Sunday, May 30, 2010

KOMODITI KOKO

TANAMAN KOKO

masyarakat di luar bandar yang mempunyai lebihan tanah digalakkan menanam pokok koko berikutan permintaannya yang semakin meningkat.

dalam tempoh lima tahun lagi kerajaan menyasarkan keluasan kawasan koko di Negara bertambah antara 40 hingga 50 hektar berbanding hari ini hanya 26 hektar sahaja.

timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi datuk hamzah zainuddin berkata harga pasaran negara unttuk satu tan koko kini mencecah 10 ribu ringgit.

malah menerusi lembaga koko Negara, pelbagai inovasi dilakukan bagi meningkat produk keluaran koko.

jelas datuk hamzah, pihaknya menggalakkan tanaman koko itu dilakukan secara menyeluruh oleh pengusahanya.

di samping itu, kementerian akan menawarkan bantuan. terkini, kursus mengenai pengusahaan koko diadakan.

setiap kursus dihadkan untuk 20 peserta sahaja. mereka yang berminat boleh membuat permohonan melalui kementerian perusahaan perladangan dan komoditi

datuk hamzah ditemui di Matang.

end//baizura

Saturday, May 29, 2010

ANGGOTA RELA

RELA

anggota RELA yang berpangkat pegawai tetapi tidak aktif akan ditarik balik pangkat yang ditauliahkan kepadanya.

perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah RELA negeri Perak, briged jeneral Mohd Khairiri Abu hassan.

penglibatan aktif para pegawai dapat membantu mencapai misi mewujudkan satu kampung satu plantun RELA.

kini anggota Rela yang berdaftar di negeri Perak seramai 120 ribu orang.

mohd khairiri berucap di program pemakaian pangkat pegawai Rela Kawasan Utara di batu kurau.

hadir merasmikan program ini, ahli dewan undangan negeri ADUN BAtu Kurau, Datuk najmuddin Alias.

di larut matang antara 6 hingga 7 ribu telahpun menganggotai pasukan RELA.

menyedari pasukan ini banyak membakti, Datuk najmuddin menyalurkan peruntukkan seribu 500 ringgit kepada pasukan RELA di kawasannya itu.

ia bertujuan menampung pembiayaian kos menganjurkan kursus penerangan yang diamati penting untuk diterapkan kepada anggota khususnya mengenai konsep kenegaraan.

end//

KADAR PURATA MEMBACA

KADAR PURATA MEMBACA 29.5.2010
4 PTG

purata rakyat Malaysia membaca hanya 8 buah buku setahun. nisbah itu berada pada tahap sederhana tinggi dalam lingkungan Negara Dunia Ketiga.

menjelang 3 tahun akan datang, kerajaan menyasarkan purata membaca 15 buah buku dan pelajar sekolah di bawah umur 21 tahun adalah golongan yang aktif membaca.

sehubungan itu, kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan KPKK tampil menyumbang bahan bacaan lebih sejuta naskah buku untuk diedarkan kepada seribu buah sekolah menengah.

timbalan menterinya , senator heng seai kei menjelaskan SEKolah yng terlibat adalah mereka yang menawarkan ko-kurikulum persatuan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin.

setiap sekolah menerima 27 judul buku. yang terdiri daripada 17 judul bahasa mandarin, manakala 10 judul bahasa melayu dan bahasa inggeris.

daripada sejuta buku diterima, 100 ribu buah buku disumbangkan oleh persatuan xiang lian, 400 ribu perpustakaan Negara, dan 500 ribu daripada syarikat reader digest sendirian berhad.

dalam pada itu senator heng berkata program membantu meningkatkan kesedaran membaca di sekolah rendah akan disusuli. ia bergantung kepada bahan bacaan yang diperoleh.

terdahulu senator heng merasmikan program Mari membaca 1 malaysia peringkat negeri perak di Sekolah menengah jenis kebangsaan yuk choy di ipoh.

Perak adalah negeri Perak melancarkan program tersebut.

end//baizura

Friday, May 28, 2010

PPP PERAK

PPP PERAK 29.5.2010
8 PG

Parti Progresif rakyat PPP menerima tiga ribu ahli baru.

antaranya bekas calon Bebas yang pernah bertanding parlimen bukit Gantang mac 2009, kamarul Ramizu Idris.

keahlian yang berkuatkuasa 13 mei lalu itu diterima dan disambut baik . pengerusi PPP, Datuk M. kayveas juga mengumumkan pemberian satu bahagian kepada mereka. namun, bahagian itu masih belum dikenal pasti.

dalam pada itu, datuk keyveas turut memutuskan senarai exco PPP Perak yang baru. beliau dilantik sebagai Pengerusi manakala penasihatnya datuk lee heng.

barisan ketua wanita dan ketua pemuda PPP masing-masing diteraju jenifer leong dan Mustafa rahadi.

rombakan dibuat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Perak dilihat akan berhadapan dengan saingan sengit antara BN dengan parti pembangkang.

terdahulu, datuk kayveas mempengerusikan mesyuarat PPP Perak di Batu gajah.

ditanya mengenai politik dalaman MIC, datuk kayveas akan membiarkan ahli parti itu mengacu sendiri politik mereka.


END//

MB-LAWATAN PADANG

MB-PADANG 28.5.2010

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan lawatan kerja 3 harinya ke Daerah Padang dan Palembang bagi meningkatkan hubungan dua hala negeri itu dengan dua daerah di Indonesia ini.

Ketibaan beliau dan rombongan di Lapangan Terbang Minangkabau disambut Ahli Gubernur Padang, Asnol Amri, dan Ehsan Nazri Konsulat Malaysia di Medan.

Delegasi beliau disertai oleh Ketua Penerangan Negeri Dato Hamdi Abu Bakar, Exco Pembangunan Luar Bandar Dato Saarani Mohammad .

Kunjungan kali ini bagi meninjau peluang pelaburan dan kerjasama dengan Daerah Padang dan Sumatera Barat.

DAtuk Seri Dr. Zambry juga akan merasmikan masjid yang telah dibina khas oleh ADUN Lintang DAto Ahamad Pakeh Adam .

Pembinaanya memberi kemudahan kepada 300 jemaah sekitar untuk mengerjakan ibadah di wilayah itu.##

MBI ULANG TAHUN

MBI ULANG TAHUN 28.5.2010
8 pg

sambutan ulangtahun Bandaraya Ipoh ke 22 tahun dimulakan dengan program bacaan yasin, tahlil dan ceramah yang diadakan malam tadi di masjid jamek medan klebang restu, chemor.

sesi ceramah disampaikan oleh ustaz mohd farid ravi Abdullah dengan tajuk MBI ke arah peningkatan Moral dan integriti.

datuk bandar, datuk roshidi Hashim berkata, melalui program sebegini diharapkan dapat melahirkan warga MBI yang berdaya saing dan membangun.

selain itu turut diharapkan agar warga Ipoh menikmati kesejahteraan dan keselesaan.

ia bagi menuju bandaraya Ipoh sebuah bandar yang bersih, hijau dan membangun di samping menjadikan Ipoh sebagai bandar berpendapatan tinggi.

end//

Thursday, May 27, 2010

KAPAL KOREK-RAMPASAN

KAPAL KOREK-RAMPASAN
8PG

Sebuah kapal korek milik warga tempatan di tahan agensi penguatkuasa maritim Malaysia APMM di Teluk Mengkudu, segari.

Turut diberkas empat warga Thailand.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 DM 3, Kapten Maritim Ang Cheng Hwa berkata serbuan Rabu lepas berjaya merampas hampir 180 tan bijih timah.

Tangkapan dibuat atas kesalahan kegiatan mengorek bijih timah tanpa mendapat kebenaran ketua pengarah perikanan dan pengendalian kapal itu tanpa lesen.

Kini, kes disiasat mengikut Seksyen 4-1-9 B yang boleh dikenakan denda seribu ringgit atau penjara atau kedua-dua sekali bagi kesalahan yang pertama.

Manakala bagi tahanan yang dibuat akan disiasat di bawah Seksyen 4-7-5 fasal 3-A iaitu denda seribu ringgit atau penjara tidak lebih 10 hari atau kedua-dua sekali.

Menurut Ang, dokumen perjalanan empat anak kapal yang ditahan di dipercayai disimpan oleh pemilik kapal korek tersebut.

Manakala kapal berkenaan juga memiliki lesen untuk melombong bijih timah tetapi di kawasan lain.

END//NANA

MY SMS MBI

SMS-27.05.2010

Warga Ipoh kini boleh berhubung secara interaktif dengan Majlis Bandaraya Ipoh
dengan pelancaran ‘My SMS MBI’menerusi nombor 15888.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata 13 jenis perkhidmatan disediakan melalui ‘MySMS’. Antaranya semakan kompaun, semakan bil cukai taksiran, aduan dan semakan status aduan.

Permohonan bagi mendapatkan borang petak letak kereta, pemohonan petak khas, sewaan kompleks sukan MBI, tiket bermusim dan tukar alamat cukai taksiran juga boleh dibuat menerusi sistem ini. Borang akan dihantar kepada emel pengguna.

MBI akan mengambil tindakan bergantung kepada tahap keseriusan masalah tersebut.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Khas dan Anugerah
perkhidmatan cemerlang anggota Majlis bandaraya Ipoh (MBI) 2009 di Ipoh.

Sistem pesanan ringkas (SMS) ini adalah insiatif Majlis Bandaraya Ipoh dalam membantu orang ramai demi meningkatkan prestasi perkhidmatan.

Pengguna dikenakan caj 35 sen bagi setiap SMS.

Sebanyak 127 buah agensi kerajaan telah menggunakan perkhidmatan SMS ini.

End//

Tuesday, May 25, 2010

PENGGUNA BERINFOMASI

Elak ditipu, ketahui hak kepenggunaan. Perkara itu difokuskan kepada pengguna khususnya di luar bandar.

Kementerian perdangangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan KPDNKK kini dalam usaha mendidik rakyat tentang hak mereka.

Kesedaran pengguna dilaporkan masih pada tahap yang rendah iaitu hanya 58 peratus sahaja.

Menurut timbalan menterinya Dato’ Tan Lian Hoe, pengguna juga perlu memperoleh maklumat dari sember yang tepat bagi mengelak menjadi mangsa peniaga ataupun mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian kini mempunyai pelbagai saluran untuk pengguna membuat aduan. Antaranya khidmat talian bebas tol, 1800-88-6800 atau melalui sms 32255.

Bagi memastikan hak pengguna dilindungi kerajaan menubuhkan tribunal tuntutan pengguna Malaysia TTPM di seluruh negara.

Di perak tribunal tersebut akan diwujudkan di Teluk Intan dalam tempoh terdekat.
Jelas Datuk Tan lagi sehingga 1 April lalu sebanyak dua ratus lapan puluh enam aduan diterima di negerai ini.

Ia melibatkan penipuan perkhidmatan, harga, cetak rompak, perjanjian sewa beli dan penyelewengan aktiviti jualan langsung.

Datuk Tan berkata demikian di majlis perasmian program kepenggunaan luar bandar zon utara di kampung Matang Acheh, pantai remis.

Hadir sama pengarah-pengarah KPDNKK zon utara.

End//

Monday, May 24, 2010

DERMASISWA BERUAS

DERMASISWA BERUAS 25.5.2010
8 PG

Pelajar merupakan modal insan berkualiti yang akan menjadi pemimpin negara di masa depan.

Oleh itu amat penting dititikberatkan soal pelajaran.

Namun masalah kewangan antara faktor yang menjadi penghalang kepada pelajar khususnya di pedalaman meneruskan pengajian.

jika faktor ini tidak dibendung ia akan mengakibatkan masyarakat di pendalaman tidak memandang serius untuk melahirkan anak yang cemerlang.

justeru, Ketua Penerangan Negeri Perak, Dato Hamdi Abu Bakar tampil prihatin akan kepentingan masalah ini.

24 pelajar diberi bantuan kewangan menerusi dermasiswa. jumlah bantuan diberikan mengikut peringkat.

Pelajar peringkat ijazah menerima sumbangan sebanyak seribu ringgit, manakala pelajar peringkat diploma menerima lima ratus ringgit dan peringkat sijil sebanyak tiga ratus ringgit.

penyampaian itu diberikan dalam satu majlis penyampaian cek dermasiswa Yayasan Perak Kawasan Parlimen Beruas.

Majlis tersebut merupakan program pembangunan komuniti 1 Malaysia Perak Aman Jaya Kemas Parlimen tersebut.


End//

PROGRAM TNB

PROGRAM TNB
24/05/2010

Meskipun, sibuk dengan tugasan harian namun ini bukan penghalang bagi warga kerja Tenaga Nasional Berhad (T-N-B) menjalankan pemeriksaan kesihatan di perkarangan Pejabat TNB Ipoh.

Justeru seramai 300 orang terdiri daripada kakitangan TNB dan orang awam menyertai Program Hari Kesedaran Kesihatan Bersama Hospital Pakar Ipoh (K-P-J) membabitkan pekerja T-N-B dan orang awam.

Ternyata program sehari ini mendapat sambutan yang mengalakkan.

Pengurus Besar Negeri Perak Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (T-N-B) Dato Mohd Zahir Nagor berkata,program ini merupakan acara tahunan yang sering di adakan di sini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Hari Kesedaran Kesihatan Bersama Hospital Pakar Ipoh (K-P-J) hari ini.

Dalam pada itu menurut,Pegawai Perhubungan Awam Hospital Pakar Ipoh (K-P-J) Nirmala Abdullah program ini merupakan satu pendekatan dalam meningkatkan tahap kesedaran orang ramai di samping berpeluang menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Rata-rata yang hadir mengharapkan program seperti ini wajar di adakan untuk mengetahui tahap kesihatan yang sebenar.

End// nana

KAMPUS KUBU GAJAH

KAMPUS KUBU GAJAH 24.5.2010
4 PTG

bagi mengatasi masalah kesukaran pelajar dipedalaman melanjutkan pelajaran. sebuah kampus akan dibina di Kubu Gajah, Perak.

kampus tersebut memberi focus kepada usaha untuk meningkatkan projek penternakkan kambing boer di kawasan itu yang diusahakan secara nasional.

malah pembinaan itu juga bertujuan melahirkan pakar pendidik dalam bidang berkaitan penternakan.

Tanah seluas 3 ribu ekar dijadikan tapak pembinaan kampus berkenaan.

menurut ADUN Kubu Gajah, datuk seri raja ahmad zainuddin raja omar, projek ini dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat sekaligus dapat melahirkan anak-anak tempatan yang berjaya di masa hadapan.

Beliau ditemui ketika merasmikan majlis penutupan program Ikhtifal kesenian Islam peringkat Daerah Larut Matang.

end//

SARAVANAN MIC

Jangan gunakan ugutan untuk menggugat kedudukan pucuk pimpinan parti.

Demi kebaikan MIC, Naib Presiden parti itu, Datuk M.Saravanan meminta ahlinya menerima serta menghormati segala keputusan parti dan jangan ada pihak yang bertindak mencetuskan provokasi.

Datuk M.Saravanan berkata pendekatan mengugut jika dibiarkan menjadi tradisi, akan menghancurkan parti.

Jika dibiarkan berlaku masalah dalam parti akan terus berlaku biar siapapun yang memimpin parti itu.

Beliau yakin sebarang masalah dalaman parti boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutupan seminar sastera PANCA di Ipoh, Perak.

end//baizura

Sunday, May 23, 2010

UNiKL - PASIR SALAK

KESIHATAN-23/05/2010
4PTG

Seramai 55 orang pelajar Diploma Kejurawatan Universiti Kuala Lumpur UNiKL Royal College Of Medicine Perak RCMP menganjurkan Program Komuniti Perdana di Kampung Pasir Salak.

Program yang bermula 21 Mei lalu dan berakhir hari ini mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk kampung.

Objektif program bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang cara hidup dan amalan komuniti penduduk di Pasir Salak.

Timbalan Dekan UNiKL R-C-M-P, Mohamad Abdul Rahman berkata, program ini merupakan acara berterusan.

Ia dalam usaha memupuk kesederan masyarakat khususnya di luar bandar pripentingnya menjaga kesihatan. Malah program sebegini turut membantu golongan yang kurang bernasib baik.

di majlis penutupan program, hampir 500 orang hadir.

Turut diadakan program derma darah serta pemeriksaan kesihatan.
End//nana

FUTSAL PUTERI

FUTSAL PUTERI-23/05/2010
4PTG

Menyemai budaya sihat melalui aktiviti sukan. Pendekatan ini dilihat sinonim dikaitkan dengan pembabitan golongan belia.

Atas inisatif itu Puteri Umno negeri Perak menganjurkan program liga sukan puteri Perak sempena sambutan Hari belia 15 mei lalu.

Antara sukan pilihan ialah futsal, bola jaring dan tenpin bowling.

Pertandingan futsal diadakan pagi tadi di Lahat yang disertai 26 pasukan terdiri daripada golongan wanita berusia 18 hingga 35 tahun.

Hadir memberi sokongan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir.

ketika sidang media, beliau berkata usaha menganjurkan program seumpama ini dilihat dapat menggalakkan golongan belia agar sentiasa mementingkan kesihatan.

Malah ia menjadi satu landasan Puteri Perak mendekati golongan belia dan sekaligus dapat menambah keahlian baru di dalam pertubuhan itu.

End//

Saturday, May 22, 2010

RAMPASAN-DVD

RAMPASAN DVD-22/05/2010


Sebanyak 22 ribu unit DVD berjaya di rampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kampar semalam.
Hasil maklumat orang ramai, serbuan di buat pada jam 9 pagi disebuah rumah dan pihak KDN berjaya menemui 4 buah mesin pemprosesan DVD haram.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah 90 ribu ringgit.
Seorang ditahan dalam serbuan itu dipercayai pemilik premis tersebut.
Menurut Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Negeri Perak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ngeh Kief Fock intipan telah dijalankan selama seminggu dan di percayai kesemua DVD haram ini dihasilkan untuk pasaran tempatan.
Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 pesalah boleh didenda maksimum 30 ribu ringgit manakala denda minimum 5 ribu ringgit atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata demikian selepas melakukan rampasan di Kampar.
Serbuan tersebut melibatkan 17 orang anggota yang di ketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasaan Mohd Afandi Abdullah.
End//nana

PERTANDINGAN AKHIR KLASIK NASIONAL

PERTANDINGAN AKHIR
22/05/2010


Malam ini bakal berlangsung pertandingan akhir bintang klasik nasional peringkat negeri perak.
Seramai 10 orang peserta bakal berentap di Taman Budaya Negeri Perak.
Dalam pada itu para peserta akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.
Johan bagi pertandingan ini akan memenangi wang tunai sebanyak 1000 ringgit.tempat kedua 750 ringgit manakala 500 ringgit tempat ke tiga.
Bagi peserta yang tidak berjaya akan membawa hadiah sagu hati.
Turut hadir pada majlis tersebut Datuk Bandar Ipoh Dato Roshidi Hashim.

End//NANA

PEGUAM

PEGUAM- BANTUAN
22/05/2010



5 ribu ringgit di peruntukkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kepada Jawatankuasa Peguam Perak bermula tahun ini.

Ia bertujuan untuk melaksanakan Program Bersama Peguam khusus penduduk di negeri ini.

Program ini turut di jadikan sebagai acara tahunan di Ipoh.

Menurut Datuk Bandar Ipoh,Dato Roshidi Hashim,ia adalah penting bagi mendekatkan masyarakat dengan peguam dalam membantu golongan yang memerlukan.

Menerusi penglibatan dua buah pihak ini masyarakat akan memperolehi faedah ke arah kesejahteraan rakyat dan melambangkan sumbangan pihak peguam bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Tambah beliau, bantuan guaman di sediakan bagi mendapatkan nasihat guaman secara percuma kepada penduduk di Ipoh.

Dalam pada itu,peguam turut berperanan penting dalam membangunkan masyarakat serta menyampaikan nasihat secara telus.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Ria dan Hari Terbuka anjuran Jawatankuasa Peguam Perak bersama Majlis Bandaraya Ipoh (M-B-I) di Ipoh.

End//Nana

Friday, May 21, 2010

KEMALANGAN IPOH

KEMALANGAN IPOH

Malang tidak berbau.

Akibat kerosakan lampu isyarat..... seorang maut dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat di simpang tiga Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Ketika kejadian, sebuah kereta dari arah lebuh raya yang dinaiki 2 penumpang telah merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, yang datang dari arah berlainan.

Akibat daripada rempuhan itu penumpang kereta tersebut maut manakala pemandunya mengalami kecedaraan ringan.

Manakala kesemua penumpang yang menaiki pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut saksi , ketika kemalangan berlaku lampu isyarat dari kedua-dua arah berwarna hijau.

end ##

ROMPAKAN

Sebuah kedai emas di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah Perak mengalami kerugian 100 ribu ringgit dalam satu rompakan petang semalam.

Kedai yang baru sahaja beroperasi selama 3 bulan lalu.

Dalam kejadian tersebut 4 perompak yang hanya menaiki 2 buah motorsikal bertindak memecahkan cermin pameran kedai emas itu dengan menggunakan tukul kayu,sebelum merompak beberapa barang kemas.

Perompak yang bersenjatakan pistol bagaimanapun berjaya melarikan diri dan melepaskan tembakan selepas 3 minit kejadian.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Sehingga kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.

KEMALANGAN

KEMALANGAN
Akibat kerosakan lampu isyarat, satu kemalangan maut telah berlaku awal pagi tadi yang mengakibatkan 1 kematian di simpang tiga Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh berhampiran lampu isyarat.

Sebuah kereta jenama Honda city dari arah lebuh raya yang dinaiki 2 orang penumpang telah merempuh sebuah kereta berjenama trooper isuzu yang datang dari arah berlainan.

Akibat daripada rempuhan itu penumpang Honda city tersebut maut manakala pemandunya hanya mengalami kecedaraan ringan.

Manakala kesemua penumpang yang menaiki trooper isuzu tidak megalami sebarang kecederaan.

Menurut mangsa, ketika kejadian berlaku lampu isyarat dari kedua-duanya arah berwarna hijau.

Thursday, May 20, 2010

HARI GURU NEGERI PERAK

HARI GURU 21.5.2010
8 PG

menghormati guru bukanlah budaya baru tetapi adalah budaya sejagat.

buktinya dilihat melalui sejarah peradaban awal dunia. malah dalam ajaran Islam juga meletakkan guru pada tahap yang mulia.

namun kini, perilaku kurang beradap dan kurang sopan kian dipapar, bukan daripada golongan kurang pendidikan tetapi mereka yang memiliki kelulusan yang tinggi.

justeru aspek moral dan disiplin adalah komponen penting ketika merangka resipi pendidikan bangsa.

demikian titah raja muda perak, raja dr nazrin shah di majlis sambutan hari guru peringkat negeri Perak di Ipoh.

#####

di majlis yang sama baginda turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah.

antaranya anugerah tokoh guru negeri perak tahun 2010 yang diberikan kepada mantan pengarah pelajaran pulau pinang, datuk Dawa @ Dewa Abdullah.

penyampaian pingat penghormatan guru kepada 15 orang penerima. antara penerimanya timbalan pengarah pelajaran negeri perak tuan haji muhamat roli hassan.

juga disampaikan anugerah guru inovatif dan hadiah kepada johan peraduan mengarang bahasa melayu dan bahasa inggeris.

raja dr nazrin juga bekenan memberi peruntukkan bernilai 100 ribu ringgit kepada tabung sambutan hari guru.

end//

Wednesday, May 19, 2010

mbi-rtp chemor

Masalah sistem perparitan dan saliran yang dihadapi oleh penduduk di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT ) Batu 10 Chemor bakal diatasi.

Apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan program membaik pulih dan naik taraf dalam masa terdekat.

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata pihaknya telah menerima peruntukan sebanyak 100 ribu ringgit daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan bagi tujuan tersebut.

Namun begitu kos sebenar baik pulih adalah sebanyak 148 ribu ringgit, baki wang yang tidak cukup akan ditampung dibawah tabung peruntukan MBI.

Jelas beliau lagi, masalah bau busuk yang dialami penduduk dari kandang ternakan babi yang dibina berhampiran RPT Batu 10 juga akan diatasi oleh pihaknya.

Beliau akan menghubungi Pengarah veterina negeri bagi menbincangkan masalah ini untuk mencari jalan penyelesaianya.

Dato Roshidi Hashim berkata demikian ketika turun di kawasan Chemor, Ipoh.

end //hakimie

Monday, May 17, 2010

nelayan pangkor-bantuan

Nelayan pesisir pantai di Pulau Pangkor boleh menarik nafas lega kerana Kementeri Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu mereka menyelesaikan beberapa masalah yang dialami.

Initiatif ini diambil bertujuan bagi meningkatkan pendapatan mereka disamping menjana ekonomi baru melalui perniagaan hasil laut.

Timbalan Menteri berkenaan Dato Wira Johari Baharum berkata masalah kemiskinan ini timbul kerana kebergantungan terhadap hasil laut yang tidak menentu dan tiada sumber pendapatan sampingan.

Pihaknya akan membantu para nelayan ini untuk menghasilkan produk berasaskan hasil laut dan memasarkanya keseluruh pasaraya dalam negara.

Disamping itu, perbincangan turut akan diadakan bagi membantu beberapa kumpulan nelayan untuk mendapatkan kemudahan bot laut dalam.

Jelasnya lagi , beliau juga akan mencadangkan kepada Kementerian Pertanian dan LKIM dibawah projek bumi hijau dan tanaman fertigasi bagi penduduk mengeluarkan sayuran sendiri untuk pasaran di Pulau Pangkor.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri larian amal 1 Perak di Pulau Pangkor.

end

Sunday, May 16, 2010

SKIM GAJI MINIMUM

SKIM GAJI MINIMUM 17.5.2010
8 PG

“ Isu agak besar dan perlu kajian terperinci sebelum sebarang keputusan diambil.”

Demikian yang dinyatakan menteri sumber manusia, datuk s. subramaniam ketika mengulas perkembangan terkini skim gaji minimum di negara ini.

Melalui ruangan blog kementerian sumber manusia, datuk s.subramaniam mengalukan pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan atau pandangan bagi membantu kerajaan menggubal dasar dan strategi berkaitan isu itu.

Pendapat boleh dihantar melalui emel dengan alamantnya gaji sengkang minimum@ m-o-h-r dot g-o-v dot my.

Jelas Datuk subramaniam, kerajaan sedar bahawa gaji pekerja sektor swasta ketika ini khususnya agak rendah dan perlu ada perubahan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau ditemui di majlis penyampaian sumbangan cermin mata oleh MIC Bahagian Ipoh Barat di ipoh.

Dalam perkembangan lain, datuk subramaniam menolak dakwaan kononya timbul masalah kekurangan pekerja akibat tindakan kerajaan menghentikan pengambilan pekerja asing khususnya dalam sektor pertanian dan peladangan.

End//baizura

MAJLIS MAKAN MALAM

MAKAN MALAM-16/05/2010


Semalam berlangsungnya majlis makan malam Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama Kelab Kebajikan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di kediaman rasmi beliau di Ipoh.
Majlis makan malam yang bermula pada pukul 8.30 malam berada dalam suasana yang meriah.
Seramai 50 orang kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang di ketuai oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Dato Tengku Sharifudin Tengku Ahmad.
Dalam masa yang sama majlis penyampian,hadiah bagi pertandingan persahabatan melibatkan pasukan kakitangan menteri besar perak bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri.
Antara sukan yang di pertandingkan ialah Futsal,Boling,Bola Sepak, dan Bola Jaring.
Majlis penyampaian hadiah di sampaikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
End//