara yang berlaku di perak, namun beliau tidak melatah. hanya bertindak mengikut lunas undang-undang.

Walau apapun alasan berkaitan keharmonian negeri, dato seri dr zambry tidak sekali-kali berkompromi dalam hal itu.

Dalam menilai tapuk pentadbiran, Dato seri dr zambry meletakkan rakyat sebagai penilai dan secara tidak langsung menjadi pengukur kepada indeks prestasi utama, k-p-i.

segala amanah cuba dilaksanakan sebaik mungkin, namun dari kaca mata rakyat adakah tanggungjawab itu sempurna pada pandangan mereka?


End//

SETAHUN MB (SIRI 1)

SETAHUN MB (SIRI 1)

Pernah mengungkapkan kalimat “Menteri besar untuk semua”.

Dalam tempoh setahun menerajui pentadbiran negeri Perak, kata-kata itu telahpun melakar makna serta memberi gambaran jelas komitmen menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir apabila memikul amanah serta menunaikan janji-janjinya.


Biarpun dianggap berdepan dengan pentadbiran yang genting, namun cabaran dan dugaan senantiasa disahut dengan menekankan prinsip berkerja secara berpasukan.

Pentadbirannya berorientasikan tujuh keberhasilan utama dengan matlamat membentuk kualiti kehidupan yang aman dan berjaya.

Menerusi perak amanjaya ia direalisasikan dengan pelan pembangunan menyeluruh yang melangkaui tempoh jangka masa pendek.

Tanpa ada yang terlepas pandang, dato seri dr zambry sering memastikan segala perancangan dan pembangunan negeri memberi impak positif kepada rakyat.

Selain projek infrastruktur dengan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) serta pembinaan laluan jalan utama sekitar negeri, projek infostruktur turut menjadi agenda pembangunan dato seri dr zambry.

Melalui e-urusan yang diperkemaskan, kini, segala hal berkaitan hak milik tanah dapat diselesaikan dengan tempoh kurang dua jam sahaja.

Optimis dengan kesejahteraan rakyat, dato seri dr zambry terus menyusun gerak serta merencana idea khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan.

Yayasan Bina Upaya ditubuhkan bagi mengurangkan jurang antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.
Pembinaan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) disetiap daerah membantu rakyat miskin hidup dengan selesa pada kadar sewaan 100 ringgit.

Malah, konsep 3p yang ditekankan dianggap sebagai pemangkin menggerakkan jentera pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat.

Menyediakan peruntukkan khas untuk belia, orang asli, kaum sikh, India, dan cina, ia menunjukkan sinonimnya ungkapan menteri besar rakyat dengan dato seri dr zambry.

Malah nasib warga emas, orang kurang upaya, ibu dan bapa tunggal serta golongan miskin, skim tabaruk diperkenalkan demi membela nasib mereka. Untuk itu, empat juta ringgit disediakan kerajaan negeri.

Peka dengan pendidikan, perak satu-satunya negeri menyediakan peruntukkan khas atas kelahiran baru untuk 200 ringgit setiap orang demi memastikan generasi baru terpelihara pendidikan.

Walaupun pelbagai jolokan dan pandangan sinis dilemparkan kepada dato seri dr zambry, namun beliau terus mengorak langkah ke hadapan menjuarai rakyat, serta meneruskan agenda demi masyarakat.

Esok kita akan menyentuh politik dato seri dr zambry yang sememangnya menjadi bualan dan bahan arus media.

Adakah disebabkan itu, ia membantut perkembangan ekonomi di Perak?

Malah apakah pandangan dari kaca mata rakyat mengenai menteri besar rakyat ini.

End//

SKUAD SAYANG BN

SKUAD SAYANG BN

Julung kalinya, skuad sayang wanita Barisan nasional dilancarkan di Perak hari ini.

Harapannya agar ia menjadi model kepada semua pegerakkan jentera b-n di seluruh negeri.

Pengerusi pegerakkan barisan nasional perak, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, dalam usaha menambat hati rakyat, konsep turun ke bawah seperti ini perlu dimeriahkan semula.

Tegas beliau, walaupun menerima sindirin atau halangan demi menabur khidmat untuk rakyat, anggota wanita b-n tidak perlu gentar dan berpaling tadah dengan perkara itu. Biar rakyat menilai sendiri keikhlasan yang ingin diberikan.

Dato seri dr zambry berkata demikian selepas melancarkan skuad sayang wanita UMNO dan Skuad sayang barisan nasional di Ipoh.

beliau yang juga menteri besar perak turut mengharapkan agar rakyat mula berpandangan positif dan beralih arah daripada sogokkan sentiment politik semata-mata.

Yang lebih penting berkerjasama demi membangunkan agama, bangsa dan negara.


End//baizura

Friday, February 5, 2010

DIPLOMATIK

DIPLOMATIK
pendekatan diplomatic digunakan bagi menyelesaikan isu berhubung kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia Negara.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas beliau, perkara itu telahpun diperjelaskan kepada pendana menteri dan demi menjaga hubungan baik kedua-dua Negara, perdana menteri turut meminta supaya identity kedutaan itu tidak didedahkan.

Dato seri dr ahmad zahid berkata demikian selepas melancarkan Program Juara Rakyat Parlimen Bagan Datoh, Bagan Datoh.

Walau aapapun, beliau mengharapkan Negara jiran berkenaan tidak sekali-kali mengulangi cubaan yang sama untuk mendapatkan maklumat rahsia Negara.

Ia bagi mengharapkan hubungan diplomatik dan diplomasi kententeraan dengan Negara berkenaan terus terjalin dengan baik.

End//

BEBAS DADAH

BEBAS DADAH
Di mahkamah tinggi ipoh, seorang warga tempatan dan seorang warga Thailand bebas daripada tuduhan memiliki dadah melebihi 26 kilogram.

Walaupun mengemukakan 10 orang saksi, pihak pendakwa raya tetap gagal membuktikan pemilik sebenar dadah tersebut.

Pada julai 2004 lalu, pasukan polis menahan sebuah van di kampar, perak yang disyaki membawa dadah.

Ketika penahanan dibuat, chong kim teck dan mamah yunu yang berada di dalam van tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

Hasil pemeriksaaan ke atas van berkenaan, mendapati 19 bungkusan dadah jenis candu mentah dijumpai di bahagian dinding van tersebut.

Tertuduh kemudiannya di tahan di bawah seksyen 39 b (1)(a) akta dadah berbahaya 1952.
Sebelum ini dipercayai, mamah yunu pernah ditahan atas kesalahan memasuki negara ini tanpa menggunakan dokumen yang sah.

End//baizura

TAHUN BARU CINA II

TAHUN BARU CINA II
Dalam hal yang sama, 470 buah keluarga di kampong baru Bali, tronoh diraikan selama dua hari bermula semalam dalam satu program kemasyarakatan sempena Tahun baru Cina 14 Februari ini.

Kegiatan social persatuan isteri-isteri kakitangan dan kakitangan wanita PETRONAS (PETRONITA) itu turut meganjurkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, pameran kesihatan, ceramah dan pemeriksaan oleh kakitangan hospital Pantai Ipoh dan pusat perubatan prince court.

Antara lain, sumbangan berbentuk makanan dan ang pau akan diberikan kepada 44 buah keluarga miskin. Juga disumbangkan kerusi roda kepada mereka yang memerlukan.

Majlis penyampaian akan di sempurnakan oleh presiden PETRONita Puan seri Noraini mohd yusof pada hari ini di dewan orang ramai, kampong baru bali.

End//baizura

TAHUN BARU CINA

TAHUN BARU CINA
Sambutan tahun baru cina peringkat negeri akan berlangsung pada 21 februari ini.

Menurut menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir , walaupun lokasi sambutan belum ditetapkan lagi, namun sultan Perak berkenan berangkat mencemar duli bersama-sama rakyat.

Beliau ditemui di majlis penyampaian ang pau dan hadiah kepada warga emas dan miskin sekitar Lembah Kinta di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di Ipoh.
End//baizura

Thursday, February 4, 2010

CUTI TANPA REKOD

Cuti tanpa rekod selama 42 hari akan diberikan kepada penjawat awam yang menderma organ mereka.

Perkara itu diumumkan oleh ketua pengarah perkhidamtan awam, tan sri ismail adam.
menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

jelas tan sri ismail, cuti itu akan dikira mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan.

Kemudahan cuti sakit juga boleh diberikan sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital.

Walau bagaimanapun, kemudahan cuti tanpa rekod ini hanya dipakai untuk pembedahan di dalam negara sahaja.

end

CCTV

CCTV
sebanyak 496 kamera litar tertutup akan dipasang oleh 25 pihak berkuasa tempatan p-b-t diseluruh Negara termasuk di Ipoh.

menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dato seri kong cho ha berkata selain p-b-t, penyelarasan c-c-t-v ini akan diletakkan di bawah pengawasan pihak polis serta dibantu pihak swasta.

Bermula januari lalu, tender pemasangan c-c-t-v ini telahpun dikeluarkan dan dijangka pemasangan sepenuhnya dapat dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Menurut dato seri kong lagi, dengan pemantauan c-c-t-v selama 24 jam, ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah tengah malam khususnya untuk menjadikan bandaraya selamat di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah khidamt cemerlang pertubuhan ikatan relawan rakyat 2009 di ipoh.

Dalam pada itu, sumbangan pasukan rela juga diperakui dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di Negara ini.

Pada majlis yang sama, sumbangan amal kepada orang-orang kurang upaya serta warga emas juga diadakan sempena sambutan tahun baru cina.

Hadir sama ke majlis ini, timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, senator heng seai kei.
End//baizura
CCTV
sebanyak 496 kamera litar tertutup akan dipasang oleh 25 pihak berkuasa tempatan p-b-t diseluruh Negara termasuk di Ipoh.

menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dato seri kong cho ha berkata selain p-b-t, penyelarasan c-c-t-v ini akan diletakkan di bawah pengawasan pihak polis serta dibantu pihak swasta.

Bermula januari lalu, tender pemasangan c-c-t-v ini telahpun dikeluarkan dan dijangka pemasangan sepenuhnya dapat dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Menurut dato seri kong lagi, dengan pemantauan c-c-t-v selama 24 jam, ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah tengah malam khususnya untuk menjadikan bandaraya selamat di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah khidamt cemerlang pertubuhan ikatan relawan rakyat 2009 di ipoh.

Dalam pada itu, sumbangan pasukan rela juga diperakui dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di Negara ini.

Pada majlis yang sama, sumbangan amal kepada orang-orang kurang upaya serta warga emas juga diadakan sempena sambutan tahun baru cina.

Hadir sama ke majlis ini, timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, senator heng seai kei.
End//baizura

Wednesday, February 3, 2010

DERA

AMAH-DERA

Sepasang suami isteri Harjit Singh A/L Beer Singh 34 tahun dan pasanganya Harminder Kaur A/P Harbans Singh 26 tahun menghadapi pertuduhan di bawah Sekseyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Teluk Intan atas kesalahan mendera pembantu rumah berbangsa Indonesia
Mangsa Hertina Gultom 27 tahun mendakwa dia didera dengan objek kayu,getah dan paip selain disepak ,dipukul serta ditampar.
Hasil pemeriksaan pakar forensik di Hospital Besar Kuala Lumpur mendapati bahawa tiga kesan dera seperti lebam,melecet dan parut. Mangsa dipercayai didera berulang kali oleh orang lain atau mangsa sendiri.
Pihak polisjuga berjaya merampas beberapa barang yang dipercayai digunakan untuk tujuan penderaan.
Mangsa kini ditempatkan di Kedutaan Indonesia.
Kedua-dua suspek minta dibicarakan dan diikat jamin lapan ribu ringgit seorang
Jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.Hakim Faiz Dziyauddin menetapkan sebutan semula kes pada 25 dan 26 Mei depan.

End/Nur Aimidiyana

REMAN SELUDUP PASIR

Mahkamah majestriet ipoh, mengeluarkan arahan reman lima hari sehingga 7 februari ini ke atas dua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan pasir.

Permohonan reman itu dikemukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak .

Suspek berusia 50 dan 52 tahun itu ditahan di tempat yang berasingan.

Menurut jurucakap s-p-r-m, suspek merupakan anggota penjawat awam yang bertugas di pejabat daerah dan jabatan pengairan dan saliran Kuala kangsar.

Sebelum ini, SPRM Perak telahpun menahan empat suspek berhubung kes yang sama dan dua daripada mereka sedang menghadapi perbicaraan.

Bulan lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul mengumumkan penangkapan 34 orang di lima negeri kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir.
End//

TANDAS SEWA

TANDAS SEWA

sewaan tandas awam milik majlis bandaraya ipoh, m-b-I kini dibuka kepada pengusaha yang berminat dan berpengalaman.


Terdapat dua pecahan lokasi yang dibuka dengan waktu tertentu. Bagi operasi bermula 5.30 pagi hingga 6.30 petang, tandas awamnya adalah di sekitar pasar iaitu di jelapang, pasir puteh, simpang pulai, ampang baru, jalan Patrick, tambun, taman canning, bukit merah dan falim.

Manakala tandas awam di medan selera dan dataran niaga ditetapkan operasinya dari pukul 6 pagi hingga 12 malam. Antaranya di medan selera greentown, taman meru, silibin, jalan hospital, tasek, taman pertama, taman perpaduan, gerai sungai tapah, pusat limau bali sam poh tong, dataran niaga aman S-P-P-K dan dataran niaga taman kledang, menglembu.

kadar sewaan ditetapkan 10 ringgit sebulan dan cagarannya sebanyak 30 ringgit.

pengusaha boleh mendapatkan borang permohonan dengan harga 2 ringgit di bahagaian pengurusan harta, jabatan penilaian dan pengurusan harta, tingkat 4, bangunan m-b-I pada waktu pejabat.


End//baizura

PELANCONGAN PERAK

PELANCONGAN PERAK

Sebuah jawatankuasa khas ditubuh oleh kerajaan negeri Perak bagi mencari formula terbaik untuk merancakkan lagi industri pelancongan di negeri itu.

Jawatankuasa Majlis Pelancongan Negeri turut berperanan membincangkan hala tuju utama industri pelancongan yang turut disertai agensi swasta.

Menurut Exco Pelancongan dan Usahawan Negeri Dato Hamidah Osman ; dibawah pelan induk pembangunan strategik ; 4 aspek diberi penekanan iaitu infrastruktur bertaraf dunia, formasi , pakej pelancongan dan pembangunan menyeluruh.

Beliau yang ditemui di Perak f-m berkata dibawah RMk sepuluh; infrastruktur di pusat pelancongan utama negeri turut ditambah nilai bagi memaksimumkan kepuasan pelancong.

Lebih 3 juta pelancong berkunjung ke Perak tahun lepas dan mensasarkan 3.5 juta pelancong pada tahun ini.

Perak menumpukan kepada pelancongan berbentuk alam semulajadi dan tempat bersejarah.

10 pusat pelancongan disenaraikan termasuk Royal Belum, Hutan Paya Bakau Kuala sepetang dan Kuala Kangsar Bandar DiRaja.

End//hakimie

Tuesday, February 2, 2010

DAKWA BAKAR

Empat lelaki dituduh atas tiga kesalahan berasingan iaitu dengan cubaan membakar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints, pada 10 Januari lalu di taiping.

Mereka yang ditahan Andidi Rosidi, Muhammad Azreen Rosli, Abdul Fattah Shaharuddin, dan Muhamad Ab. Wahab. Masing-masing antara 18 hingga 29 tahun.

Andidi didakwa melakukan kesalahan di SMK Convent manakala Muhammad Azreen didakwa melakukan kesalahan serupa di Gereja Katholik St Louis.

Tuduhan ke atas Abdul Fattah dan Muhamad adalah dengan melakukan khianat di Gereja All Saints.

kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh yang berasal dari kamunting dan tidak diwakili peguam.
Mahkamah majistret Taiping membenarkan mereka diikat jamin 30 ribu ringgit setiap seorang denganseorang penjamin.

Majistret Sharifah Izura Syed Mashor menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

End//baizura