Tuesday, December 29, 2009

PEMANDU DITUDUH

MAHKAMAH PUTUS

Mahkamah Khas Trafik semalam memutuskan...3 Februari tahun depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan pemandu bas Sani Ekspres, Mohd Kamil Mohd Rashid.

Dia didakwa atas tuduhan memandu secara merbahaya, sehingga menyebabkan 10 penumpang terkorban Sabtu lalu, di Kilometer 280.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ipoh.

Majistret Mahkamah Khas Trafik, Mohamed Ruhizat Abdullah turut mengarahkan lesen tertuduh digantung serta-merta sehingga kes selesai.

Kes didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 1999, yang membawa kepada hukuman penjara antara 2 hingga 10 tahun serta denda antara lima hingga 20 ribu ringgit.

Tertuduh meminta kesnya dibicarakan.

Majistret menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak 20 ribu ringgit dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, tertuduh merayu supaya ikat jaminnya dikurangkan kerana dia tiada rekod jenayah dan mempunyai jumlah tanggungan yang ramai.

End//baizura##

ESPN TONTON

ESPN TONTON

program international eco adventures perak amanjaya kini dapat ditonton melalui saluran ESPN selama sejam bermula pukul 5 hingga 6 petang.

jumlah penonton yang dianggarkan mencecah 1.3 billion orang khususnya di rantau asia pasifik dan India.

buat permulaan sukan bertaraf dunia ini akan dipertontonkan tiga kali seminggu bermula 29 hingga 31 disember ini selama tiga bulan.

perkara ini diumumkan oleh ketua eksekutif institut darul ridzuan i-d-r, aminuddin hashim yang terlibat dengan program ini ada majlis makan malam penghargaan international eco adventures perak amanjaya di PTTC, Meru raya.

aktiviti pertama kali yang diadakan di luar benua eropah dan amerika ini telahpun diadakan pada 1 disember lalu dengan penyertaan daripada 16 pasukan termasuk dari luar negara seperti singapura, Sweden, dan amerika syarikat.

dengan lokasi yang terpilih sekitar Perak, aktiviti ini diadakan selama seminggu yang bermula dari tasik Banding dan berakhir di Pulau Pangkor. ia melibatkan aktiviti berenang, berkayak dan berbasikal.

pertandingan tersebut dijuarai pasukan dari Sweden, malah turut dibanggakan pasukan dari Malaysia menduduki tempat keempat.

dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan menjalinkan usahasama dengan pihak ESPN untuk mempromosikan secara langsung destinasi pelancongan negeri ini.

end//baizura

Monday, December 28, 2009

PERSATUAN PENDUDUK

PERSATUAN PANGSAPURI

Menerusi persatuan penduduk, ia dilihat dapat menyelia dan menguruskan aktiviti setempat dengan yang lebih baik dan teratur.

Perkara ini dicadangkan oleh datuk Bandar ipoh, dato roshidi hashim berikutan beberapa penempatan yang tidak mempunyai pengurusan yang baik khususnya melibatkan kawasan pangsapuri.

Beliau yang ditemui ketika mengadakan program sehari bersama penduduk pekan lama di Kinta Heights, Ipoh berkata, jika persatuan penduduk ini ditubuhkan ia dapat memudahkan jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan p-b-t. segala urusan dan masalah dapat ditangani secara terus.

Di ipoh, Flat buntong harmoni merupakan satu-satunya kawasan yang telahpun menubuhkan persatuan berkenaan.

Dengan adanya persatuan ini, terutamannya aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan kerana ia dilihat sebagai salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan perumahan pangsapuri.

Di majlis yang sama, dato roshidi turut menyampaikan anugerah kepada 20 murid cemerlang tahun empat dan lima sekolah jenis kebangsaan cina Perak serta bantuan kepada penduduk miskin.

End//baizura

ROMPAK TUMPAS

ROMPAKAN TUMPAS

Polis Perak berjaya menumpaskan satu rompakan melibatkan wang tunai berjumlah 580 ribu ringgit di Ipoh tengahari ini berikutan tertangkapnya dua daripada lima perompak terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata dalam kejadian pada pukul 1.00 tengahari itu, dua perompak menyamun beg mengandungi wang tunai dari sebuah van keselamatan di Bercham, Ipoh.

Wang tersebut merupakan kutipan daripada beberapa premis perniagaan di sekitar Ipoh.

Sebaik menerima laporan dari orang awam, pihak polis bertindak dan berjaya mengesan kereta yang digunakan perompak berkenaan di Jalan Gopeng – Kampar.

Dua pengawal dari syarikat keselamatan dan dua anggota polis mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Pihak polis berjaya memperolehi semula beberapa beg mengandungi wang tunai dan ‘pump gun’ yang dirampas oleh perompak terbabit. Jumlah wang bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Polis masih meneruskan siasatan memburu 3 lagi perompak. Orang ramai diminta menghubungi pihak polis sekiranya menemui tiga lelaki yang mencurigakan yang menggunakan kenderaan Toyota Alphard.

End//rosmawati

Sunday, December 27, 2009

DR ZAMBRY MIMBAR

ZAMBRY-MIMBAR

Mimbar permuafakatan Ibu Bapa Kebangsaan (MAPIM) dilihat dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara ibu bapa dan guru-guru di sekolah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Mimbar akan dijadikan landasan dalam membantu kerajaan negeri memantapkan lagi bidang pendidikan.

Beliau berkata sokongan dan dokongan ibu bapa amat diperlukan kerana ianya menjadi satu suara efektif yang dapat memperbaiki sistem pendidikan Negara.

Justeru itu, Datuk Seri Dr Zambry berharap kementerian pelajaran dapat memberi pengiktirafan kepada program ini supaya hasrat program itu dapat cicapai..

Katanya, majlis ibu bapa juga mungkin akan ditubuhkan..ianya sebagai badan bertindak dalam menyelesaikan masalah golongan pendidik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan 1 malaysia di Ipoh.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Dr Zambry turut mengumumkan memperuntukkan 100 ribu ringgit kepada Mapim bagi menjalan dan menggerakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Katanya, ini adalah di peringkat permulaan dalam mewujudkan hubungan permuafakatan diantara ibu bapa dan guru-guru.

End///

TANGKAPAN DADAH

Jumlah tangkapan penagih dadah di negeri Perak pada tahun ini meningkat 21 ribu 502 berbanding tahun lalu 15 ribu 90 tangkapan.

Ianya menunjukkan peratusan meningkat kepada 40.8 peratus kes tangkapan penagih dadah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan Pembangunan Usahawan Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Datuk Hamidah Othman berkata peningkatan kes penagih dadah adalah disebabkan alatan yang digunakan mudah untuk didapati.

Ia sekaligus menyumbang kepada kes-kes jenayah yang berleluasa hingga menggangu ketenteraman awam.

Beliau berkata program mentadom yang dilaksanakan kementerian kesihatan supaya dikaji semula pelaksanaan dan pemantauan program itu.

Ini kerana kebanyakan penjualan mentadom dijual dalam keadaan terbuka dan memberikan peluang kepada penagih untuk mendapatkannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ipoh.

Dalam pada itu, Datuk Hamidah Othman berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Ketua Kampung (JKKK) akan dilantik sebagai mata dan telinga bagi memantau aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka.

Tugasan ini supaya ketua-ketua kampung mengambil serius aktiviti penyalahgunaan dadah selain mencatit statistis jumlah penagih di kampung-kampung.

End///

Saturday, December 26, 2009

MB -BOLING PAS

"tahniah dan mulai sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini".

itu komen menteri besar Perak, Dato seri dr zambry Abdul Kadir berhubung tindakan Dewan Pemuda Pas Perak yang mula menjalinkan persahabatan dengan media arus perdana.


kenyataan itu dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan menerusi aktiviti persahabatan boling yang diadakan oleh Dewan pemuda pas perak bersama media Perak.

sebelum ini, Pas Perak pernah mempertikaikan akan ketulusan media arus perdana dalam menyampaikan liputan atau laporan mengenai pihak pembangkang yang lebih ke arah prospek negatif .

end//