Monday, November 29, 2010

SIDANG DUN NOVEMBER

HARI DUN

soal kecoh atau tidak Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN esok adalah melihat pada kelakukan yang ditonjolkan pembangkang.

bagi ketua penerangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan ADUN Pengakalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar, apa yang penting pemimpin Barisan nasional BN sentiasa memastikan setiap persidangan yang berlangsung dapat membincangkan pelbagai hal untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

sikap pembangkang yang cuba sering menimbulkan kekecohan pada setiap persidangan hanya semata-mata untuk berpolitik.

datuk hamdi menyatakannya di Ayer Tawar.

sidang DUN yang bermula esok dan dijangka berlangsung selama empat hari hingga 3 Disember.

persidangan kali ini akan membentangkan bajet negeri untuk tahun 2011.

sejak tampuk kepimpinan negeri berada dibawah pentadbiran BN, pembangkang mencetuskan kekecohan dalam dewan dengan bertindak keluar dewan serta tidak menghormati speaker, datuk R.Ganeson.


end//

BPA - PENJAWAT AWAM

BPA PENJAWAT AWAM

50 hingga 60 aduan diterima setiap bulan oleh biro pengaduan Awam BPA berhubung rasa tidak puas hati rakyat dengan layanan penjawat awam.

kebanyakkan aduan tersebut melibatkan penjawat awam yang berhadapan dengan orang ramai.

dalam pada itu, Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk T.Murugiah meminta orang ramai terlebih dahulu merujuk kepada BPA sebelum membuat sebarang laporan pada pihak berkuasa.

BPA terlebih dahulu akan membuat siasatan. laporan tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam JPA untuk mengambil tindakan tatatertib.

jika didapati kes berkenaan serius tindakan sehingga memberhentikan penjawat awam boleh diambil.

datuk Murugiah berkata demikian di Pejabat Biro Pengaduan Awam di Ipoh.

end//

Wednesday, November 24, 2010

3P TENAGA KERJA

TENAGA KERJA

lebih seribu jawatan kosong ditawarkan pada Progran penempatan Pekerjaan atau 3P yang akan diadakan pada 27 dan 28 november ini di bangunan Persekutuan, Ipoh.

program anjuran Pejabat Tenaga Kerja itu, mendapatkan kerjasama daripada 45 syarikat swasta yang akan turut serta menjayakan 3P.

antara yang terlibat sama Institut Latihan Perindustrian ILP Jelapang, Perkeso, dan ADTEC

menurut Peagawai Perhubungan Perusahaan, Puan Nurul hana Mohd Khairi, peluang pekerjaan terbuka khususnya lepasan SPM serta mereka yang mencari kerja.

Mereka yang datang dinasihatkan membawa sijil yang berkaitan.

program tersebut bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

pada masa yang sama, program 3P itu juga akan diadakan serentak di Sitiawan pada 27 november dan Tapah pada 28 November.

manakala di Gerik dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 4 disember depan.

maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh menghubungi pejabat Tenaga Kerja Ipoh di talian 254 9405 atau 254 9404.

semua jawatan yang ditawarkan merangkumi pelbagai jenis jawatan dan bidang.

end//

PANDU PUTERI PERAK

PANDU PUTERI PERAK

du Puteri Negeri Perak akan menganjurkan program besar-besaran bersama masyarakat orang Asli pada hujung minggu ini.

dianggarkan kira-kira hampir dua ribu masyarakat orang asli daripada sembilan buah kampung sekitar Chenderiang, Tapah akan turut serta.

bertempat di kampung Lata Kinjang, tujuan utama program itu untuk melahirkan usahawan Orang Asli khususnya memberi peluang kepada surirumah menjana pendapatan.

juga difokuskan peripentingnya pendidikan kepada anak-anak serta orang dewasa orang asli.

idea mengadakan program ini tercetus apabila kali pertama Raja Puan Muda Perak merangkap Yang diPertua Pandu Puteri Negeri Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah meninjau kehidupan Orang Asli di kampung Lata Kinjang April lalu.

hari ini baginda meluangkan masa meninjau persiapan akhir program yang diberi nama majlis Pandu Puteri Perak turun Padang bersama Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Rosmah Mansor mernagkap Yang dipertua Pandu Puteri Malaysia.

terlibat menjayakan program itu nanti Yayasan Bina Upaya, Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS, Jabatan Pelajaran Negeri,
lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA, serta Jabatan Kesihatan.

END//

Tuesday, November 23, 2010

JALAN KELUAR BERCHAM

JALAN KELUAR BERCHAM

Pembinaan dua laluan baru susur keluar ke Bercham, Ipoh bakal memudahkan pengguna yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Projek jangka pendek itu telah diluluskan kerajaan negeri dan bakal menikmati kemudahan itu menjelang Tahun Baru Cina.

Dua laluan susur keluar berkenaan sepanjang 100 meter itu melibatkan kos kurang dari satu juta ringgit.

Menurut exco negeri, Datuk Ramly Zahari, kawasan yang terlibat adalah berdekatan dengan kawasan perindustrian dan susur keluar bersebelahan kawasan pembinaan sebuah gedung pasaraya.

Susur keluar laluan sedia ada iaitu jalan Sultan Azlan Shah juga akan dinaiktaraf.

bagaimanapun, projek tersebut akan dimasukkan dalam rancangan Malaysia ke sepuluh RMK 10 yang melibatkan pembinaan laluan bertingkat antara lima hingga 10 kilometer.

datuk ramly berkata demikian selepas melawat ke kawasan yang terlibat dengan projek susur keluar Bercham di Becham.

sebelum ini, Pengerusi Rukun Tetangga, tan Swee Kong mendakwa, susur keluar dan masuk ke Becham saban hari sesak apabila dianggarkan lebih 50 ribu kenderaan pelbagai jenis menggunakan laluan tersebut.

Difahamkan cadangan projek berkenaan akhirnya dilaksana selepas menanti sejak 10 tahun lalu.

end//

kaedah promosi, penjenamaan dan perlabelan

INDUSTRI HAMIDAH

di Perak setakat bulan Ogos lalu, hampir 17 ribu daripada 43 ribu 334 syarikat perniagaan dibubarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.

alasannya; kaedah promosi, penjenamaan dan perlabelan produk tempatan yang tidak efektif dan menarik.

Exco Industri,Pelaburan dan Pembanguan Usahawan negeri, Dato Hamidah Osman berkata kini SSM dalam proses membatalkan lebih 100 ribu lagi syarikat ekoran tidak menepati kreteria perniagaan yang bersifat global.

selain kualiti pengeluaran produk, kaedah perlabelan yang menggunakan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Cina dan Arab penting dalam aktiviti meluaskan pemasaran peringkat antarbangsa.

jelas datuk hamidah lagi, penjenamaan dalam produk tempatan adalah faktor penting bagi memudahkan pemasaran dan membina imej kepada produk keluaran tempatan.

beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Skim Pemadanan Pembungkusan, Perlabelan dan Penjenamaan Produk Pertanian dan Indusrti Asas Tani di Ipoh.

sebanyak 300 ribu syarikat tempatan bakal berdaftar dengan SSM.

End/jaya

SUNGAI KINTA RAWAT

PERAK SUNGAI

Kawasan sekitar Tiga Kilometer dari 110 kilometer Sungai Kinta, didapati mempunyai tahap pencemaran yang tinggi, iaitu pada tahap dua.

Kawasan yang bermula dari Sungai Cheroh hingga Sungai Paloh, itu akan melalui proses rawatan untuk memulihkanya.

exco Alam sekitar negeri, datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelaksanaan pembersihan akan dilakukan minggu depan yang meliputi sepanjang SUngai Kinta.

didapati 40 peratus pencemaran sungai itu berpunca daripada syarikat pengurusan kumbahan, indah water Konsortium IWK, 29 peratus pula datangnya dari pasar basah, 28 peratus dari kedai makan dan selebihnya dari industri, serta projek pembinaan rumah.

Jelas datuk Dr Mah, akibat perbuatan orang ramai yang membuang sampah di sekitar loji kumbahan, IWK kini berhadapan masalah di loji sistem rawatan kumbahan.

bagaimanapun, buat masa ini, empat loji akan dinaiktaraf iaitu di Taman Canning, Pengkalan, Waller Court dan Taman Wah Keong.

dalam pada itu, pemilik kedai makan dan pasar basah juga disarankan memasang perangkap minyak di premis masing-masing.

datuk dr mah ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas Program Satu Negeri Satu Sungai di Ipoh.

END//

Saturday, November 20, 2010

YaPEIM DUA BERADIK

YaPEIM DUA BERADIK

Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan di di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), berdekatan Slim River, Selasa lalu, mendapat perhatian kerajaan Perak dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

fatiha 4 tahun masih trauma dan melecur kira-kira 18 peratus di bahagian belakang badan dan tangan kiri manakala ibu jari kaki kanannya patah.

manakala abangnya, Firdaus Shaiful Fadzilah, 8 tahun mengalami cedera ringan.

justeru, Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Dr Abd Malek Awang Kechil, menyampaikan sumbangan tiga ribu ringgit kepada dua beradik itu.

di bawah Program Keluarga Angkat Prihatin menerusi Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM juga akan menjadikan dua beradik itu sebagai keluarga angkat.

fatiha dan firdaus juga akan menerima bantuan bulanan sebanyak 200 ringgit setiap seorang.

dalam kemalangan maut itu, ibu bapa mangsa meninggal dunia bersama dua beradik kembarnya.

end//

Friday, November 19, 2010

POLIS TAHAN - SAMUN

POLIS TAHAN

DUA tumpas manakala dua lagi berjaya melarikan diri dalam keadaan cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kesemua suspek dijejak selepas menyamun sebuah restoran di Taman Pertama di IPOH awal pagi tadi dengan bersenjatakan parang.

berdasarkan maklumat keluarga mangsa, polis berjaya mengesan keempat-empat lelaki yang melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Iswara di Falim.

kereta yang dipandu suspek melanggar empat kenderaan awam dan terpaksa berhenti selepas dikepung lima kereta peronda polis.

dan ketika itu berlaku pergelutan antara pasukan polis dengan suspek.

seorang anggota polis kemudian melepaskan satu tembakan yang terkena seorang suspek, menyebabkan dua daripadanya berjaya ditahan manakala dua lagi, termasuk yang cedera melarikan diri.

Sehubungan itu, ACP Azisman meminta kerjasama klinik atau hospital yang didatangi lelaki bagi mendapatkan rawatan akibat terkena tembakan, supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 2451500.

buat masa ini, dua suspek yang ditahan direman mulai hari ini dan siasatan awal mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau, selain bergerak aktif melakukan kegiatan samun di sekitar Ipoh.

end//

SEDIA BANJIR - BERUAS

SEDIA BANJIR - BERUAS

biarpun kejadian banjir tidak dapat dielakkan, namun usaha mengawal keadaan banjir lebih buruk menjadi keutamaan.

di kawasan Parlimen Beruas saban tahun kampung kilang, taman bintang di pantai remis, padang serai, kampung sungai batu, dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin PPRT bagan Panchor berhadapan kejadian banjir.

menurut Ahli Dewan Undangan negeri ADUN Pengakalan Bahru, Datuk Hamdi Abu Bakar, ketika ini, Jabatan Pengairan dan Saliran JPS giat melakukan kerja-kerja pembersihan sungai untuk memastikan pengaliran air sungai lancar.

punca banjir di semua kawasan yang dikenal pasti akibat limpahan Sungai Rotan yang bertembung dengan sungai-sungai yang lain.

justeru, dua pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir; masing-masing di pantai remis dan beruas.

dalam berhadapan dengan banjir, tegas datuk hamdi, mangsa perlu mematuhi arahan dan bekerjasama dengan anggota penyelamat agar kerja-kerja pemindahan dapat dilakukan dengan teratur.

dari aspek bantuan dan peranan bilik gerakan banjir, masing-masing telahpun diselenggara dengan baik bagi memberi keselesaan kepada mangsa.

datuk hamdi berkata demikian selepas menyampaikan anugerah cemerlang UPSR Parlimen Beruas kepada 85 murid di sekolah kebangsaan Ayer tawar.

end//baizura

Thursday, November 18, 2010

SEKOLAH CEMERLANG AYER KUNING & CHENDERIANG

SEKOLAH CEMERLANG AYER KUNING & CHENDERIANG

pada awalnya, prestasi pencapaian murid darjah 6 di 30 buah sekolah di kawasan dewan undangan negeri DUN ayer kuning dan Chenderiang tidak menampakkan sebarang kecemerlangan.

namun, terbukti selepas mengaplikasikan pembelajaran secara talian menerusi SKor A e-learning, 25 murid memperoleh keputusan 5A dalam ujian pecapaian sekolah rendah UPSR baru-baru ini.

bersama berkongsi kejayaan itu, ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu hassan yang dimaklumkan bahawa pendekatan pembelajaran mula diubah pada awal April lalu.

beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR di Tapah.

murid yang cemerlang menerima saguhati 200 ringgit seorang serta sijil.

prestasi cemerlang itu ditunjukkan oleh semua jenis sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan tamil dan Cina.

dalam pada itu, jelas datuk shamsudin usaha membantu murid khususnya di kawasan luar bandar, menjadi agenda pemimpin Barisan Nasional BN demi menggalakkan pembangunan modal insan.


end//

MINTA MYKAD - GERIK

MINTA MyKAD dan BANTUAN

Lima beradik memohon untuk mendapatkan MyKAD dan sekaligus membolehkan mereka ke sekolah.

kesukaran mendapatkan My KAD berpunca daripada kelainan berbin dan berbintikan nama bapa mereka, Awang Bakar Jusoh yang meninggal dua tahun lalu.

biarpun Nur Syafiqah Abdullah, 14 tahun, memiliki sijil lahir tetapi gagal mendapatkan MyKad kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganggap dia bukan warga negara berikutan surat nikah ibu dan ayahnya dilaporkan palsu.

bagaimanapun, daripada mereka dua adiknya Nur Syahidah dan Muhammad Azhar berbin dan berbintikan ayahnya Awang Bakar dan seorang lagi Adiknya Muhammad Aidil Fitri, 5 tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran.

kesemua mereka kini tinggal bersama abang tirinya, Mohd Irwandi Awang Bakar di bersia, Gerik selepas ditinggal ibu mereka sejak tujuh bulan lalu.

walaupun menerima sumbangan 150 ringgit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gerik namun, ia tidak cukup membantu lima beradik itu untuk ke sekolah.

orang ramai yang prihatin dialu-alukan membantu dengan menghubungi mohd Irwandi di talian 019-5437025.

end//

FESYEN UITM (PERAK)

FESYEN UITM (PERAK)

Bukan untuk orang biasa tetapi untuk wanita hamil dan Orang kelainan Upaya O-K-U.

Itu antara inspirasi rekaan fesyen yang direka 39 pelajar tahun akhir jurusan Diploma Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar.

Berlangsung pada Majlis Pertunjukkan dan Peragaan pakaian, karnival fesyen ke 11 itu dianjurkan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka bersama Fashion Student Association UiTM.

25 jenis rekaan baru dicipta dengan pelbagai tema unik antaranya REE BORN, TIME'S UP, BEYOND WORDS dan BIOLOGICAL CLOCK.

Setiap pelajar menghasilkan tiga atau empat fesyen pakaian yang berinspirasikan sumber khazanah alam semula jadi dan buatan manusia seperti aksesori kerongsong, senibina dan seni catan semua pakaian diperagakan model-model universiti tersebut.

Hadir menyaksikan pertunjukkan itu, Isteri Naib Canselor UITM Datin Paduka Prof. Madya Dr Hanizah Abdul Hamid dan Pengarah Kampus UiTM Perak Profesor Dr. Hajah Zainab Mohamed.

END//

Tuesday, November 16, 2010

EKSPO WENZHOU - HAMIDAH

HAMIDAH WEZHOU

dalam perkembangan lain, DATUK HAMIDAH yang juga exco Pelaburan dan industri berkata, tiga kumpulan syarikat yang menyertai Ekspo Pertanian Wezhou di China Jumaat depan telahpun bertolak hari ini.

daripada 60 syarikat tempatan, 36 adalah syarikat dari Perak yang akan memperkenalkan lebih 180 produk termasuk, kopi putih Ipoh, sarang burung, sos cili, makanan halal, ikan kering, dan kacang.

julung kali diadakan, ia merupakan platform awal kepada pengusaha makanan negara meluaskan pasaran ke negara China.

semua pengusaha mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Matrade yang akan memberi subsidi perjalanan, pengangkutan dan penginapan.

jelas datuk hamidah, peluang memasuki pasaran Wenzhou adalah susuli Ekspo barangan Wenzhou yang diadakan pada Jun lalu di Ipoh.

ia hasil jalinan bandar persahabatan Ipoh- Wenzhou.

end//

WARISAN HILANG

WARISAN HILANG

kehidupan sosial yang diamalkan masyarakat dulu kala, kini dikongsi dan diperlihatkan semula melalui program “Warisan Yang Hilang 1 Malaysia”.

bukan sahaja cara hidup masyarakat majority di negara ini, tetapi juga melibatkan golongan minority seperti Orang Asli dan kaum Sikh.

bermula 27 november hingga 5 Disember, program tersebut akan diadakan di garden villa, Ipoh mulai pukul 11 pagi hingga 6 petang.

exco pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, lebih 50 peserta akan terlibat khususnya individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang tertentu.

program kerjasama kerajaan negeri dengan Kinta Heritage ini mengetengahkan pelbagai pameran seperti petunjukkan pakaian tradisional, persembahan seni pertahanan, sukan tradisional serta persembahan tarian singa.

dan menariknya nanti replika Taming sari turut dipamerkan.

pada sidang media di ipoh Datuk hamidah berkata, ke arah menjadikan tahun 2012 sebagai tahun melawat Perak, elemen Warisan antara fokusnya.

end//

Monday, November 15, 2010

PASAR KHAS AIDILADHA 2010

PASAR KHAS AIDILADHA

bekalan ayam dan daging sempena sambutan Aidiladha nanti mencukupi apabila bilangannya ditambah.

lembaga pemasaran Pertanian dan persekutuan FAMA negeri menambahkan bekalan ayam lapan ribu ekor manakala 50 ekor daging lembu di pasar tani seluruh negeri Perak.

Timbalan pengarahnya, Mukram Faizal Mustaza berkata dari segi harga FAMA dengan pejabat perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan PPDNKK akan memantau harga barangan malah, akan memastikan ia lebih rendah.

dalam pada itu, FAMA juga membuka tujuh buah pasar tani khas sempena Aidiladha bermula esok.

beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari pasar tani yang terlibat ialah Pasar Tani Kg Simee, medan gopeng, Tapah, Gerik, kuala Kangsar dan pasar tani TEMAN di Gopeng.

jelas Mukram Faizal, bermula semalam karnival pasar tani berlangusng di Pasar tani TEMAN, Gopeng dan akan berakhir esok sehingga pukul 4 petang.

beliau menjelaskannya ketika menjadi tetamu di Perak FM.

end//

SUKAN 4X4 - kubu gajah

SUKAN 4X4 - kubu gajah

Kubu Gajah; trek kedua di Perak bagi perlumbaan pacuan empat roda 4X4

sukan lasak itu juga akan dijadikan acara tahunan di kawasan itu yang dikenali Road To Kubu Gajah.

terbaru, sukan 4X4 itu diadakan di FELDA Ijok selama dua hari yang disertai 42 peserta tempatan.

biarpun hujan lebat, orang ramai tidak berganjak untuk menyaksikannya. turut memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Peserta-peserta dari Selangor menyapu bersih perlumbaan tersebut. Tan Pic Hoo muncul juara, diikuti Hong Yew Keang, naib juara dan pemenang ketiga, Vicent Ko. masing-masing membawa pulang wang tunai.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan exco belia dan sukan datuk zainol fadzi paharuddin

pada Mac depan di tempat yang sama, perlumbaan 4X4 akan diadakan semula dengan disertai peserta dari Luar Negara.

end//

Friday, November 12, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA

Sempena sambutan Hari Kanak-kanak sedunia pada bulan ini, Pertandiangan mewarna peringkat negeri dianjurkan oleh pusat Sri Murugan cawangan negeri Perak.

Penyelarasnnya K. Nachemuthu berkata pertandingan kali ke tujuh itu disasarkan dengan kehadiran kanak-kanak lebih seribu orang.

Selain mencungkil bakat seni kanak-kanak, program sebegitu dapat meningkatkan tumpuan masyarakat terhadap kanak-kanak disamping menyokong segala aktiviti yang melibatkan generasi muda itu.

Akan diadakan pada 14 November ini, di Sekolah Jenis kebangsaan Cina Yuh Hwa, Ipoh, pertandingan itu merangkumi 4 kategori yang melibatkan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

bagi mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi K. Nachemuthu di talian 012-5051959.

End//jaya

Thursday, November 11, 2010

PELACURAN TUMPAS

KEGIATAN PELACURAN

Kegiatan pelacuran yang didalangi warga asing di bandaraya Ipoh tumpas apabila 12 pelacur diberkas dalam satu serbuan di sebuah spa yang terletak di Jalan Mustapha Al Bakri semalam.

serbuan dibuat selepas intipan selama seminggu dilakukan.

operasi yang diketuai ASP Khairi Anuar Rosli daripada Unit Pencegahan Maksiat D7 Bukit Aman berjaya menahan tujuh pelacur warganegara Thailand, tiga dari China dan dua dari Laos.

masing-masing menyalahgunakan pas lawatan masuk ke negara ini.

kes disiasat di bawah Akta 372 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan sosial.

dalam pada itu, turut dijumpai peralatan seks serta penahanan tiga pekerja spa tersebut untuk membantu siasatan.


end//

KEPUTUSAN UPSR 2010

KEPUTUSAN UPSR


Di Perak seramai 4 ribu 201 daripada 42 ribu 57 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya mencapai prestasi cemerlang dengan mencatat keputusan semua A bagi tahun 2010.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak Haji Mohd Idris Haji Ramli berkata secara keseluruhan pencapain tahun ini meningkat kepada 1.5 peratus iaitu kira-kira 26 ribu calon UPSR mencapai tahap penguasaan minimum berbanding tahuan lepas.

Sebanyak 701 sekolah kerajaan dari semua aliran mencapai peratus menguasai melebihi 40 peratus.

Dalam pada itu, sebanyak 12 sekolah daripada kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negeri Perak mencatatkan pencapaian cemerlang.

Antara sekolahnya SK Convent Ipoh dan SK Raja Perempuan Ipoh, SK Balun Bidai, Kampung Gajah dan SK Chegar Galah, Sauk.

Menurut Mohd Idris, pencapain kali ini hasil kerjasama daripada kerajaan Negeri Perak yang membiayai program Smart Partnership bersama KPerak.


end/JAYA

Wednesday, November 10, 2010

SIDANG DUN

SIDANG DUN

Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Perak, Datuk R Ganesan mengesahkan sidang DUN penggal ketiga akan berlangsung pada 30 November depan.

TEGASNYA tindakan akan diambil terhadap wakil rakyat yang membuat kekecohan seperti yang berlaku pada sidang DUN yang lalu.

pada kali ini persidangan melibatkan membentangkan Bajet 2011.

menurut datuk ganesan, pihaknya sudah menghantar59 kepada semua wakil rakyat pada 28 Oktober lalu.

Peluang sama rata akan diberi kepada semua wakil rakyat untuk mengemukakan soalan tambahan.

bagaimanapun, pada masa yang sama Datuk Ganesan berharap wakil rakyat dapat menjalankan tugas mereka yang sebenar dengan membincangkan isu berbangkit tentang rakyat tanpa menyentuh isu politik.

end//

4B BANJIR UTARA

SUKARELAWAN 4B

tragedi banjir di Perlis dan Kedah, Gerakan Belia 4B malaysia telahpun memulakan misi bantuannya dengan melibatkan lebih 300 sukarelawan.

melalui skuad prihatin, focus bantuan yang diberikan adalah berbentuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan pengagihan makanan.

menurut Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Gaddafi Datuk Wira Jamaluddin, misi bantuan itu dilaksanakan secara berkadaran.

Muammar Gaddafi yang juga Presiden gerakan Belia 4B Perak berkata, kumpulan sukarelawan yang pertama kini sudahpun pulang.

beliau yang kini masih berada di Perlis akan menantikan kumpulan sukarelawan kedua daripada wilayah Persekutuan dan Perak yang dijangka bertolak pada hari jumaat dan sabtu ini.


end//

DADAH SALAH

DADAH SALAH

di mahkamah majistret Ipoh, seorang buruh MENGAKU bersalah memiliki dadah merbahaya seberat 0.13 gram.

bagaimanapun, Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi membuat pindaan denda ke atas tertuduh, N Raja Sekharan 25 tahun dengan denda seribu 500 ringgit.

sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh akan dikenakan hukuman penjara dua bulan.

pada 6 Ogos lalu, Raja didapati memiliki dadah antaranya jenis heroin di Ladang Sawit Mengelembu. kesalahan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

pada masa yang sama, tertuduh juga disahkan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan.

end//

MARTABAH BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU vs BAHASA INGGERIS

Apabila masyarakat bersatu dalam satu bahasa, maka perkara lain akan menyusuri termasuklah perkembangan dari aspek ekonomi mahupun sosial.

Munsyi Dewan yang juga pensyarah bahasa di maktab perguruan ulu kinta, habibah samin berkata, sejarah membuktikan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca di rantau ini.

kini martabat bahasa melayu terus diangkat sebagai bahasa rasmi negara, DAN diperkasakan ke luar menerusi pengajiannya di institusi pengajian di luar negara.

jelas habibah, seperti di negara China, bahasa melayu mendapat tempat di negara itu.

buktinya apabila beliau pernah berkhidmat sebagai pakar bahasa melayu di beijing bersama China international radio CIR lebih dua tahun.

DAN, merujuk laporan akhbar hari ini, berlaku sebaliknya; di Pulau Pinang, seorang wakil kerajaan itu, Jagdeep Singh deo mencadangkan pula bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

perkara tersebut diajukan pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri negeri itu.

end//

Tuesday, November 9, 2010

DS Zambry - PKR

DS ZAMBRY PKR

PADA sidang media yang sama, kerajaan negeri melihat, perjuangan PKR bukanlah untuk rakyat tetapi semata-mata untuk kepentingan individu.

sebagai, Pengerusi Barisan Nasional BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry menyifatkan perihal yang dialami PKR kini menunjukkan mereka tidak mempunyai satu aliran pemikiran yang sama sebaliknya berhadapan dengan keresahan.

kelmarin, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan perletakkan semua jawatannya dalam PKR; alasannya kecewa dengan kepimpinan parti itu dalam tangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan meskipun berulang-kali ditimbulkan.

ditanya mengenai tawaran datuk Zaid untuk menyertai UMNO, datuk seri dr zambry berkata ia terserah kepada kepimpinan dan ahli UMNO sendiri.

end//

DINAR EMAS

DINAR EMAS

bukan tujuan untuk menjadi dinar emas sebagai medium pertukaran urusan jual beli tetapi lebih menjadikannya sebagai asas komoditi dan pelaburan.

itu gagasan kerajaan negeri Perak ketika memperkenal dinar emas.

mengulas mengenai kesediaan kerajaan Kelantan untuk bekerjasama dalam memperkembangkan penggunaan dinar emas dan dirham, Menteri Besar, datuk seri dr zambry abdul akdir berkata ia bergantung kepada struktur yang ingin dibuat.

jelasnya, sebelum melaksanakannya, idea tersebut perlu difahami agar ia tidak akan menimbulkan masalah pada sistem ekonomi yang ada sekarang ini.

Dinar emas diperkenalkan kerajaan negeri Perak pada awal November lalu yang memenuhi serta mengikut ketetapan Bank Negara.

datuk seri dr zambry berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Ipoh.

end//baizura

Monday, November 8, 2010

PERKAHWINAN LUAR

KKAWIN LUAR

trend berkahwin dengan orang luar antara faktor berlakunya peningkatan jumlah kes di Mahkamah Syariah; ia termasuk kes permohonan pengesahan nikah.

di MAHKAMAH syariah negeri perak, biarpun purata kes berkaitan saban tahun menerima permohonan kes purata 50 pasangan, namun ia perlu dibendung.

menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Abdul Aziz mohd Yusof, kebanyakkan mereka telahpun bernikah di negara ini dan melakukan pernikahan lain di sempadan.

bagaimanapun, didapati kes sebegini melibatkan pasangan wanita indonesia yang bernikah dengan lelaki tempatan.

datuk abdul azizi berkata demikian selepas ditemui di pejabatnya di ipoh.

dalam pada itu, beliau memberitahu, kes cerai antara kes yang banyak difailkan dan meningkat SETIAP TAHUN.

ia melibatkan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah dengan faktor penceraian disebabkan orang ketiga dan tidak memahami tanggungjawab dalam rumah tangga.

END//
KEMALANGAN

di Jalan Tasek, Ipoh seorang pemandu maut selepas keretanya merempuh belakang sebuah lori treler.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi berkata dalam kejadian itu, mangsa yang memandu dari arah Chemor menghala ke Ipoh mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa , Cheah Soon Lee, dari Taman Idris, Ipoh.

Siasatan polis mendapati pemandu memandu laju berdasarkan kerosakan teruk yang dialami.

Dan; berdasarkan hasil ujian darah; mangsa di dapati positif alkohol.

END//ros

Sunday, November 7, 2010

SILAT PENUTUP KE 15

SILAT PENUTUP

Pahang muncul Johan keseluruhan kejuaraan Silat Kebangsaan ke 15 dengan pungutan pingat 8 emas dan 6 gangsa.

sebelum ini pada tahun 2004 dan 2006, negeri itu turut dinobatkan sebagai juara.

tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik terengganu dan angkatan Tentera Malaysia ATM.

kejohanan yang berlangsung di Gopeng itu bermula 2 november lalu, dengan 14 KONTIJEN berentap yang masing-masing empertaruhkan bakat pesilat handal termasuk pesilat kebangsaan.

pesilat daripada Persatuan silat Lincah, mohd Fauzi Khalid dan pesilat negeri Perak, noor farahana Ismail dipilih sebagai pesilat putera dan puteri terbaik.

mereka bakal berhadapan dengan kejuaraan silat dunia pada disember depan di Indonesia.

penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan disempurnakan Exco belia dan sukan Perak, datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

pada sidang media, beliau berkata biarpun kejohanan kali ini menyaksikan pesilat senior tewas dengan pesilat muda, namun ia suatu yang positif untuk perkembangan silat negara yang kini jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran seperti Vietnam.

dan sebagai galakkan, kerajaan negeri senantiasa bersedia memberi bimbingan pada atlet mengasah bakat; baik dari aspek penyediaan keperluan mahupun pemberian insentif .

end//

Tuesday, November 2, 2010

PINGAT BOMBA

PASUKAN BOMBA

Seramai 67 pegawai bomba mendapat anugerah naik pangkat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Haji Yahaya Haji menghargai usaha cawangan sumber manusia Perak dalam mempercepatkan proses kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai jabatan.

Ini kerana, ia boleh memastikan semua jawatan dipenuhi adalah begitu komited sekali dalam memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk memajukan karier mereka.

Beliau berharap pegawa-pegawai yang dinaik pangkat terus memberi perkhidmatan yang cemerlang walau di mana mereka di tempatkan demi memartabatkan jabatan bomba di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di Seri Iskandar.

END//

TENAGA MAHIR

TENAGA MAHIR

biarpun peluang pekerjaan terbuka luas, namun kekangan tenaga mahir menyukarkan syarikat menggajikan pekerja.

di Perak terdapat lebih 76 ribu kekosongan kerja dilaporkan khususnya dalam sector elektrik dan elektronik yang kini kritikal bilangan pekerja mahirnya.

menurut pengerusi Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak PESDC, Datuk Gan tack hong, sebagai pusat latihan kemahiran, PESDC turut menawarkan program latihan kepada syarikat untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.

beliau yang juga Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia FMM negeri Perak, berkata pada masa akan datang pelabur akan mencari pekerja yang berkemahiran.

ia kerana dijangkakan kos pengambilan pekerja asing akan meningkat berikutan kadar levi bakal dinaikkan.

datuk gan ditemui berkata demikian di Hari kerjaya PESDC di kawasan perindustrian Pengakalan II, Pusing.

majlis dirasmikan, exco pelaburan negeri , datuk Hamidah Osman.

julung kali diadakan hari kerjaya itu disertai 18 buah syarikat industri.

menawarkan kursus mengikut kehendak pasaran, PESDC menawarkan lapan kursus iaitu kimpalan, penyamanan udara dan pembekuan, teknologi plastik, elektronik perindustrian dan mekanik kenderaan motor.

malah, mulai tahun depan, latihan lepasan graduan juga ditawarkan.

end//baizura

Monday, November 1, 2010

LTEROWONG BERKEMBAR BERAPIT

LANDASAN PLBE

Terowong Berkembar Berapit (TBB) terpanjang di Asia Tenggara dijadual siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ketika ini 70 peratus daripada kerja-kerja pembangunan terowong itu sudah disiapkan, manakala baki 30 peratus lagi merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan melengkapkan sistem.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pembinaan terowong itu menggunakan konsep twin bore dengan satu landasan setiap satu, serta pembinaan sembilan 'cross passage' antara terowong kiri dan kanan bagi tujuan keselamatan.

Terowong terpanjang di Asia Tenggara itu dibina bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar yang bermula Oktober tahun lepas.

projek sepanjang 329 kilometer itu menelan belanja hampir 12.5 billion ringgit yang merupakan hub logistik bagi Pembangunan Koridor Utara NCER.

Datuk Kong berucap pada Majlis Penembusan Terowong Berapit bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar di Padang Rengas, Kuala Kangsar.

dalam pada itu, kerajaan turut mempunyai rancangan melaksanakan PLBE antara Gemas dan Johor Bahru dalam masa terdekat sebagai pelengkap kepada projek PLBE sepanjang Pantai Barat Malaysia.

END//

LHDN-E LEJAR

LHDN-E LEJAR

Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN kini boleh menyemak butiran peribadi dan transaksi percukaian dalam akaun cukai dengan pelancaran inovasi baru LHDN, E-Lejar.

E-Lejar memaparkan lejar cukai pendapatan dan cukai keuntungan hasil tanah bagi tahun sebelum dan tahun semasa setiap pembayar cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata dalam E-Lejar pembayar cukai boleh menyemak butiran peribadi yang dikemaskini dalam rekod LHDN, transaksi percukaian dan baki terkini akaun cukai pada bila-bila masa.

Menurut beliau, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama untuk e-Filing.

Pengguna boleh mengakses E-Lejer di elejar.hasil.gov.my

Tan Sri Hasmah berkata demikian pada majlis pelancaran E-Lejar di Ipoh.

Sebelum itu dalam ucapannya beliau LHDN sentiasa cuba untuk pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai dengan penambahbaikan sistem dan kaunter hadapan.

Mei lalu, LHDN menerima anugerah paling berprestij dalam perkhidmatan awam iaitu Anugerah Inovasi Perdana Menteri AIPM yang mengiktiraf pencapaian cemerlang sesebuah organisasi.

end//ros

CUACA PERAK - 1 NOVEMBER

CUACA PERAK - 1 NOVEMBER

sehingga khamis ini, keadaan cuaca di negeri Perak dilaporkan akan hujan dan juga berlaku ribut petir.

khususnya satu dua tempat di kawasan pantai. pada sebelah pagi diramalkan berlakunya hujan dengan keadaan angin bertiup kencang selaju 40 hingga 50 kilometer sejam; manakala ombak setinggi 3.5 meter.

justeru, jabatan meteorologi mengeluarkan amaran bahawa keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.

dalam pada itu, maklumat daripada jabatan air dan saliran negeri Perak menunjukkan paras air sungai utama di negeri ini berada pada tahap selamat.

end//baizura