Friday, July 30, 2010

TAMAN KELAHIRAN - GUNUNG LANG

TAMAN KELAHIRAN

TAMAN kelahiran diperkenalkan sebagai tanda mengenang kelahiran seseorang. Taman Rekreasi Gunung Lang menjadi lokasinya.

inisiatif itu dianjurkan Majlis Bandaraya Ipoh MBI.

datuk bandar, datuk roshidi hashim berkata, program itu antara usaha memenuhi hasrat kerajaan negeri untuk mencapai sasaran 2.6 juta tanaman pokok dalam tempoh lima tahun ini.

selain itu, pihaknya turut akan mengenaikan syarat kepada pemaju swasta supaya menanam pokok dalam projek pembangunan mereka.

terdahulu beliau melancarkan Program Satu Kelahiran Satu Pokok di Taman reakreasi gunung Lang.

orang ramai berpeluang menanam pokok di taman itu khususnya untuk pada mereka yang menyambut kelahiran baru.

Ibu bapa yang ingin berbuat demikian hanya perlu membayar 31 ringgit untuk kos plak nama, sijil penyertaan dan pokok.

end//

Thursday, July 29, 2010

TENDER PALSU

AMARAN TENDER

Orang ramai diminta berwaspada dengan pihak tertentu yang mengutip wang bagi tujuan mendapatkan tender kafetaria Kompleks Penyiaran RTM di Ipoh.

Pengarah Penyiaran Negeri Perak Puan Noriani Mohd Idris berkata pihaknya menerima laporan daripada beberapa mangsa terbabit.

Mangsa diminta mengisi salinan borang sebagai tempahan dan dikehendaki membayar seribu ringgit ke 2-ribu ringgit.

Menurut Puan Noriani, sehingga kini Jabatan Penyiaran tidak pernah mengeluarkan sebarang tender untuk kafetaria di kompleks itu. Kompleks Penyiaran masih dalam pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini.

end

Wednesday, July 28, 2010

DADAH-REMAJA

DADAH - REMAJA

di Ipoh, seorang wanita berusia 23 tahun mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah.

tertuduh adalah salah seorang daripada lima yang dituduh atas kesalahan yang sama. turut terlibat dua remaja perempuan di bawah umur.

dalam kes ini tiga pertuduhan dibacakan di hadapan majistret roslinda razali di mahkamah majistret Ipoh.

masing-masing pertuduhan melibatkan pemilikan dadah jenis Syabu seberat 3.8 gram, dadah jenis ganja seberat 1.1 gram dan dadah jenis ketamin seberat 10.6 gram.

pertuduhan pertama dan ketiga didakwa di bawah seksyen 12 (2) akta dadah merbahaya 1952, manakala pertuduhan ketiga didakwa di bawah seksyen 6 akta yang sama.

kesemua mereka ditahan di taman Kampar, pada 11 julai lalu sekitar pukul 4 petang.

walau bagaimanpun, mereka yang ditahan dibenarkan ikat jamin enam ribu ringgit setiap seorang dengan seorang penjamin.

sebutan semula kes akan dibuat pada 6 september depan di mahkamah yang sama.

end//

Tuesday, July 27, 2010

DS KONG - KTM

DS KONG – KTM

Kereta api tanah melayu berhad KTM kini dalam usaha memiliki sebuah pusat kecemerlangan kereta api peringkat ASEAN.

ia menerusi kewujudan Kompleks keretapi Tanah Melayu KTM yang bertempat di batu Gajah.

menteri pengangkutan, datuk seri Kong cho Ha berkata dengan peruntukkan 78 juta ringgit, kompleks KTM ini adalah yang termoden dan dilengkapi dengan depoh, bengkel, stor pusat serta akademi KTM yang juga dikenali sebagai MyRA.

pada rancangan akan datang sejumlah 300 juta ringgit akan diperuntukkan bagi pembinaan fasa baru Kompleks TERSEBUT.

Kompleks KTM batu gajah mengantikan pusat KTM sentul, kuala Lumpur dan projek pembangunannya bermula pada tahun 2006.

datuk seri kong ditemui pada majlis perasmian kompleks KTMB, Batu gajah di batu gajah.

berangkat merasmikan majlis, sultan perak, sultan azlan shah.

mengulas mengenai operasi keretapi elektrik atau ETS Ipoh – Kuala Lumpur, datuk seri kong berkata ia akan bermula minggu pertama bulan depan.

end//baizura

Tuesday, July 20, 2010

BAIDURI TENTERA

BAIDURI TENTERA

sempena sambutan Hari Pahlawan pada 31 julai ini, BAIDURI bersama badan kebajikan angkatan tentera Malaysia atau BAKAT akan melaksankan program sumbangan.

ia melibatkan sumbangan kepada balu-balu dan anak-anak yatim keluarga aggota tentera.

pengerusi BAIDURI, datin seri Saripah zulkifli berkata, pihaknya akan meminta bantuan BAKAT untuk memilih balu dan anak-anak yatim daripada anggota tentera yang layak menerima bantuan.

penyampian sumbangan itu juga sempena sambutan bulan ramadhan.

majlis tersebut akan diadakan pada 2 ogos depan di kediaman menteri besar perak di Ipoh.

datin seri saripah ditemui ketika melawat hospital Angkatan Tentera Malaysia Di pangkalan Lumut.

lawatan tersebut turut dihadiri menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir.

inin merupakan lawatan pertama menteri besar dan isterinya selepas datuk seri dr zambry bergelar Menteri besar Perak.

end//baizura

LARIAN MEDIA SATU MALAYSIA

LARIAN NPC

ahad lalu, larian antarabangsa, Ipoh international Run telah diadakan di Ipoh.

kini, bukan hanya ahli media, tetapi orang ramai di negeri ini berpeluang menyertai pula Larian Media satu Malaysia, Kelab Akhbar Kebangsaan NPC 2010 yang akan diadakan pada 1 ogos depan di Kuala Lumpur.

kategori larian itu tertakluk pada jarak lima kilometer sahaja. pemenang akan menerima wang tunai dan pingat.

Setiap peserta dikenakan bayaran 10 ringgit dan akan menerima sehelai T-shirt dan beg cenderahati.

bagi mereka yang berminat boleh menghubungi talian 016-245 3839 atau
012-285 9647atau 017-311 0187.

tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai ini.

end//

Sunday, July 18, 2010

KOPERASI ORANG ASLI

KOPERASI
19.07.2010
8PG

Penubuhan koperasi untuk masyarakat orang asli di Gerik memberi peluang kepada golongan ini dalam mencapai pendapatan yang lebih tinggi secara sistematik.
Ia selaras dengan matlamat kerajaan negeri membantu masyarakat orang asli memperolehi kehidupan yang lebih sempurna.
Menurut Ahli Parlimen Gerik,Datuk Tan Lian Hoe penubuhan koperasi ini dapat memberi kemahiran serta kepakaran khususnya kepada masyarakat orang asli untuk bergiat aktif dalam bidang ekonomi.
Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berpendapat,kini sudah tiba masanya masyarakat orang asli perlu berdikari
Meskipun kerajaan menyediakan peruntukkan namun dengan cara ini ia dapat mendidik masyarakat orang asli agar lebih berusaha disamping memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penubuhan koperasi Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun di Gerik.
Lebih 2 ratus orang yang hadir dalam majlis tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Tan Lian Hoe berkata melalui kempen ‘ 1 komoniti 1 koperasi’ lebih banyak koperasi akan ditubuhkan.
Setakat ini penubuhan koperasi di Perak akan di perluaskan antaranya Tapah,Lenggong,Sungai Tiong,Sungai Tiang dan Sungai kejar.
End//nana

RELA

Lebih 5 ratus anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang melibatkan diri dalam Program Latihan Ujian Menembak RELA di Changkat Jong.
Ternyata acara tahunan ini mendapat sambutan yang meriah di kalangan anggota RELA,malah ada di antara mereka merupakan kali pertama mencuba senapang M-16 ini.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang teknik-teknik pengendalian senapang tersebut dengan cara yang tepat.
Dalam pada itu,semangat dan keyakinan anggota RELA dapat dibentuk.
Hadir sama dalam program ini Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keseniaan,Belia dan Sukan Negeri Perak Dato Zainol Fadzi Paharudin berkata golongan belia juga turut berpeluang untuk menyertai aktiviti sukarelawaan ini.
Antaranya,penubuhan Skuad RELA Muda di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau berkata demikian di Lapangan Sasar,Changkat Jong.
Sehingga 16 Julai tahun ini,lebih seratus ribu anggota RELA di Perak telah menyertai pasukan sukarelawan ini.
End//nana

Saturday, July 17, 2010

DS HUSNI SUBSIDI + PASAR MANJOI

DS HUSNI SUBSIDI

pelaksanaan pengurangan subsidi sebahagian daripada strategic merencanakan Model baru ekonomi MBE .

ia sekaligus menuju kea rah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

menurut menteri kewangan kedua, datuk seri ahmad husni hanadzlah, sejak kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi ke atas bahan api dan gula, reaksi yang diterima adalah positif sama ada daripada sector korporat mahupun rakyat.

kesan pengurangkan subsidi itu telah menjimatkan belanjawan negara kepada 750 juta ringgit. jumlah itu akan digunakan untuk pembangunan negara.

up sound [[cut 1]]
q in : isu subsidi dah lama dibincangkan terutama dalam sector korporat, pasaran ekonomi..yang berpendapat kita kurangkan subsidi tersebut…menumpukan kepada sector yang boleh membawa multiplier effect kepada negara kita..jadi usaha untuk membangunkan negara kita kepada stage lebih tinggi akan menjadi sukar…

q out :… sebab itu kita merealisasikan subsidi tapi kita buat secara gradual

menurut datuk seri ahmad husni lagi, pelaksanaan pengurangan subsidi akan dilakukan secara berperingkat.


end//


dalam perkembangan lain, datuk seri ahmad husni yang juga ahli parlimen tambun menghadiri majlis penyampaian peruntukkan pembinaan menaiktaraf pasar Manjoi di gugusan manjoi.

pasar yang menjadi tumpuan hampir 30 ribu penduduk setempat itu menerima peruntukkan daripada Majlis bandaraya Ipoh MBI sebanyak 450 ribu ringgit.

projek menaiktaraf akan dilaksanakan minggu depan dan dijangka siap awal Januari tahun hadapan.

pasar Manjoi itu diusahakan sepenuhnya oleh peniaga Melayu.

hadir sama ke majlis tersebut Datuk bandar Ipoh, datuk roshidi hashim dan ahli dewan undangan negeri ADUN Manjoi, datuk nadzri ismail.

end//baizura

Thursday, July 15, 2010

PAC -LAPORAN AUDIT

Laporan audit Jawatankuasa Kira-Kira Wang P-A-C negeri Perak tahun 2006 dan 2007 akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri DUN Perak bulan depan.

Pengerusinya, Datuk seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata 12 agensi kerajaan dikenalpasti mencapai tahap pengurusan bertaraf empat bintang.

Laporan audit ini penting sebagai penanda aras untuk meningkatkan sistem pengurusan yang lebih cekap, berkualiti dan produktif,.

Malah ia juga sebagai petunjuk prestasi utama KPI agensi kerajaan di negeri ini.

Datuk seri raja ahmad Zainuddin berkata demikian di Ipoh.

Bagi laporan audit tahun 2008, PAC dijangka dapat menyiapkan laporan itu pada awal tahun depan iaitu lebih awal dari jangka waktunya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata bagi mengelak berlakunya kesangsian terhadap maklumat yang dilaporkan, pihaknya akan terus mengadakan tinjauan dan lawatan ke setiap agensi.

beliau juga turut mengingatkan semua agensi supaya melupuskan harta benda yang tidak digunakan mengikut prosedur.

ia bagi mengurangkan kos selenggara dan mempertingkatkan pengurusan peruntukan agensi tersebut.

end/baizura

POLIS BOM -KAMPAR

POLIS BOM

seorang anggota polis terkorban manakala empat lagi cedera dalam kejadian letupan bom di lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah IPD kampar petang semalam.

kejadian berlaku ketika 40 anggota polis dari seluruh Perak sedang mengikuti Kursus Pemusnah Bom.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memaklumkan lima anggota terbabit ketika itu sedang memeriksa sebiji bom yang tidak meletup.

Anggota yang terkorban ialah Sarjan Saidin Mohd Dom, yang bertugas di IPD Taiping. beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas dimasukkan ke hospital Kampar.

empat lagi anggota yang cedera ialah sarjan Saat Salleh yang juga bertugas di taiping, sarjan Zulkifli Ijum dari IPD Ipoh, lans korperal Mohd Nor Firdaus dari IPK perak dan koperal Kamaruddin Ismail dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam,

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 50-an.

end//

Wednesday, July 14, 2010

MAYAT SIMPANG PULAI

MAYAT SIMPANG PULAI

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian mayat rentung di kilometer 45 jalan simpang pulai –cameron Highlands tampil membantu siasatan.

mayat wanita itu dijumpai orang awam pagi tadi

menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika ditemui mayat berkenaan, tiada pengenalan diri dijumpai.

pihak polis juga mendapati ada kesan luka di bahagian kepala mayat berkenaan yang dipercayai ditetak dengan senjata tajam.

datuk dzuraidi memberitahu kemungkinan wanita itu dibunuh di tempat lain
sebelum dicampak di lokasi penemuan mayatnya.

siasatan awal mendapati mayat wanita itu adalah berbangsa India dan berumur 30-an.


end//

JALUR LEBAR PERAK

JALUR LEBAR PERAK

kerajaan negeri Perak menyasarkan lebih 200 lokasi pusat akses akan diwujudkan di seluruh negeri itu.

lokasi menempatkan pusat tersebut bergantung kepada kepadatan penduduk dan lokasi tumpuan orang ramai.

untuk permulaan, kelajuan jalur lebar yang disediakan ialah 1 mega bit per saat hingga lima mbps.

bagi setiap pusat akses boleh menampung 200 penggunanya untuk satu masa.

menurut ketua eksekutif K-Perak, professor dr Abdul Kamil mahmud, kos pusat itu berkonsepkan perkongsian.

setakat ini penggunaan jalur lebar telahpun ditempatkan di sekitar bandaraya Ipoh seperti di padang Ipoh dan taman cempaka.

baru-baru ini Pulau pangkor menjadi lokasi meluaskan penggunaan khidmat jalur lebar berikutan ia sebagai lokasi pelancongan.

end//

Monday, July 12, 2010

PERUMAHAN

PERUMAHAN 09.07.2010

kerajaan negeri akan mengambil alternatif baru mempergiatkan projek-projek perumahan di Perak menjelang 2015
Langkah ini bertujuan bagi memastikan keperluan rakyat untuk mendapatkan penempatan yang lebih selesa.
Menteri Besar Perak Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,penambahan penduduk menjadikan Perak semakin mendapat tempat di kalangan pelabur tempatan dan luar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan kunci bagi skim perumahan apartment kos sederhana untuk fasa 1 dan 2 serta pelancaran fasa 3 Bukit Permata di Lumut
Seramai 30 pembeli yang telah menerima replika kunci pada majlis tersebut
Daerah Manjung antara kawasan berpotensi untuk dibangunkan dalam bidang hartanah kerana mempunyai struktur tanah yang baik.
Dalam tempoh jangka panjang , Manjung akan menjadi kawasan tarikan pelancong dengan pembinaan MARINA ISLAND sebagai kawasan perlabuhan persiaran pertama di Asia Pasifik.
Ia dijangka siap dalam tempoh 10 tahun hingga 15 tahun akan datang.
Menerusi pembinaan kawasan ini,ia mampu menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat.
End//nana

Sunday, July 11, 2010

HOKI TERTUTUP AKHIR PIALA S.A.S

HOKI TERTUTUP AKHIR


kejohanan akhir sukan hoki tertutup piala sultan azlan shah semalam menyaksikan Juara Asia, Iran gah menjulang piala walaupun menang tipis ke atas pasukan tuan rumah 3-2.

dalam perlawanan ini menyaksikan, pasukan negara lebih berwaspada mengatur langkah apabila sebelum ini pernah ditewas mudah oleh iran
6- 0.

jaringan pasukan negara disempurnakan s.kuhan pada minit ke empat dan minit ke 39.

sementara itu, dalam menentukan tempat ketiga dan keempat pasukan Uzbekistan menewaskan pasukan Pakistan 2-0.

manakala, pasukan Thailand berjaya membelasah kazakstan dengan keputusan 7-0 bagi menentukan kedudukan di tempat kelima dan keenam.

majlis penyampaian pingat dan piala disempurnakan sultan perak, sultan azlan shah.

hampir dua ribu penonton memeriahkan kejohanan yang berlangsung di stadium indera mulia yang selesai kira-kira pukul 5 petang.

end//baizura

BANGUNAN ROBOH CHANGKAT TIN

BANGUNAN ROBOH

isu berhubung tiga pelajar maut akibat ditimpa bumbung konkrit sebuah stor bijih timah usang di PPRT Changkat Tin, Tanjung Tualang, kelmarin.

pejabat daerah kinta akan mengambil tindakan segera merobohkan stor berkenaan dan juga dua lagi rumah terbiar yang berhampiran dengan tempat kejadian.

pegawai daerahnya, datuk razali Othman berkata, pihaknya juga akan meminta jawatakuasa kemajuan kampung JKKK untuk memantau kawasan tersebut yang juga berhampiran dengan kawasan lombong.

ia bagi memastikan keselamatan penduduk kampung di PPRT changkat tin itu

dalam kejadian Sabtu lalu, tiga pelajar maut dan seorang cedera parah akibat ditimpa bumbung konkrit stor terbiar yang berusia hampir 45 tahun.

Mereka yang terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, Muhamad Safwan Abdul Aziz. masing-masing berusia 13 tahun. seorang lagi muhamad Hisham Alias, 12 tahun.

Kesemua mangsa yang cedera parah di kepala dan badan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dijumpai kira-kira 10 malam oleh kaum keluarga dan penduduk kampung.

Kejadian dipercayai berlaku semasa pelajar terbabit berteduh dalam stor
berkenaan kerana hujan.

kini, mangsa yang cedera parah, Mohd Shahir Zairi, 13 tahun dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

end//

UMNO PARITBUNTAR

UMNO PARITBUNTAR

kekuatan utama barisan nasional terletak pada perpaduan yang kukuh antara parti komponennya.

justeru, sebarang perselisihan faham perlu dibincang demi mencapai penyelesaian terbaik.

demikian saranan menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir kepada ahli BN.

beliau yang juga pengerusi BN Perak mengharapkan, agar BN bergerak bersama masyarkat bagi menjaga keamanan serta memperkukuhkan perpaduan.

malah, pemimpin dan ahli umno juga dinasihatkan supaya sensitive pada landskap politik semasa. pendekatan lama harus ditukar dengan pendekatan baru bagi meraih kembali sokongan rakyat.

datuk seri dr zambry berucap pada mesyuarat pewakilan umno parit buntar kali ke 22 di parit buntar.

beliau juga mengharapkan agar fenomena pilihanraya lepas tidak berulang iaitu pemerintahan negeri Perak beralih kepada pembangkang yang sebelum ini dipegang oleh BN sejak merdeka.

end// hakimie

Thursday, July 8, 2010

HOKI TERTUTP HARI KETIGA

HOKI TERTUTUP

hari ketiga kejohanan hoki tertutup piala sultan azlan shah ..menyaksikan pesta gol dalam ketiga-tiga perlawanan semalam.

terdahulu, pasukan negara berjaya memecahkan tembok pasukan Kazakhstan dengan jaringan 12 gol berbalas 1.

walaupun pasukan kazakhstan memulakan jaringan pada separuh masa pertama seawal minit kedua, namun akhirnya ia menjadi jaringan tunggal untuk pasukan itu.

serangan tuan rumah bermula pada separuh masa kedua. apabila jaringan pertama yang disempurnakan pemain veteran choa boon huat diperoleh pada minit kedua.

beliau turut menyumbangkan dua lagi gol untuk pasukan negara. dua lagi pemain pasukan yang turut menjaringkan jumlah gol yang sama yaacob mohd shafiq dan s.kuhan

sementara itu, perlawanan kedua menyaksikan aksi pasukan Thailand dan Pakistan. ternyata Pakistan gah dalam aksi sukan hoki yang berjaya membenamkan Thailand
6 – 0.

dalam satu lagi perlawanan, pasukan iran berpesta gol dengan menewaskan Uzbekistan 13 – 0.

untuk perlawanan esok, pasukan negara akan menentang Iran, pasukan Pakistan pula akan bertemu Uzbekistan dan Thailand akan berhadapan dengan Kazakhstan.

kesemua perlawanan berlangsung di stadium indera mulia ipoh yang bermula pada pukul 3.30 petang

end//

Monday, July 5, 2010

HUTAN LIPUR KUALA WOH

HUTAN LIPUR KUALA WOH

sector pelancongan dijadikan focus utama dalam meningkatkan hasil pendapatan negeri Perak.

justeru, Hutan Lipur Kuala Woh di Tapah dilihat berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat kebudayaan khususnya dalam mengenali kehidupan masyarakat orang asli.

cadangan berkenaan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negeri Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar selepas melawat kawasan seluas 2.85 hektar itu.

hutan lipur kuala Woh yang terletak antara tapah dan Cameron hinglands masih terpelihara alam semula jadinya.

jelas datuk seri raja ahmad zainuddin lagi, kawasan tersebut yang sememangnya menjadi tumpuan aktiviti perkhemahan dan perkelahan turut mempunyai kelengkapan infrastruktur.

antaranya seperti chalet, dewan terbuka, gerai, tapak perkhemahan, tandas awam, bilik mandi dan juga sebuah dewan penerangan mengenai hutan tersebut.

turut menjadi tarikan ialah jambatan gantung, gunung batu putih dan punca air panas.

selain berhampiran dengan bandar tapah, hutan Lipur Kuala Woh juga berhampiran dengan susur masuk dan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan.


end//

BANCI BERMULA

BANCI BERMULA 6.7.2010

orang ramai diharapkan memberi kerjasama dengan memberi maklumat yang tepat sepanjang tempoh bancian dilakukan iaitu bermula hari ini.

Banci penduduk dan perumahan Malaysia kali kelima itu akan mengumpulkan data seperti umur, taraf perkahwinan, pendidikan, agama serta pekerjaan disamping menitikberatkan maklumat-maklumat asas iaitu ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk.

tempoh bancian tersebut dilakukan sehingga 22 ogos depan, ia turut dilakukan pada hari sabtu dan ahad.

sebelum ini Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak En. Tan Keng Chuan berkata, lebih dua ribu petugas yang terlibat dengan bancian di seluruh negeri Perak.

justeru orang ramai boleh mengenal pasti pembanci ini melalui kad petugas yang diberikan.

dalam pada itu, orang ramai juga boleh mengisi maklumat bancian menerusi laman sesawang di www dot statistics dot g.o.v dot my.

bagi penduduk yang tercicir daripada bancian boleh menghubungi talian banci penduduk di talian 1- 800- 88- 7828.

end//baizura

Saturday, July 3, 2010

TLDM SULTAN SELANGOR

TLDM SULTAN SELANGOR

sultan selangor, sultan Sharafuddin Idris shah berpuas hati dengan rancangan pembangunan TLDM yang disifatkan teratur dan sistematik.

tambahan pula dengan kehadiran kapal selam kedua negara, KD tun razak serta perolehan yang dirancang dalam rancangan Malaysia ke 10.

ia selaras dengan hasrat TLDM untuk mencapai kedudukan bertaraf antarabangsa atau “a world class navy”.

sultan sharafuddin bertitah demikian di majlis istiadat perbarisan diraja dan pengurniaan watikah tauliah di pangkalan TLDM, Lumut.

dalam pada itu, baginda juga menyeru agar kebajikan anggota TLDM sentiasa diberi perhatian kerana kecemerlangan sesuatu organisasi adalah bermula daripada suasana kerja dan keluarga yang bahagia.

baginda juga mengingatkan parajurit negara agar menjauhi aktviti negative kerana ia akan menjejaskan kredibiliti angkatan tentera Malaysia amnya.

END//

TAULIAH TLDM

pada majlis yang sama, seramai 54 anggota TLDM berpangkat pegawai menerima pentaulihan.

mereka terdiri daripada empat kategori iaitu pegawai tauliah jangka pendek pengambilan ke 58, pegawai tauliah jangka pendek pengambilan wanita ke 11, pegawai tauliah jangka pendek pengambilan graduan ke 19 dan pegawai tugas khas ke 30.

turut ditauliahkan pegawai terbaik. kadet kanan pengambilan ke 58 terbaik keseluruhan ditauliahkan kepada kamarul hainizam abdul razak.

bagi pegawai kadet kanan pengambilan wanita ke 11 terbaik akademik ialah nurziah ahmad pauzi.

leftenan Muhammad firdaus a.hamid dan anuar ambak masing-masing dipilih sebagai pegawai graduan terbaik dan pegawai tugas khas terbaik.

kesemua anggota pegawai yang tamat latihannya menerima pentaulihan daripada sultan selangor, sultan sharafuddin idris shah yang juga kapten TLDM.

hadir sama ke majlis panglima tentera laut, tan sri abdul aziz jaafar.


end//baizura

POLIS CARI SUSPEK

POLIS CARI IPOH

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian samun di Buntung malam semalam tampil membantu siasatan.

mereka boleh menghubungi pihak polis di talian 05 245 1500.

kejadian pukul 11.30 malam itu melibatkan kematian seorang warga emas Chong Sing Moi yang dipercayai dihentak dengan pasu bunga di rumahnya .

menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek yang ketika itu dikatakan mangsa berada seorang diri dirumahnya.

ekoran itu, beg duit mangsa berjaya dilarikan suspek.

polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan akan disiasat mengikut seksyen 3-0-2 kanun keseksaan.

end//