Friday, April 30, 2010

KEMPEN SEMARAK SEMANGAT 1 MALAYSIA

kempen dan karnival rakyat Semarak Semangat 1 Malaysia akan diadakan esok di Dewan Sekolah Menengah Tun Perak Padang Rengas di Kuala Kangsar.

Ia akan berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 malam.

Majlis seumpama ini dapat menghubungkan jalinan antara pemimpin dengan rakyat.
Antara pengisian kempen ini ialah larian semarak semangat 1 Malaysia yang merupakan acara utama. Ia turut melibatkan penyertaan daripada beberapa pemimpin.

Lain-lain aktiviti termasuklah, pertandingan Tarik Tali, sukaneka rakyat, pameran daripada agensi kerajaan dan swasta serta persembahan kebudayaan.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis terkemuka tanah air seperti Fabulous Cat dan Yana.

Majlis ini bakal disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau akan diringi dengan konvoi motorsikal dan teksi sebagai gimik pelancaran kempen ini.

Karnival rakyat itu akan disertai oleh pertubuhan badan bukan kerajaan NGO serta par pelajar dan dianggarkan lebih seribu pengunjung yang akan hadir.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

Wednesday, April 28, 2010

REAX JETI LKIM

REAX JETI LKIM 29.4.2010
8 PG

sekitar bulan depan nelayan di kampung sungai panchor, Pantai remis sudah boleh menggunakan jeti baru.

jaminan itu dinyatakan pengarah lembaga kemajuan ikan Malaysia, LKIM perak, mohd zarudin abdul razak.

ia berikutan kerja-kerja membaiki kemudahan sedang dilakukan oleh kontraktor terutamanya, mengganti semula tangga di jeti tersebut.

bagi pemasangan air dan elektrik serta kemudahan tandas akan dilaksanakan dalam fasa kedua.

mohd zarudin ditemui di Lumut.

pada awal bulan ini, pihak nelayan di kampung sungai panchor mengadu tidak berpuas hati dengan pembinaan jeti yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi untuk nelayan.

malah projek yang sepatutnya siap hujung tahun lalu tertangguh hampir 4 bulan.

end//

Tuesday, April 27, 2010

DENGGI PERAK APRIL

DENGGI APRIL 28.4.2010
8 PG

sehingga 24 april lalu, 544 kes demam denggi dilaporkan berlaku di Perak. jumlah itu menunjukkan penurunan kes 62 peratus berbanding tahun lalu.

daerah kinta mencatatkan jumlah tertinggi kes iaitu 184. manakala purata kes di daerah lain antara 16 hingga 68 kes.

dalam satu sidang media di ipoh, exco kesihatan, dato dr mah hang soon berkata pihaknya sering mengambil pendekatan serius dalam menangani isu denggi.

kempen kesedaran giat dilakukan. media dijadikan saluran untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada orang ramai berhubung wabak denggi.

semalam, timbalan menteri kesihatan Datuk Rosnah Shirlin Rashid
menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil dengan mengekalkan tahap kebersihan persekitaran.

amalan kempen 10 minit 3 kali seminggu untuk mengenalpasti tempat berisiko pembiakan nyamuk.

end//baizura

K-I-K POLIS

KIK POLIS 27/4/2010
4 PTG

perangi jenayah rasuah melalui konvensyen inovasi dan kreatif K-I-K. cara itu diakui akan memberi kesan.

demikian pandangan ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah.

beliau menjelaskan, hasil kertas kerja yang berpotensi yang dibentangkan dalam K-I-K, secara langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota.

berketepatan dengan objektif K-I-K polis diraja Malaysia PDRM untuk menambahbaikan kualiti kerja.

dato zulkifli berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan konvensyen inovasi dan Kreatif peringkat kontijen Perak di ipoh.

konvensyen yang bermula semalam, melibatkan penyertaan 21 kumpulan daripada ibu pejabat polis daerah IPD sekitar perak.

masing-masing membentangkan kertas kerja untuk kategori pengurusan. terdapat tiga panel yang mengadili kertas kerja.

ia diketuai mantan pensyarah Institut tadbiran awam Negara INTAN, Abdullah hamid.

kumpulan RODA dari IPD ipoh muncul johan dalam menghasilkan kertas kerja yang berinovasi.

tajuk yang dikemukan ialah “pengumpulan maklumat kes kecurian motosikal adalah baik”.

end//baizura

LOCAL AGENDA 21

PBT LA 21 27.4.2010
4 PTG

pihak berkuasa tempatan PBT negeri perak diberi peruntukkan antara 45 hingga 65 ribu ringgit untuk memperhebatkan “local agenda 21”
L-A 21.

peruntukkan itu diperoleh daripada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan KPKT yang berjumlah 750 ribu ringgit.

menurut exco kerajaan tempatan negeri, dato dr mah hang soon, kerajaan akan menjadi fasilitator dalam menjayakan L-A 21 ini.

turut ditekankan peranan masyarakat setempat serta pertubuhan badan bukan kerajaan NGO untuk merealisasikannya.

Media turut memainkan peranan penting yang dilihat dapat membantu kelancaran program berkenaan.

dato dr mah hang soon berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Local agenda 21 dengan wakil PBT di Ipoh.

L-A 21 adalah program pembangunan mampan global yang disokong oleh 178 negara pada tahun 1992.

antara perkara yang ditekankan ialah kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar, mempertingkatkan kesihatan, serta memerangi kemiskinan.

end// baizura

Monday, April 26, 2010

KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH

KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH
26/04/2010



7 pasukan akan berentap bagi mempamerkan kehebatan masing-masing dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah bermula 6 hingga 16 Mei di Ipoh.

Antara pasukan yang mengesahkan penyertaan kali ini ialah Australia,Mesir,Korea,Pakistan,China,India dan Malaysia selaku tuan rumah.

Menurut Pengerusi Pengelola Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah,merangkap President Hoki Perak Datuk Abdul Rahim Md Ariff,buat pertama kalinya kejohanan ini menerima pernyataan dari Australia dan Afrika.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran kejohanan Hoki Piala Azlan Shah Kali ke-19 di Ipoh.

End//aimidiyana

Sunday, April 25, 2010

KARNIVAL VESPA

KARNIVAL VESPA


Hari ini diadakan Karnival Vespa,motor klasik dan kereta antik peringkat antarabangsa di arena square kuala kangsar. Acara ke-8 itu dihadiri lebih 10 ribu pengunjung.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Karnival berkenaan Toh Kamar Lela Shukri Radzi, aktiviti ini bertujuan bagi memperkenalkan daerah kuala kangsar sebagai salah sebuah destinasi pelancongan.

karnival ini merupakan aktiviti yang termasuk dalam kelendar pelancongan perak.
dengan penyertaan 3ribu 28 orang karnival ini juga turut mendapat perhatian dari negara jiran seperti Indonesia,Thailand,Burnie dan Singapura.

Karnival ini dirasmikan menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

Bermula 16 april lalu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak ia sempena dengan sambutan ulangtahun keputeraan paduka seri sultan perak, sultan azlan shah ke 82 pada 19 april lalu.

End//Aimidiyana

BOMBA SIMPANG PULAI

sehingga mac ini sebanayak 18 ribu 434 panggilan kecemasan yang diterima jabatan bomba dan penyelamat berkaitan kes kebakaran.

tahun lepas di perak, sebanyak tiga ribu 85 bilangan kebakaran yang diterima dengan lapan kematian dan 28 kecederaan.

daripada jumlah keseluruhan panggilan yang diterima 62 yang diterima adalah panggilan palsu.

berhadap dengan risiko kemalangan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, akan bertindak mengadakan program kesedaran berterusan.

menterinya dato seri kong cho ha berkata anggota bomba juga diharapkan mengambil inisiatif masing-masing untuk mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku.

berbekalkan peralatan berteknologi, beliau yakin kualiti perkhidmatan dapat diberikan. malah peralatan sedia ada perlu diselenggarakan dengan sebaik-baiknya.

dato seri kong cho ha berucap demikian di majlis perasmian balai bomba dan penyelamat simpang pulai di simpang pulai.

hadir sama menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir

end//

SULTAN AZLAN-KESELAMATAN

SULTAN AZLAN-KESELAMATANN 25/4/2010
4 PTG

Langkah pencegahan hendaklah dipertingkatkan untuk menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab memelihara keselamatan.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, kemalangan yang berlaku turut didorong oleh kecuaian manusia.

Justeru, setiap individu adalah tunggak utama mengawal kejadian itu.

oleh itu penting ditetapkan tahap piawaian yang tinggi dalam aspek keselamatan, dan penentuan kestabilan prasarana apabila meluluskan sesuatu rancangan pembangunan

Titah baginda lagi, institusi pendidikan, keluarga, badan sukarela, masjid dan media berperanan penting meminimumkan kadar kemusnahan, kerosakan dan kemalangan yang berlaku.

Sultan Azlan bertitah di majlis perasmian balai bomba dan penyelamat Simpang Pulai di Simpang Pulai.

Ini merupakan balai bomba ke 28 yang dibina kerajaan negeri dengan kos bernilai 7.4 juta ringgit

Lokasinya terletak di jalan utama ke Cameron Highlands dan bersebelahan dengan susur keluar masuk lebuharaya utara selatan.

end##baizura

Saturday, April 24, 2010

TABUNG PKMM

TABUNG PKMM 24.4.2010
4 PTG

Tabung kebajikan kontraktor akan ditubuhkan di bawah persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak.

Ia bagi membantu ahlinya yang berhadapan dengan masalah modal terutamanya bagi menyelesaikan masalah projek terbengkalai.

Yang Dipertua PKMM perak , Datuk Jamaludin Abdul Rahim berkata pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan di kediaman menteri besar untuk menjayakan penubuhan tabung berkenaan.

ia bakal disertai seribu 500 kontraktor perak.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman antara PKMM dengan persatuan kontraktor sumatera utara, PKSU di ipoh.

Melalui kerjasama berkonsepkan “perkongsian kasih sayang” sebegini, ia menjadi platform untuk kontraktor bumiputera menjalinkan hubungan perniagaan dengan kontraktor luar negara.

PKMM Perak akan membuka cawangannya di medan, Indonesia.

Majlis MOU itu turut disaksikan pengerusi majlis amanah rakyat, dato seri idris jusoh.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

DR ZAMBRY HULU SELANGOR

MB HULU SELANGOR 24.4.2010
4 PTG

Barisan nAsional BN bukan hanya berjanji kosong tetapi janji itu senantiasa ditepati dan ditunaikan.

Tidak pada ketika pilihanraya sahaja, kepentingan dan keperluan rakyat terus menjadi keutamaan.

Mengenai nasib BN di Hulu Selangor esok, menteri besar perak Dato' Seri dr Zambry abdul kadir yakin, dengan manifestasi BN, kepercayaan rakyat dapat dikembalikan .

BN katanya, sentiasa bersikap positif, terhadap apa jua bentuk dakwaan tidak benar, yang dilemparkan pihak lawan .

Dato seri dr zambry berkata demikian di lumut.

esok beliau dan jentera Perak, akan turut serta, " turun padang" ke hulu selangor, untuk memberi sokongan, kepada calon BN, P.Kamalanathan.

End// baizura

MUZIUM TLDM

MUZIUM TLDM 24.4.2010


Bandar Lumut yang kini dikenali Bandar tentera laut akan diberi wajah baru berikutan ia menjadi tempat perhatian orang ramai.

menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, projek berkenaan akan dimasukkan dalam rancangan Malaysia ke 10 RMK 10.

selain rancangan projek menaikkan papan tanda “selamat datang “di Bandar berkenaan, usaha mewujudkan sebuah muzium khas tentera laut akan dibina.

sehingga kini kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian pertahanan dan juga kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

walau bagaimanapun, jelas dato seri dr zambry, perancangan memperindahkan Bandar Tentera laut ini masih diperingkat awal.

beliau berkata demikian selepas melawat tapak pameran maritime di lumut.

pameran ini diadakan sempena sambutan HAri tentera Laut diraja Malaysia TLDM pada 27 april ini.

end//baizura

PERUNTTUKAN SIKH

PERUNTTUKAN SIKH – PM 23.4.2010

pada majlis yang sama, perdana menteri, dato seri mohd najib abdul razak turut mengumumkan peruntukkan bernilai 4 juta ringgit untuk kepentingan masyarakat Sikh di Negara ini.

Ia termasuk peruntukkan bagi menambahbaikkan dan menyelenggara setiap satu daripada lebih kurang 118 tempat ibadat sikh atau gurdwara.

satu juta ringgit masing-masing untuk usaha memartabatkan bahasa ibunda kepada golongan muda Punjabi dan projek kebudayaan masyarakat sikh.

terdapat hampir 150 ribu masyarakat sikh di Negara ini.

jelas dato seri mohd najib, walau pun bilangan itu kecil namun, kerajaan dibawah pimpinan beliau senantiasa memastikan setiap keperluan dan hak rakyat diberi secara adil dan saksama.

malah, kaum ini juga disarankan membentuk satu komuniti atas nama persatuan yang kukuh dan efektif untuk menyuarakan suara minority mereka.

dato seri mohd najib berkata demikian dalam ucapan perasmian hari vasakhi satu Malaysia peringkat kebangsaan di Ipoh.

end//

PM HARI VASAKHI

PM HARI VASAKHI 23.4.2010 [[PERAK]]

sungguhpun minority tetapi sumbangan masyarakat Sikh adalah besar dan sangat dihargai.

demikian kenyataan perdana menteri, dato seri mohd najib abdul razak.

beliau turut menyifatkan golongan itu sebagai wira Negara apabila mereka bersama-sama menentang komunis semasa perang dunia kedua.

dato seri mohd najib berkata demikian dihadapan lebih 30 ribu tetamu sempena sambutan hari vasakhi satu Malaysia peringkat kebangsaan di ipoh.

beliau mengakui majlis itu amat berjaya dengan kehadiran masyarakat Sikh dari pelbagai negeri yang berkumpul di bawah naungan konsep satu Malaysia.

sambutan hari vasakhi ini adalah julung kali diadakan dengan inisiatif persatuan masyarakat sikh perak UPSO dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

hadir sama ke majlis ini isteri perdana menteri, datin seri rosmah mansor dan menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir.

end//

Wednesday, April 21, 2010

BAYI CACAT

20/04/2010

Akibat kecacatan dialaminya, seorang bayi perempuan ditinggalkan setelah dilahirkan di Hospital Taiping.
Bayi perempuan berusia tiga minggu yang dikenali sebagai Choi Kim itu mengalami kecacatan serius di bahagian muka dan kepala.
Nasib malang beliau mendapat perhatian Exco Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Beliau berkata kajian terperinci akan dilakukan ke atas Choi untuk rawatan selanjutnya.
Sampel darah Choi telah diambil oleh pihak hospital Taiping bagi mengenalpasti punca kecacatan tersebut.
Kajian seperti ultrasound di bahagian otak dan di beberapa bahagian lain turut dijalankan.
Adik Choi yang kini ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat Ipoh, dibawa terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini.

END//Aimidiyana

PERKAHWINAN UDARA

17/04/2010

Pernahkah anda mengimpikan perkahwinan berkonsepkan di udara.
Bagi pasangan Mohamad Zulfadli Mohd Khalid 20 tahun dan Nur Syafinaz Asyirah Shahrizan 18 tahun perkahwinan yang tidak pernah diimpikan akhirnya menjadikan realiti.
Majlis perkahwinan yang diadakan semalam di hadiri hampir seribu orang tetamu.
Dengan menggunakan pesawat E-C 1-2-0 B,Integrated Traning and Servis yang berpusat di Ipoh, nur syafiz asyirah dan mohd zulfadli di bawah terus ke Dewan Bandaran Teluk Intan untuk upacara persandingan dan makan beradap.
Menurut Ketua Pegawai FireFly yang merupakan bapa pengantin perempuan Shahrizan Abd Rahman, majlis perkahwinan kali pertama ini adalah merupakan hadiah perkahwinan anak bongsu kesayangannya.
Sementara itu buat pasangan mempelai ini, cetusan idea dan ilham dari bapa mentuanya adalah sesuatu yang cukup luar biasa.
Ternyata persiapan selama 6 bulan ini berbaloi dan pastinya membawa memori indah buat mereka berdua.

End//aimidiyana

Saturday, April 17, 2010

PERKAHWINAN UDARA

PERKAHWINAN-UDARA


Pernahkah anda mengimpikan perkahwinan berkonsepkan di udara.
Bagi pasangan Mohamad Zulfadli Mohd Khalid 20 tahun dan Nur Syafinaz Asyirah Shahrizan 18 tahun perkahwinan yang tidak pernah diimpikan akhirnya menjadikan realiti.
Majlis perkahwinan yang diadakan pada hari ini di hadiri hampir seribu orang tetamu untuk menyaksikan sendiri perkahwianan yang menggunakan perkhidmatan helikopter.
Dengan menggunakan pesawat EC 120 B,Integrated Traning &Servis yang berpusat di Ipoh,pasangan di bawah terus ke Dewan Bandaran Teluk Intan untuk upacara persandingan dan makan beradap.
Menurut Ketua Pegawai FireFly yang merupakan bapa pengantin perempuan Encik Shahrizan Abd Rahman, majlis perkahwinan kali pertama ini adalah merupakan hadiah perkahwinan anak bongsu kesayangannya.
Sementara itu buat pasangan mempelai ini, cetusan idea dan ilham dari bapa mentuanya adalah sesuatu yang cukup luar biasa.
Ternyata persiapan selama 6 bulan ini berbaloi dan pastinya membawa memori indah buat mereka berdua.
End//aimidiyana

Friday, April 16, 2010

MUFTI SAMAN

MUFTI SAMAN (CUT 1)
16.4.2010

"Saya tak kenal pun siapa dia ".

Kenyataan itu dikeluarkan mufti perak, tan sri dr harussani zakaria.
Ia berikutan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau.

Akhbar hari ini melaporkan khalid akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Tan Sri Dr. Harussani kerana mendakwanya tidak beriman seperti yang disiarkan akhbar tabloid 'Selangor Kita', bulan lalu.

Khalid turut meminta kenyataan itu ditarik balik oleh tan sri dr harussani dalam tempoh seminggu ini.

up sound
q in : nak tarik balik apa, mmg betul saya kata orang yang tidak menyokong itu orang yang tidak beriman, tidak beriman kepada allah,mentauhidkan allah. bersetuju meletakkan allah 3 ukhnum.tue saya kata xberiman..betul..tapi saya xsebut nama dia kerna saya tak kenal pun dia.saya xpernah jumpa atau ambil tahu siapa dia. tapi dia terang-terang tuduh saya sebagai agen…….. tapi pada saya tuduhlah apappun, saya takkan saman dia, biar p dialah

q out :…. saman dia, biar p dialah.


Beliau berkata demikian di Perak FM.

Isu saman itu timbul apabila Tan Sri Dr Harussani diminta mengulas mengenai penggunaan kalimah Allah.

END//

PAC- AGENSI

PAC 16.4.2010

tindakan drastic akan diambil sekiranya semua agensi kerajaan negeri Perak tidak mencapai kedudukan empat bintang dalam petunjuk prestasi utama KPI menjelang tahun 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menegaskan, pelaksanaan itu sekurang-kurang perlu dicapai pada tahun depan.

walaupun kini terdapat agensi yang mencapai empat bintang, namun kedudukan itu masih belum memuaskan.

beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAC di Ipoh.

dalam pada itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengharapkan agar agensi kerajaan negeri yang terbabit mengambil tindakan segera bagi isu pencerobohan tanah.jika dilengahkan, ia akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.

dari segi pembinaan projek, pemantauan yang jelas perlu dilakukn agar tiada sebarang projek yang terabai.

bagi memastikan peralatan projek dijaga, pihak agensi juga diminta melaporkan kepada PAC sekiranya agensi tidak memilik stor untuk menjaga peralatan yang dibeli.

end//

Wednesday, April 14, 2010

TEMAN SIMPANG PULAI

TEMAN 14.4.2010

kini pengguna, boleh mendapatkan keperluan harian yang dijual secara borong melalui penubuhan Terminal Makanan Negara (Teman).

menurut Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Fama Datuk Paduka
Badruddin Amiruldin, kompleks pembekalan makanan serba moden itu juga akan menjadi pusat sehenti bagi pengeluaran hasil pertanian dan perladangan.

menerusinya, Negara dapat mengurangkan jumlah pengimport dan menggalakkan pengeksport tempatan.

semua urusniaga yang dijalankan di kompleks itu berlandaskan perniagaan secara telus seperti peraturan tanda harga serta dilengkapi dengan sistem computer.

Selain itu, aktiviti lelongan haiwan seperti lembu dan kambing turut dibuat di Teman.

bermula julai depan, Teman akan beroperasi di Simpang Pulai dengan memuatkan 229 lot kedai yang merangkumi lot sayur-sayuran, ikan, ternakan , industri kecil dan sederhana , buah-buahan , ikan hiasan dan bunga .

end//

HAMIDAH HULU SELANGOR

HAMIDAH HULU SELANGOR 14.4.2010

meletakkan calon MIC pada pilihanray hulu selangor bukti barisan nasional BN parti yang adil.

ia sekaligus menepis dakwaan parti lawan yang menuduh BN sebuah parti perkauman.

pandangan itu dinyatakan ketua penerangan wanita BN perak, datuk hamidah osman.

walaupun 50 peratus pengundi di hulu selangor adalah kaum melayu, namun dengan memilih calon tempatan, BN yakin kemenangan merebut semula kerusi parlimen itu dapat di capai.

dalam pada itu, datuk hamidah menjelaskan terdapat menyalahgunakan jentera pentadbiran kerajaan negeri selangor dengan beroperasi dari Pejabat Daerah Hulu Selangor.

ia sekali gus menimbulkan keraguan sikap berkecuali pegawai daerah yang kini bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil.

justeru, pentadbiran berkenaan diminta segera meninggalkan Pejabat Daerah Hulu Selangor serta penukaran pengurus pilihan raya kecil ditukar iaitu merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

dato hamidah berkata demikian di ipoh.

end//

Tuesday, April 13, 2010

JAWATANKUASA ANTARA AGAMA

14.4.2010

perjumpaan khas bersama semua mufti negeri untuk memberi taklimat mengenai penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama akan dianjurkan dalam tempoh terdekat.

ia termasuk perincian mengenai peranan jawatankuasa berkenaan.

memetik kenyataan akhbar semalam oleh pengerusi fatwa perak, Tan Sri Harussani Zakaria, beliau kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu kerana bimbang akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

tan sri Harussani berkata, pihaknya mencadangkan agar penubuhan jawatankuasa itu dirujuk kepada majlis raja-raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama islam.

pada 6 april lalu, kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yang dianggotai oleh wakil semua agama.

jawatankuasa itu tidak akan membincangkan perkara-perkara tuntutan agama sebaliknya ia menyediakan ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

end//

RASUAH

RASUAH
12/04/2010


Disebabkan 300 ringgit, seorang anggota polis berpangkat Sarjan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda 10 ribu ringgit.

Hakim di Mahkamah Seksyen ipoh, Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Megat Ahmad Jaafar 55 tahun bersalah menerima suapan daripada Rosli Bahrom yang dipercayai memiliki dadah pada julai 2005 di Ipoh.

Sementara itu, peguam tertuduh, Abdul Roni Ahmad mmohon hukuman itu ditanggung dan mahkamah membenarkan berbuat demikian.

Abdul Roni juga turut memohon mahkamah supaya mempertimbangkan hukuman yang setimpal memandangkan tertuduh telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai anggota polis.

Megat yang bertugas di Balai Polis Sitiawan dibenarkan ikat jamin 5 ribu ringgit dengan seorang penjamin.


End//aimidiyana

Monday, April 12, 2010

ZAHID 1 MALAYSIA

ZAHID 1 MALAYSIA (CUT 1)

Gagasan 1 Malaysia ...bukti kesungguhan kerajaan dalam mengeratkan hubungan dan perpaduan di antara kaum di negara ini.

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu penjelasan yang tepat mengenai gagasan 1 Malaysia'harus diberikan kepada rakyat dengan penekanan yang khusus.

[[UP SOUND ; (CUT 1)

Q in:Sebenarnya 1 Malaysia ini tidak ada kena mengena dengan eko,idea ini datang dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri

Q out:……..gagasan ini dibuat adalah untuk menyamaratakan mereka yang berpendapatan rendah dari semua kaum untuk diberi.

Beliau menyatakan demikian pada majlis penyampaian sumbangan di Bagan Datoh sebagai menjawab tuduhan parti pembangkang yang gagasan 1 Malaysia sama dengan 1 Israel.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh turut menyifatkan tuduhan itu sebagai jalan pintas parti pembangkang untuk mendapatkan perhatian rakyat semata-mata.

END ##

Sunday, April 11, 2010

TANAH ORANG ASLI

TANAH ASLI

pulangan yang setimpal akan dinikmati masyarakat Orang Asli di perak apabila mereka memajukan kawasan tanah demi meningkatkan sumber pendapatan.

tegas menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir, beliau tidak mahu ada pihak yang cuba bersikap tidak adil mengenai hal itu kerana ia akan merencatkan usaha membasmi kemiskinan di negeri ini.

bagi menjaga dan memelihara kebajikan orang asli , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sedang mengemaskini senarai bilangan Orang Asli yang miskin.

ia bertujuan memudahkan kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan untuk mereka.

berhubung masalah tanah adat orang asli di perak , dato seri dr zambry berkata perkara itu telahpun dimaklumkan pada mesyuarat Majlis tanah Negara, dan dijangkakan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat kerajaan persekutuan yang merangkumi seluruh masyarakat di Negara ini.

dato seri dr zambry berkata demikian selepas merasmikan program Juara Rakyat: Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli Tapah di Batu 7, Kuala Woh.

lebih seribu Orang Asli sekitar daerah Batang Padang menjayakan program ini.

end//

MATI TG RAMBUTAN

MATI TG RAMBUTAN

seorang lelaki India ditemui mati berhampiran kampong tonggang, tanjung rambutan pagi tadi.

mangsa dianggarkan berumur 35 tahun lengkap berpakaian dengan
t-shirt berwarna biru gelap dan berseluar jeans.

ketika mayatnya ditemui pihak polis, mangsa berada pada jarak 1.5 kilometer dari jalan besar kampong tonggang.

terdapat kesan kelar dipergelangan tangan kiri mangsa serta kesan calar pada leher. namun tiada sebarang dokumen mangsa ditemui.

menurut jurucakap polis, mangsa disyaki mati tengah malam tadi dan berkemungkinan mati di tempat berasingan.

mayatnya kini dihantar ke hospital raja permaisuri ipoh untuk bedah siasat.

orang ramai yang kehilangan keluarga boleh menghubungi ibu pejabat daerah ipoh di talian 245 1562.

end//

Friday, April 9, 2010

GANGGUAN ELEKTRIK BATU GAJAH

GANGGUAN ELEKTRIK

tenaga nasional berhad TNB kini melakukan kerja-kerja penggantian systemnya di batu gajah.

oleh itu, bermula 7 pagi tadi sehingga 8 malam ini, pengguna di sekitar kawasan berkenaan akan mengalami gangguan bekalan elektrik.

antara kawasan yang terliabt ialah kg pisang tambahan, kg bakap baru, kg air mati, kg tersusun chenderong, kg tersusun batu 6, chenderong new village, rancangan perumahan tersusun RPT sheikh johan, kinta valley, taman gading, taman kenanga, taman seri cahaya, taman chenderong heights, dan taman cahaya chenderong.

mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat TNB di talian 15454.


end//NANA

BALAK GERIK

BALAK GERIK

membatalkan kerja-kerja pembalakan sekiranya ia mendatangkan ancaman buruk kepada persekitaran termasuk di kawasan tadahan air.

demikian ditegaskan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila menerima aduan daripada rakyat di pengkalan hulu berhubung hal berkenaan.

penduduk di sini bimbang dan khuatir jika bekalan air mereka terjejas sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti pembalakkan di kawasan berhampiran di kuak hulu yang berkeluasan 300 ekar.

justeru datuk seri dr zambry memberi jaminan aktiviti tersebut akan dipantau.

ia kerana kerajaan negeri senantiasa peka terhadap isu alam sekitar malah bersedia mendengar sebarang aduan daripada masyarakat di sini.

beliau berkata demikian di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Raba, Air Banun di gerik.

end//

MATI DITEMBAK TAIPING

MATI DITEMBAK
Polis menembak mati dua beradik yang disyaki terlibat dalam 15 kes samun bersenjata sejak dua tahun lepas, dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Kamunting, Taiping kira-kira 100 kilometer dari Ipoh .

R.Satchithantham, 28 tahun dipercayai terlibat dengan lebih 15 kes jenayah di seluruh negara manakala abangnya R.Logeswaran, 35 tahun mempunyai 21 rekod jenayah dan tersenarai sebagai orang yang dikehendaki polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 malam selepas polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Katanya semasa ditahan oleh satu pasukan polis, kereta itu berundur lalu cuba memecut lari, dan sejurus kemudian beberapa das tembakan kendengaran dari arah kereta berkenaan.

Polis kemudiannya membalas tembakan, dan kereta itu kemudiannya terbabas.

Polis menemui sepucuk Revolver .22 bersama enam butir peluru, tiga kelongsong peluru, dua bilah parang dan sebilah pedang samurai di dalam kereta itu.

Beliau berkata polis percaya 15 kes samun bersenjata api dan parang sejak 2008 dapat diselesaikan dengan terbunuhnya dua suspek itu.

Logeswaran mempunyai 21 rekod jenayah disamping enam waran tangkap.

Polis percaya masih ada lagi anggota kumpulan ini yang bebas dan siasatan sedang ditingkatkan bagi mengesan saki baki anggota kumpulan penjenayah itu.

Katanya kumpulan itu dipercayai aktif sejak dua tahun lepas di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kedah dan Perlis.

###

Monday, April 5, 2010

IPOH INTERNATIONAL RUN 2010

IPOH LARI

sasaran 12 ribu peserta program Ipoh International run 2010 mampu dicapai berdasarkan kejayaan program ini yang dianjurkan sejak 25 tahun lalu.

ia kerana, program berkenaan terbuka kepada peserta antabangsa dan tempatan.

menurut datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim, setakat ini majlis bandaraya ipoh MBI sedang membuat promosi ke singapura, selatan Thailand dan Bandar medan.

malah pertandingan ini juga turut menggalakkan penyertaan daripada para pelajar

jelas datuk roshidi, sebagai kemudahan peserta tapak khemah turut disediakan MBI di sekitar stadium indera mulia.

beliau berkata demikian di Ipoh.

tarikh pendaftaran telahpun dibuka sejak 5 april lalu hingga 12 julai depan. t-shirt percuma akan diberikan kepada 5 ribu perserta terawal mendaftar.

selain membuka kaunter di kompleks membeli-belah, pendaftaran juga boleh menerusi portal MBI di www.mbi.gov.my atau hubungi talian 05-2083377 atau 05-2083243 atau 05 2083247.

11 kategori dipertandingankan iaitu mengikut peringkat umur. hadiah pertandiangn berbentuk piala iringan, wang tunai serta sijil penyertaan.


end//baizura

Friday, April 2, 2010

MEDIA MUFTI PERAK

MEDIA MUFTI PERAK [CUT 1]

penyampaian maklumat secara berkesan adalah menerusi perkara yang dilihat.

kenyataan ini merujuk kepada konsep pembelajaran menurut persektif agama islam.

sebagai media elektronik, r-t-m mempunyai kelebihan sedemikian.

mufti negeri perak, tan sri harussani zakaria menjelaskan, manusia mempunyai tiga kaedah memperoleh ilmu, iaitu melalui kaedah melihat, membaca dan mendengar.

JUSTERU, media sebagai nadi pembangunan dan pembentukkan bangsa,
kuasa mempengaruhi yang ada padanya perlulah berlandaskan kepada prinsip murni dan kebaikan.

up sound [CUT 1]
q in :dalam media masa, kita tak boleh mengetengahkan perbuatan maksiat, dalam media cetak contohnya, kita tidak boleh mengemukakan media berbaur hasutan, berita umpatan dan berita tidak sahih yang menyebabkan pergeseran antara manusia
q out :.. semua ini ADALAH HARAM kerana kehormatan manusia perlu dijaga.

dalam pada itu, tan sri harussani tidak menolak corak program r-t-m selama 64 tahun perkhidmatannya turut membuka ruang minda masyarakat khususnya program di saluran radio.

beliau turut berpendapat, penambahbaikkan masih perlu di ambil kira terutamanya dari aspek susun atur program haruslah releven dengan waktu yang sesuai.

tan sri harussani berkata demikian sempena sambutan r-t-m 64 tahun pada 1 april.

end//

SAMBUTAN RTM PERAK

SAMBUTAN RTM PERAK

sederhana tetapi penuh dengan pengisian ilmiah.

itu antara focus utama anjuran aktiviti jabatan penyiaran negeri perak sempena sambutan ulangtahun ke 64 r-t-m 1 april.

majlis sambutan dibuat sebelah petang di masjid sultan azlan shah di ipoh.

terlebih dahulu mengadakan bacaan yassin dan tahlil serta diikuti solat maghrib berjemaah.

kemudian diadakan forum perdana yang bertajuk peranan media melahirkan nilai-nilai murni dalam kalangan ummah.

ia disampaikan oleh tiga panel iaitu, mufti perak, tan sri harussani zakaria, pengarah jabatan agama islam perak, dato sheikh mohamah nor mansor al hafiz, dan yang dipertua majlis agama islam pulau pinang, ustaz alias zakaria.

selain kakitangan RTM perak, orang ramai turut menjayakan majlis ini.

end//

Thursday, April 1, 2010

SUNTIKAN ATT

SUNTIKAN ATT

pemberian suntikan vaksin Anti Tetanus Toxoid A-T-T adalah langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan kuman dan kancing gigi.

dalam pada itu, datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim berkata, kesemua pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh M-B-I akan diberi suntikan tersebut terutamanya kepada anggota yang bertugas yang terdedah kepada risiko kemalangan.

untuk memastikan keberkesanan vaksin ini, suntikan A-T-T perlu diberi dua kali dalam tempoh dua bulan yang pertama dan diikuti sekali setiap tahun.

sejak januari lalu, sebanyak seribu 200 kakitangan m-b-I mendapat suntikan itu .

pada bulan mac lalu, suntikan kedua diberikan iaitu yang tertumpu kepada kakitangan di Bahagian Perkhidmatan Bandar, Bahagian Pasar, Bahagian Vektor, Bahagian Bengkel, Bahagian Jalan, Unit Pantas dan Jabatan Landskap.

end//

POLIS SIASAT DUN

KP POLIS DUN

kehadiran polis semasa persidangan dewan undangan negeri DUN perak pada 30 dan 31 mac adalah untuk memastikan kelancaran persidangan.

namun, ia disalah tafsirkan oleh pemimpin pakatan pembangkang.

dalam satu kenyataan media, ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah berkata setakat ini, dua laporan polis diterima daripada orang awam.

ia berhubung dakwaan pengerusi d-a-p perak, dato ngeh koo ham, yang menyuarakan bantahan kehadiran polis sepanjang dewan bersidang.

ia termasuk kenyataan dato ngeh didalam akhbar iaitu seolah- olah
polis akan menembak sesiapa tidak disukainya semasa sidang dewan berlangsung.

jelas dato zulkifli lagi, pihak polis hanya ditugaskan menjaga keselamatan hanya di luar dewan termasuk di perkarangan bangunan kerajaan negeri dan tidak berada di dalam dewan.

perkara itu turut mendapat perhatian ketua polis negara, tan sri musa hassan yang menyifatkan dakwaan dato ngeh satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

kes berkenaan sedang disiasat mengikut seksyen 4(1) a akta hasutan 1948.

end//

MEMO ISTANA PERAK

MEMO ISTANA PERAK


DALAM PERKEMBANGAN BERKAITAN; Satu memorandum akan dipersembahkan kepada sultan perak di istana kinta, esok .

Ia berkaitan cadangan menarik semula gelaran dato dan dato seri ke atas dua adun pembangkang, dato seri nizar jamaluddin dan dato ngeh koo ham.

Bagi Barisan Nasional , BN Perak dan pergerakan pemuda UMNO negeri, perbuatan yang ditunjukkan adun pakatan pembangkang itu ketika persidangan DUN Perak sama sekali tidak rasional.

ia ibarat tidak menghormati institusi diraja dan dewan yang mulia.

menurut pemuda umno perak, maslin sham, penyerahan memorandum itu akan turut disertai oleh pertubuhan bukan kerajaan n-g-o

dalam pada itu, tindakan adun kuala sepetang Tai Sing Ng bertindak agresif dan cuba mencederakan menteri besar datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa sidang DUN semalam juga dikutuk keras.

Ia juga termasuk kenyataan berunsur jahat oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang dilontarkan kepada pihak polis.

END//###

REMPUH BASIKAL

REMPUH BASIKAL

Sebuah basikal dirempuh kereta.

kejadian berlaku di jalan lahat, bukit merah dekat ipoh itu menyebabkan seorang warga emas berusia 81 tahun maut.

kira-kira pukul 9.50 pagi semalam dilaporkan Chee It Hwa, baru keluar dari satu simpang menuju ke jalan utama.

Chee kemudiannaya dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah Ipoh menghala ke Lahat.

mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan dan mayatnya di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab mengesahkan kejadian dan pemandu kereta tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan.

end//

TABUNG IBU TUNGGAL

TABUNG IBU TUNGGAL

ketika ini bantuan yang diberikan kepada ibu tunggal di perak dilihat masih relevan.

bagi membantu golongan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama daripada pelbagai pihak menyediakan khidmat kemahiran dan juga kewangan bagi ibu tunggal membela dan meningkatkan taraf hidup mereka .

geran pelancaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat j-k-m bagi projek jaya diri. kadar bantuan yang diberikan antara 2 ribu 700 ringgit bagi individu dan 10 ribu ringgit bagi berkelompok.

Bagi Ibu Tunggal miskin yang berumur lebih 60 tahun ke atas layak menerima bantuan sebanyak 300 ringgit sebulan.

Bantuan rumah antara seribu runggit dan dua ribu ringgit juga disediakan kepada mereka yang mempunyai tanggungan dan mendiami rumah usang yang perlu dibaiki.

perkara itu dijelaskan exco pembangunan, hal ehwal wanita dan kebajikan, dato hamidah osman ketika menjawab soalan lisan dari ADUN kubu gajah, DATO SERI raja ahmad zainuddin raja omar.

Dato seri raja ahmad zainuddin sebelum itu mencadang penubuhan tabung khas bagi membela nasib ibu tunggal ketika sidang dewan undangan negeri DUN perak berlangsung semalam.

end//

TERMINAL MAKANAN NEGARA

TERMINAL MAKANAN NEGARA

Kerajaan negeri Perak lebih giat dalam meningkatkan pendapatan rakyat di negeri ini.
Pembinaan Terminal Makanan Negara di Gopeng yang menelan belanja sebanyak 99.82 juta ringgit merupakan insiatif kerajaan negeri dalam memantapkan pembangunan ekonomi negara.

Terminal yang menempatkan 220 orang pemborong dengan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa turut di lengkapi dengan kemudahan stor,bilik sejuk dan khidmat sokongan perbankan.

Dalam pada itu juga,kemudahan peralatan moden serta mesra pelanggan membolehkan sistem pemborong lebih teratur dan bersistematik.

Pemangku Raja Perak,Raja Dr Nazrin Shah bertitah,Terminal Makanan Negara yang telah siap dibina ini di harapkan dapat diuruskan dengan baik melalui kaedah pengurusan moden dengan mengutamakan faktor-faktor kebersihan serta penyelenggaraan yang rapi

Di samping menambahkan sumber pendapatan, khususnya di kalangan masyarakat.

End//AimiDiyana

PEMBANGKANG KECOH

ADUN-PEMBANGKANG KECOH

Pakatan pembangkang bertindak keluar dari dewan atas alasan tidak berpuas hati dengan perjalanan dewan.

Kesemua 28 ADUN pembangkang yang berpakaian serba hitam .Kemudiannya mengadakan sidang media untuk menyatakan rasa tidak puas hati kerana speker dewan hanya memberi masa selama 48 minit untuk sesi soal jawab.

Sidang Dewan Negeri bagaimanapun diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang (Enakmen),Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak.