Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

LIGA SUPER-PERAK vs PHG

Pahang mendahului Perak selepas menang 2-1 dalam perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

Pasukan Perak yang berjersi putih memberi aksi yang baik pada awal babak pertama perlawanan. Khairul Izzat Salehuddin telah menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 dan memberi semangat kepada pasukan Perak.

Namun, kemenangan itu tidak bertahan lama apabila Mohd Shahrizan dari Pahang mengkukuhkan kedudukan pasukan tersebut dengan jaringan gol pada minit ke 81.

Kedua-dua pasukan melakukan aksi yang baik dalam mempertahankan kedudukan mereka dan sama sekali mencari satu lagi gol untuk melangkah menjuarai perlawanan tersebut.

Kemenangan pasukan Pahang menjadi kenyataan pada minit terakhir apabila Mohd Hafiz Kamal menjaringkan gol kedua Pahang menerusi sepakan dari kiri pintu gol.

Perlawanan antara Pahang dan Perak berakhir dengan keputusan 2-1.

End/G.VENE GANAISON

Wednesday, July 1, 2009

SUKAN RTM KEBANGSAAN,MIRI SARAWAK

Pasukan perakfm berlepas ke Miri

Pasukan Dart Zon Utara memenangi tempat ketiga

Perasmian pembukaan Sukan RTM Kebangsaan Zon Utara

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia bersama kontinjen Zon utara


Monday, June 22, 2009

KARNIVAL SUKAN

Sembilan kampus cawangan UniKL akan menyertai Karnival Sukan Mahasiswa UniKL kali ke-5 pada 23 hingga 26 Jun 2009 di Dataran Industri Kejuruteraan Marin, Bandar Teknologi Maritim, Lumut.

Terdapat 13 sukan yang akan dipertandingkan pada karnival tersebut termasuklah tennis, dart, karom, dan catur.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan seperti pertandingan “paint ball”, persembahan kebudayaan, dan banyak lagi.

Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Haji Hassan Malek.

SUHAILA