Thursday, February 24, 2011

MYDAFTAR - DATUK DR SUBRA

MYDAFTAR - DATUK DR SUBRA

Sejak dilancarkan 19 Februari lalu, lebih 8 ribu 500 orang berdaftar di bawah kempen MyDaftar dengan majoritinya melibatkan masyarakat India.

daripada jumlah itu lebih 3 ribu pendaftaran dibuat di Selangor dan seribu 725 di Perak.

kes kerakyatan dikenal pasti sebagai kes tertinggi yang dicatatkan dan diikuti masalah sijil kelahiran.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, jumlah pendaftar disasar akan meningkat sehingga 10 ribu pada hari akhir kempen pada Sabtu ini.

melalui kempen tersebut, beberapa kelonggaran mendokumentasi pengenalan turut dilaksanakan DAN seperti isu kerakyataan yang melibatkan mereka yang sudah tinggal lama di Negara ini menjadi keutamaan .

datuk Dr Subramaniam berkata demikian selepas penyampaian dokumen pengenalan kepada 10 penerima di Bangunan majlis bandaraya Ipoh.

kesempatan kempen itu juga turut diambil warga asing dalam memohon status penduduk tetap PR.

sepanjang kempen Mydaftar, tiada caj bayaran tambahan dikenakan.

end//

Wednesday, February 23, 2011

KOLEJ TUTUP

KOLEJ TUTUP

kerjasama akan dibuat dengan kementerian Pengajian Tinggi dan kementerian Sumber Manusia bagi menyelesaikan kes sebuah kolej yang ditutup tanpa mengeluarkan sebarang notis.

masalah yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam itu menyebabkan sekurang-kurangnya 25 pelajar tahun akhir terkandas untuk menamatkan pengajian mereka.

Timbalan menteri di jabatan perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata aduan itu diterimanya daripada ibu bapa pelajar dari Sarawak ketika beliau mengadakan lawatan ke negeri itu minggu lalu.

dimaklumkan juga kolej tersebut yang beroperasi sejak lima tahun turut menghadapi masalah terhadap pembayaran gaji pekerjanya.

melalui Biro Pengaduan Awam BPA, kedudukan dan status kolej tersebut akan disiasat. terdahulu, BPA cuba menghubungi pihak kolej namun gagal.

datuk Murugiah berkata demikian di Ipoh.

Sejak cuti semesta November lalu hingga kini, kolej tersebut masih ditutup dan pelajarnya tidak dimaklumkan tarikh pendaftaran masuk yang baru.

bagi pelajar dari luar semenanjung, kini hanya menggunakan pinjaman yang diterima daripada Majlis AManah Rakyat Mara, untuk perbelanjaan harian termasuk membayar sendiri sewa hostel yang sepatutnya ditanggung pihak kolej.

end//

Saturday, February 19, 2011

PERTUMBUHAN EKONOMI

DS HUSNI PERTUMBUHAN EKONOMI

Melihat pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 yang melepasi sasaran iaitu 7.2 peratus, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yakin, keberkesanan perbelanjaan kerajaan dan sektor swasta serta galakan pelaburan adalah tumpuan pertumbuhan ekonomi negara terus bertahan.

Pelaksanaan itu juga sebenarnya perlu dilakukan secara berterusan agar status negara maju menjelang 2020 dapat dicapai.

peratusan itu juga melebihi sasaran yang diletakkan penganalisis badan antarabangsa iaitu antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

pertumbuhan tersebut didorong oleh sektor ekonomi negara khususnya di bahagian permintaan iaitu pengeksportan yang lebih tinggi daripada yang dijangka.

Berhadapan dengan cabaran unjuran dunia yang agak perlahan, Datuk Seri Ahmad Husni berkata, kerajaan yakin dengan usaha keras semua pihak dan kementerian pertumbuhan negara masih dapat bertahan dengan sasaran unjuran 6 peratus tahun ini.

malah, sasaran pelaburan sektor swasta pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan yang kini dilihat melebihi 82 billion ringgit.

mengulas kesan pergolakkan di negara Timur Tengah pula, Datuk Seri Ahmad Husni berkata ia tidak memberi impak buruk pada pertumbuhan negara.

beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pembinaan semula Surau Ahmadiah Kampung Datuk Ahmad Said di Ipoh.

END//

sambg..MB DAFTAR

sambg... ZAMBRY DAFTAR

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyokong langkah yang dibuat agensi kerajaan itu yang dilihat memudahkan statistik jumlah keseluruhan warganegara bagi merancang pembangunan untuk rakyat di negeri itu.

Malah, baginya juga tanpa sebarang pengenalan diri yang sah menyukarkan seseorang individu untuk berurusan dengan kerajaan mahupun pihak swasta.

Ujar Datuk Seri Dr Zambry walaupun program My Daftar itu dijalankan khusus untuk masyarakat India ,namun tidak bermakna kerajaan mendiskriminasi kaum lain.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Program MyDaftar Kebangsaan Masyarakat India di Dewan Bankuet KDN Ipoh.

Antara punca mengapa masih ada ketirisan berhubung perkara itu kerana kedudukan tempat tinggal jauh di pedalaman, tiada sistem perhubungan yang baik selain tiada kesedaran mengenai kepentingannya.

END//HAKIMIE

MY DAFTAR SELESAI

MY DAFTAR SELESAI

Di Perak, masalah pendokumentasian yang dihadapi masyarakat india akan diselesaikan melalui program My Daftar anjuran jabatan Pendapatan negera, JPN Negeri bersama Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, S-I-T-F.

Program berkenaan dijangka menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan sijil kelahiran, kad pengenalan serta status warganegara yang masih lagi memiliki kad pengenalan pemastautin tetap.

Dilaporkan program berkenaan bermula hari ini hingga 26 februari ini dan bagi memastikan pelancarannya, 16 pejabat JPN seluruh negeri itu dibuka pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, dikecualikan di JPN di Pengkalan Hulu, Gerik, Lenggong dan Kampung Gajah.

Program yang dijalankan itu juga merupakan keprihatinan kerajaan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

END//KIMIE

LULUS TAPAK KUIL

LULUS KUIL 18.2.2011

Sambutan perayaan Masi Magam di Kuil Sri Kaliammbal menjadi lebih bermakna kepada semua penganut hindu apabila kerajaan negeri Perak meluluskan tapak untuk menaiktaraf pembinaan kuil tersebut.

Menteri Besar , Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata sikap keperihatinan yang disentiasa dititikberatkan bagi memastikan hak rakyat dinikmati bersama.

hormat akan agama dan budaya, perayaan Masi Magam yang disambut selepas sebulan sambutan Thaipusam menjadikan kuil sebagai tempat tumpuan.

Dato’ Seri Dr. Zambry berkata demikian selepas menghadiri sambutan Masi Magam di Pulau PangkOR.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ R. Ganesan.

Kira-kira 30 ribu masyarakat India dari seluruh negeri membanjiri kuil berkenaan untuk bernazar dan membuang dosa dengan membawa “karagam” dan mencukur rambut.
Menariknya, masyarakat berbangsa cina juga tidak ketinggalan untuk meraikan dan mengenali perayaan ini secara bersama.

Masi Magam disambut selama tiga hari dan di jangka berakhir malam ini.

End/jaya

RTM MENINGGAL - RAMLI SAMAT

RTM MENINGGAL

Pesara kakitangan Radio TV Malaysia, Haji Mohd Ramli Samat meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh.

Beliau meninggal pada usia 70 tahun akibat sakit Pneumonia.

Allahyarham bertugas di RTM sekitar tahun 60 an dan memulakan perkhidmatannya di RTM Ipoh sebelum berpindah ke Angkasapuri.

lebih 30 tahun berkhidmat, arwah Haji Mohd Ramli adalah seorang yang aktif dalam kerjayanya.

selain pernah menjadi pembaca berita Radio dan Pengelola Siaran Suara Malaysia, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Pengarah Radio 3 Shah Alam dan Pengarah radio 3 ibu kota.

Jenazah allhyarham akan dikebumikan selepas waktu Zohor di tanah perkuburuan Rapat Setia, di Ipoh.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan.


end//

Wednesday, February 16, 2011

KERETA TERBAKAR

KERETA TERBAKAR - IPOH

Trafik pagi yang selalunya lancar di Ipoh berubah pagi ini apabila berlaku kesesakan.

Ia di sebabkan sebuah kereta terbakar di Jalan Panglima bukit Gantang wahab.

Pemilik kereta berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berusia 40 tahun, dalam perjalanan dari rumahnya di jalan Kuala Kangsar, Ipoh menuju ke tempat kerja di Pengkalan.

Ketika melalui hadapan bangunan bandaran Ipoh, Lim mendapati keretanya berasap di bahagian depan, lalu bertindak keluar daripada kenderaannya.

Sejurus keluar, api di bahagian depan keretanya mula merebak ke keseluruhan kenderaan terbabit.

Hasil panggilan orang ramai, anggota jabatan bomba dan Penyelamat dari Ibu pejabat negeri tiba kurang daripada lima minit.

Menurut Ketua Operasinya, Manap Hashim, ketika mereka tiba dengan sebuah jentera bersama lima anggota lain, hampir 90 peratus kenderaan tersebut telahpun musnah.

Terdahulu, beberapa pekerja di bangunan bandaran ipoh cuba membantu mengawal kebakaran dengan menggunakan pemadam api, namun gagal.

END//

Saturday, February 12, 2011

JELAJAH MUZIUM- JOM SANTAI

JELAJAH MUZIUM - JOM SANTAI

Jabatan Muzium Malaysia JMM terus bergerak aktif untuk menyemarakkan 21 buah muzium diseluruh negara.

ia selaras dengan matlamat jabatan itu yang ingin menjadikan muzium destinasi yang bukan sahaja dikunjungi sekali tetapi berulang kali.

dari segi bilangan pengunjung pada tahun ini JMM menyasarkan 2.8 juta orang berbanding tahun lalu 2.7 juta pengunjung.

Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata bermula disember tahun lalu, program penjelajahan ke seluruh muzium telahpun diatur dengan kunjungan pertamanya ke Muzium Langkawi.

dalam menjadikan muzium sebagai tarikan pelancongan, program ini melibatkan penyertaan pelbagai pihak seperti media, agensi pelancongan, perhotelan, dan persatuan pemandu teksi.

jelasnya, setiap muzium akan mengatur program bercorak interaktif sebagai tarikan dan tidak hanya tertumpu pada bahan yang sedia ada di muzium tersebut.

Datuk Ibrahim ditemui selepas melancarkan program JOM SANTAI di Muzium Perak di Taiping.

Program tersebut bermula sejak semalam dan berakhir esok dengan misinya melawat dua lagi muzium iaitu muzium Matang dan muzium Arkeologi Lengging.

selepas Perak; program penjelahan akan diteruskan ke lokasi ke tiga di Labuan pada Mac depan.

end//

Friday, February 11, 2011

VEST STADIUM

VEST STADIUM

semua pintu masuk stadium akan dibuka bagi memudahkan penyokong pasukan Perak masuk ke dalam stadium.

mengulas lanjut, exco belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihak pengurusan stadium juga akan memperkenalkan laluan pintu masuk B dan E yang khusus untuk wanita dan kanak-kanak.

langkah itu untuk memastikan keselamatan peminat wanita dan kanak-kanak.

datuk Zainol Fadzi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak PAFA berkata, dalam memupuk minat bola sepak terhadap kanak-kanak, PAFA akan menjual tiket berharga lima ringgit untuk mereka yang berusia bawah 12 tahun.

sebagai permulaan, pada perlawanan malam ini, Perak menentang negeri Sembilan, PAFA merancang menjemput pelajar-pelajar dan anak yatim menyaksikannya.

sementara itu, bagi memudahkan pembelian tiket, penjualannya akan dibuat lebih awal dengan cara terbuka di tempat-tempat awam.

datuk Zainol Fadzi ditemui selepas menyerahkan vest rasmi kepada media dan penyelia stadium di Ipoh.

Mesyuarat peringkat ahli majlis memutuskan media yang akan membuat liputan sepanjang perlawanan diarahkan menunjukkan tag sebelum ke dalam stadium melalui pintu granstand.

end//

Tuesday, February 8, 2011

PLKN - H1N1&MODUL

PLKN - datuk abdul HADI

Pihak pengurusan di kem Program Latihan Khidmat Negara, PLKN, diarah BERTINDAK SEGERA jika mendapati tahap kesihatan pelatih tidak memuaskan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menegaskan, ia sebagai pencegahan awal bagi memastikan TIADA sebarang jangkitan penyakit berlaku, khususnya penularan wabak influenza H1 N1 .

Kebimbangan itu didorong oleh situasi banjir di beberapa buah negeri ketika ini.

Selain pemantauan pegawai kesihatan, faktor penjagaan persekitaran, turut diberi penekanan oleh pihak pengurusan kem.

Ditanya mengenai kemungkinan penularan H-ONE N-ONE, di setiap kem dan kepada pelatih, beliau turut memberitahu, semua kem BEBAS daripada ancaman.

Dan walau berdepan situasi banjir, setakat ini, TIDAK ADA kem PLKN yang ditutup.

Dalam perkembangan lain, PLKN dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang menyelaras kandungan kalori dalam makanan yang diambil oleh pelatih.

saranan jumlah kalori antara dua ribu 500 hingga dua ribu 700.

Terdahulu, Datuk Abdul Hadi berkata demikian di Kuala Kangsar selepas meninjau pembelajaran sub modul Budaya Kerja PLKN di Kem Desa Rimba.

####
Mengenai 'Sub Modul Budaya Kerja' berkenaan, Datuk Abdul Hadi berkata, inisiatif itu ke arah melahirkan warga kerja yang professional dan berdaya saing.

Selaras dengan Pelan Transformasi Negara, sebanyak 14 aktiviti diperkenal kepada pelatih kumpulan satu siri ke- 8 tahun ini bermula akhir bulan lalu.

Modul itu, dilaksanakan dalam kelas secara praktikal dalam tempoh 5 hari.

selain memberi fokus mengenai pekerjaan dalam sector awam dan awam, pelatih turut diberi panduan dalam aspek ekonomi.

Keputusan melaksanakan sub Modal Budaya berkenaan, usulan penambahbaikkan modul PLKN sedia ada, yang diputuskan kabinet tahun lalu.

Modul itu, merangkumi pembentukkan organisasi, Pameran, Roda Kerjaya da Penghargaan.

Mengulas isu potong rambut seorang pelatih berketurunan Sikh, Datuk Abdul hadi berkata, pelatih tersebut telahpun mendaftar semula pada Isnin lalu dan kini menjalani latihan seperti biasa di kem PLKN di Sungkai.

end//

PENIPUAN DAN PEMALSUAN DOKUMEN

PENIPUAN DAN PEMALSUAN DOKUMEN

Belum pun seminggu kenyataan terakhir menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengenai penipuan dan pemalsuan dokumen yang menggunakan nama dan pejabat Menteri Besar, setiausaha sulit beliau Datuk Azhar Ahmad pula mendedahkan bukti kegiatan jenayah itu di pejabatnya di Ipoh semalam.

Bukan setakat satu, bahkan dua cubaan dikesan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk mendapat untung segera.

jelas datuk azhar, Kes pertama dikesan apabila beliau dimaklumkan ketua eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (SADC) Perak yang mereka menerima satu surat yang mengatakan pejabat Menteri Besar mengeluarkan satu surat kelulusan pajakan tanah seluas 800 ekar di Mukim Kenering, Daerah Pengkalan Hulu milik perbadanan tersebut.

sehubungan itu pengesahan dibuat.

bagi kes kedua pula, melibatkan pajakan untuk tanah seluas seribu ekar bagi tanaman getah klon 2000 di Mukim Pengkalan Hulu.

dan perkara itu dikemukan Timbalan Speaker Dewan Negeri, Datuk Hee Yit Foong untuk mendapatkan pengesahan.

kedua-dua kes tersebut sudahpun dilaporkan pada polis.

berhubung kes itu, orang ramai diminta agar melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

end//

DADAH KERIAN

DADAH KERIAN

lebih seribu 300 pil eramin lima bernilai lebih 19 ribu ringgit berjaya dirampas polis di kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata hasil risikan polis turut menahan seorang warga emas yang disyaki sebagai suspek utama.

ketika tangkapan dibuat di Jalan Pantai-Kuala Kurau, Jumaat lepas, polis menemui satu bungkus plastik hitam mengandungi 200 biji pil eramin 5
di dalam bakul motosikal suspek yang diberhentikan di tepi jalan

Hasil soal siasat lebih seribu biji lagi pil eramin ditemui rumah lelaki tersebut.

Polis juga mengsyaki lelaki berkenaan mengedar pil berkenaan sejak
setahun lalu untuk pasaran di kawasan Kerian.

warga emas berusia 61 tahun itu direman seminggu dan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

end//

Monday, February 7, 2011

FELDA PENDIDIKAN

MRSM TROLAK

saban tahun Felda memperuntukkan 100 juta ringgit bagi memantapkan pendidikan anak-anak penerokannya iaitu generasi kedua dan ketiga.

Bukan sahaja tertakluk dalam bentuk pembelajaran di dalam kelas, namun ia merangkumi peningkatan kemahiran serta dalam bidang usahawan.

perkara itu dijelaskan Pengerusi Felda, tan Sri isa Samad. Tegas beliau tidak istilah keciciran pendidikan oleh warga peneroka seperti yang didakwa pihak tertentu.

Malah pendidikan menjadi agenda utama Felda dalam memantapkan masyarakatnya di samping membangunkan modal insan.

Tan Sri isa turut mengharapkan agar warga peneroka khususnya ibu bapa tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan hasutan yang tidak berasas.

beliau berkata demikian selepas majlis perasmian sempena pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat di maktab Rendah Sains mara mrsm felda tun abdul razak di trolak.

end//

Sunday, February 6, 2011

JUMPA LEMAS SG PERAK

JUMPA LEMAS sg perak

ketiga-tiga kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Pauh Pulai, Ara Panjang, Manong ditemui semalam.

ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritenden Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa terakhir Mohd Adza Ibrahim, 10 tahun dijumpai tengah hari semalam.

mayatnya terdampar di pulau kecil, Pulau Sematt, lima kilometer daripada tempat kejadian oleh penduduk kampung.

dua lagi mangsa dijumpai petang kelmarin dan pagi semalam.

Suhairi Nizam Baharudin, 12 tahun yang pertama ditemui bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

manakala, seorang lagi, Mohamad Imran Rosli, 10 tahun, ditemui terapung pada pukul 7.10 pagi tadi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 30 anggota Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama penduduk kampung.

dalam pukul 4 petang kelmarin, ketiga-tiga mangsa bersama
keluarga mereka mandi di sungai Perak , namun lemas, akibat dihanyutkan arus deras ketika mandi manda.

end//

Thursday, February 3, 2011

PEKERJA ASING

WARGA ASING

Majikan diharap mengambil langkah proaktif dalam memastikan tingkah laku yang lebih baik ke atas pekerja asing yang digajikannya bukan sahaja di tempat kerja tetapi di kediaman mereka.

bukan cuba mendiskriminasi golongan ini, tetapi hanya meminta secebis keprihatinan mereka dalam hidup berjiran demi keselesaan bersama.

ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, ahmad Puat Abdul hamid berkata pihaknya menerima aduan penduduk tempatan yang gusar dan tidak senang dengan segelintir sikap pekerja asing yang tidak menghormati adat dan budaya tempatan.

seperti penduduk di Taman tasek Jaya, Ipoh yang berhadapan dengan masalah itu, mereka merasakan tiada lagi ruang untuk mereka menjalankan aktiviti harian dengan selesa.

sehinggakan ada yang merasakan keselamatan anak mereka terancam.

sebagai langkah pencegahan; anggota polis dan penguatkuasa tempatan membuat rondaan.

bagaimanpun, adalah juga diharapkan agar penduduk perumahan berkenaan mengambil insiatif untuk memantapkan rukun tetangga.

end//