Thursday, July 30, 2009

PEPERIKSAAN TETAP DIJALANKAN

Peperiksaan Kebangsaan yang telah ditetapkan akan diteruskan walaupun wabak penyakit Influenza A (H1N1) semakin membimbangkan.

Sehubung dengan itu, semua peperiksaan kebangsaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin, jika perlu, pelajar yang sakit mungkin akan menduduki peperiksaan tersebut di hospital.
Dalam pada itu, peperiksaan UPSR akan diadakan dari 8 hingga 10 September, PMR dari 7 hingga 9 Oktober dan SPM dari 19 November hingga 16 Disember.

End/G.VENE GANAISON

SMK GERIK CUTI MULAI HARI INI

Satu lagi kes wabak influenza A (H1N1) di kalangan pelajar sekolah mendapat perhatian.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik akan bercuti selama seminggu mulai hari ini.

Pihak sekolah mengambil keputusan tersebut apabila ramai pelajar sekolah ini disyaki terkena jangkitan seperti influenza H1N1.

Sehubungan itu, pihak sekolah meminta Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah (PIBG) untuk menyebarkan maklumat ini kepada ibubapa pelajar sekolah tersebut.

End/G.VENE GANAISON

UPSI - CUTI SEMESTER DIAWALKAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, diarahkan ditutup selama tujuh hari mulai semalam apabila beberapa pelajar dikesan terkena jangkitan seperti influenza (ILI).

Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak hari Selasa lagi.

Menurut pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak, mereka masih menunggu laporan dari Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan maklumat bilangan penuntut UPSI yang terlibat dan pertambahan kes jika ada.


End/ G.VENE GANAISON

Tuesday, July 28, 2009

SEKOLAH TAMIL

Sebanyak 11 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Perak akan dibina semula dan berwajah baru.

Pengerusi MIC negeri Datuk G. Rajoo berkata, kerja-kerja pembinaan semula bangunan itu bermula 17 Ogos ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Perak Sangeeta Sabah Ipoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ghanti Kalasalai Sungai Siput dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tan Sri Dato’ Manickavasagam Tanjung Malim.

Kos pembinaan sekolah baru dan pembinaan bangunan tambahan bagi ketiga-tiga sekolah ini menelan belanja sebnyak 6 juta Ringgit.

Tambah beliau, pelajar-pelajar bagi sekolah yang terlibat dalam pembinaan semula itu akan ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Buntong sehingga ia siap dibina.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Perak Sangeetha Sabah di Ipoh.


End/// HAWANIS

MASALAH RAKYAT DIUTAMAKAN - MB

'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' konsep 1 malaysia menjadi pegangan kerajaan negeri Perak dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum.

Pelbagai masalah diajukan terus kepada menteri besar dan dapat menjalin kemesraan di kalangan penduduk dengan pemimpin.

Menurut salah seorang penduduk N. Siva, sejak peralihan kuasa di Perak, terdapat banyak perubahan yang berlaku. Pendekatan kerajaan negeri ‘bekerja untuk rakyat’ dialu-alukan oleh seluruh rakyat Perak.

Dia berkata demikian selepas menyerahkan beberapa dokumen berkaitan masalah pengurusan tempat ibadat di Parit Buntar.

Dokumen tersebut diserahkan kepada pegawai khas Menteri besar, Azhar Ahmad di pejabatnya di Ipoh.

end/G.Vene Ganaison

Sunday, July 26, 2009

PEMBINAAN KUIL TANPA KELULUSAN

Pembinaan kuil atau tokong harus mendapatkan pengesahan dan kelulusan terlebih dahulu dari Pejabat Tanah sebelum ia dibina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menasihatkan masyarakat india agar mematuhi
undang-undang yang ditetapkan sebelum membuat sebarang aduan atau permohonan kepada pihak kerajaan.

Pembinaan kuil tanpa kebenaran pemilik tanah pihak swasta harus dielakkan dan pihak kerajaan tidak akan
bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri Perayaan Adi Parasakti di Kuil Sri Maha Mariamman, Taiping.

End/G.VENE GANAISON

PROPAGANDA SMS 1 MALAYSIA

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menasihatkan pihak tertentu menghentikan penghantaran mesej yang mengatakan slogan 1Malaysia adalah propaganda dan wayang kulit kerajaan Barisan Nasional serta - merta.


Datuk T. Murugiah, pesanan yang dihantar melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) itu sebenarnya cuba mengganggu usaha baik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan perpaduan di kalangan penduduk negara ini.

Masyarakat India perlu memberi kerjasama kepada kerajaan dan Perdana Menteri kita agar konsep satu Malaysia dapat dijayakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Taiping.Perak

End/ G.VENE GANAISON