Monday, November 8, 2010

KEMALANGAN

di Jalan Tasek, Ipoh seorang pemandu maut selepas keretanya merempuh belakang sebuah lori treler.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi berkata dalam kejadian itu, mangsa yang memandu dari arah Chemor menghala ke Ipoh mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa , Cheah Soon Lee, dari Taman Idris, Ipoh.

Siasatan polis mendapati pemandu memandu laju berdasarkan kerosakan teruk yang dialami.

Dan; berdasarkan hasil ujian darah; mangsa di dapati positif alkohol.

END//ros

Sunday, November 7, 2010

SILAT PENUTUP KE 15

SILAT PENUTUP

Pahang muncul Johan keseluruhan kejuaraan Silat Kebangsaan ke 15 dengan pungutan pingat 8 emas dan 6 gangsa.

sebelum ini pada tahun 2004 dan 2006, negeri itu turut dinobatkan sebagai juara.

tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik terengganu dan angkatan Tentera Malaysia ATM.

kejohanan yang berlangsung di Gopeng itu bermula 2 november lalu, dengan 14 KONTIJEN berentap yang masing-masing empertaruhkan bakat pesilat handal termasuk pesilat kebangsaan.

pesilat daripada Persatuan silat Lincah, mohd Fauzi Khalid dan pesilat negeri Perak, noor farahana Ismail dipilih sebagai pesilat putera dan puteri terbaik.

mereka bakal berhadapan dengan kejuaraan silat dunia pada disember depan di Indonesia.

penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan disempurnakan Exco belia dan sukan Perak, datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

pada sidang media, beliau berkata biarpun kejohanan kali ini menyaksikan pesilat senior tewas dengan pesilat muda, namun ia suatu yang positif untuk perkembangan silat negara yang kini jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran seperti Vietnam.

dan sebagai galakkan, kerajaan negeri senantiasa bersedia memberi bimbingan pada atlet mengasah bakat; baik dari aspek penyediaan keperluan mahupun pemberian insentif .

end//

Tuesday, November 2, 2010

PINGAT BOMBA

PASUKAN BOMBA

Seramai 67 pegawai bomba mendapat anugerah naik pangkat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Haji Yahaya Haji menghargai usaha cawangan sumber manusia Perak dalam mempercepatkan proses kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai jabatan.

Ini kerana, ia boleh memastikan semua jawatan dipenuhi adalah begitu komited sekali dalam memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk memajukan karier mereka.

Beliau berharap pegawa-pegawai yang dinaik pangkat terus memberi perkhidmatan yang cemerlang walau di mana mereka di tempatkan demi memartabatkan jabatan bomba di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di Seri Iskandar.

END//

TENAGA MAHIR

TENAGA MAHIR

biarpun peluang pekerjaan terbuka luas, namun kekangan tenaga mahir menyukarkan syarikat menggajikan pekerja.

di Perak terdapat lebih 76 ribu kekosongan kerja dilaporkan khususnya dalam sector elektrik dan elektronik yang kini kritikal bilangan pekerja mahirnya.

menurut pengerusi Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak PESDC, Datuk Gan tack hong, sebagai pusat latihan kemahiran, PESDC turut menawarkan program latihan kepada syarikat untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.

beliau yang juga Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia FMM negeri Perak, berkata pada masa akan datang pelabur akan mencari pekerja yang berkemahiran.

ia kerana dijangkakan kos pengambilan pekerja asing akan meningkat berikutan kadar levi bakal dinaikkan.

datuk gan ditemui berkata demikian di Hari kerjaya PESDC di kawasan perindustrian Pengakalan II, Pusing.

majlis dirasmikan, exco pelaburan negeri , datuk Hamidah Osman.

julung kali diadakan hari kerjaya itu disertai 18 buah syarikat industri.

menawarkan kursus mengikut kehendak pasaran, PESDC menawarkan lapan kursus iaitu kimpalan, penyamanan udara dan pembekuan, teknologi plastik, elektronik perindustrian dan mekanik kenderaan motor.

malah, mulai tahun depan, latihan lepasan graduan juga ditawarkan.

end//baizura

Monday, November 1, 2010

LTEROWONG BERKEMBAR BERAPIT

LANDASAN PLBE

Terowong Berkembar Berapit (TBB) terpanjang di Asia Tenggara dijadual siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ketika ini 70 peratus daripada kerja-kerja pembangunan terowong itu sudah disiapkan, manakala baki 30 peratus lagi merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan melengkapkan sistem.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pembinaan terowong itu menggunakan konsep twin bore dengan satu landasan setiap satu, serta pembinaan sembilan 'cross passage' antara terowong kiri dan kanan bagi tujuan keselamatan.

Terowong terpanjang di Asia Tenggara itu dibina bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar yang bermula Oktober tahun lepas.

projek sepanjang 329 kilometer itu menelan belanja hampir 12.5 billion ringgit yang merupakan hub logistik bagi Pembangunan Koridor Utara NCER.

Datuk Kong berucap pada Majlis Penembusan Terowong Berapit bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar di Padang Rengas, Kuala Kangsar.

dalam pada itu, kerajaan turut mempunyai rancangan melaksanakan PLBE antara Gemas dan Johor Bahru dalam masa terdekat sebagai pelengkap kepada projek PLBE sepanjang Pantai Barat Malaysia.

END//

LHDN-E LEJAR

LHDN-E LEJAR

Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN kini boleh menyemak butiran peribadi dan transaksi percukaian dalam akaun cukai dengan pelancaran inovasi baru LHDN, E-Lejar.

E-Lejar memaparkan lejar cukai pendapatan dan cukai keuntungan hasil tanah bagi tahun sebelum dan tahun semasa setiap pembayar cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata dalam E-Lejar pembayar cukai boleh menyemak butiran peribadi yang dikemaskini dalam rekod LHDN, transaksi percukaian dan baki terkini akaun cukai pada bila-bila masa.

Menurut beliau, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama untuk e-Filing.

Pengguna boleh mengakses E-Lejer di elejar.hasil.gov.my

Tan Sri Hasmah berkata demikian pada majlis pelancaran E-Lejar di Ipoh.

Sebelum itu dalam ucapannya beliau LHDN sentiasa cuba untuk pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai dengan penambahbaikan sistem dan kaunter hadapan.

Mei lalu, LHDN menerima anugerah paling berprestij dalam perkhidmatan awam iaitu Anugerah Inovasi Perdana Menteri AIPM yang mengiktiraf pencapaian cemerlang sesebuah organisasi.

end//ros

CUACA PERAK - 1 NOVEMBER

CUACA PERAK - 1 NOVEMBER

sehingga khamis ini, keadaan cuaca di negeri Perak dilaporkan akan hujan dan juga berlaku ribut petir.

khususnya satu dua tempat di kawasan pantai. pada sebelah pagi diramalkan berlakunya hujan dengan keadaan angin bertiup kencang selaju 40 hingga 50 kilometer sejam; manakala ombak setinggi 3.5 meter.

justeru, jabatan meteorologi mengeluarkan amaran bahawa keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.

dalam pada itu, maklumat daripada jabatan air dan saliran negeri Perak menunjukkan paras air sungai utama di negeri ini berada pada tahap selamat.

end//baizura