Pertumbuhan ekonomi Negara yang berkembang positif ketika ini disebabkan pelbagai factor.
Selain suntikan pakej ransangan ekonomi kedua, pemulihan ekonomi dunia serta aliran perdagangan Negara turut mempengaruhi factor berkenaan.
Jelas Menteri kewangan kedua, dato seri ahmad husni handazlah, belanjawan yang efektif juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan.
Inisiatif penubuhan unit pengurusan projek bagi kerja-kerja pemantauan adalah pendekatan yang releven yang memberi impak dalam memastikan sasaran kementerian dicapai.
Up sound (CUT 1)
Q in/out :sekarang kita lihat pulak adakah kemungkinan kita boleh capai 6 peratus. Oleh itu kementerian kewangan dan epu sedang menyediakan kajian. Bagaimana bentuk inisiatif yang perlu kita jalankan supaya kita dapat capai 6 peratus.
dato seri ahmad husni handazlah
Terdahulu Negara menyasarkan pertumbuhan 5 peratus pada tahun ini namun, melihat potensi sedia ada sasaran enam peratus itu mungkin mampu dicapai dengan mekanisme yang efisen.
Dato seri ahmad husni ditemui di majlis pelancaran pintar mas sekolah kebangsaan manjoi 2 di ipoh.
Mengulas mengenai belanjawan 2010, sebanyak 5.2 billion ringgit diluluskan yang bertujuan melaksanakan matlamat bidang keberhasilan utama negara N-k-r-a.
End//
Saturday, February 27, 2010
BINTANG KECIL
BINTANG KECIL
lagu “mama ku ingin pulang” yang dibawakan oleh Adik azrin najwa mohd noh, berjaya menobatkannya johan bintang kecil peringkat negeri perak.
Ia sekalugus melayakkan Adik azrin najwa , 11 tahun mewakili negeri ke pertandingan bintang kecil peringkat zon utara yang akan diadakan pada jUlai depan.
Pertandingan yang diadakan di taiping itu menyaksikan persembahan 9 peserta lain yang layak ke peringkat akhir.
Kesemua peserta ini Berjaya melepasi sesi saringan yang diadakan pada minggu lepas dengan penyertaan daripada 50 kanak-kanak seluruh negeri perak.
Peserta peringkat akhir diberi saguhati berupa wang tunai 100 ringgit sumbangan bank simpanan nasional b-s-n serta sijil penyertaan.
Johan pula menerima wang tunai 500 ringgit, manakala tempat kedua dan ketiga 300 dan 200 ringgit.
Hadiah disampaikan oleh Ketua penerangan negeri, dato hamdi abu bakar.

Friday, February 26, 2010
JEJAK PENYAYANG
JEJAK PENYAYANG
Kenal pasti rakyat miskin melalui program jejak masyarakat penyayang adalah mekanisme yang dilaksanakan oleh bahagian UMNO gopeng.
Dengan bantuan komponen MIC dan MCA seramai 2 ribu 225 rakyat sekitar kawasan itu telahpun didaftarkan dalam program e-kasih. 316 orang daripadanya kaum Cina dan 228 orang kaum India.
Ketua bahagian Umno gopeng, dato hamzah mohd kassim berkata, jumlah berkenaan walau bagaimanapun bukanlah menunjukkan 100 peratus masalah miskin tegar di gopeng itu berjaya diselesaikan.
Justeru, pada 28 februari ini, program jejak masyarakat penyayang terus diadakan di dewan bandaran gopeng bermula pukul 2.30 petang.
Selain menjejak fakir miskin, sumbangan bantuan juga akan diberikan.
pada masa yang sama, rumah terbuka sempena tahun baru cina komponen Barisan Nasional Gopeng akan dianjurkan.
Dijangkakan setiausaha politik perdana menteri, dato shafie Abdullah akan menghadiri program ini.
End//baizura

MENINGGAL RTM
MENINGGAL RTM
Bekas Penyampai berita televisyen dan Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang, Datuk Chek Hashim Embi meninggal kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Allahyarham disahkan meninggal dikediamanya di Seri Manjung akibat menderita penyakit kanser tulang sejak setahun lalu dan menyebabkan kedua-dua belah kakinya lumpuh.
Jenazah beliau akan dikebumikan selepas solat asar.
Datuk Chek Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai pembantu siaran RTM Pulau Pinang.
Pada tahun 1982, allahyarham ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama 20 tahun sebelum dilantik menjadi pengarah penyiaran RTM Pahang .

PERLEMBAGAAN SULTAN PERAK (CUT 1)
PERLEMBAGAAN SULTAN PERAK (CUT 1)
Patuhi dan memahami perlembangaan khususnya berhubung kedudukan agama islam.
Perkara ini ditekankan oleh sultan perak, sultan azlan shah ketika bertitah di majlis sambutan maulidur rasul peringkat negeri Perak 1431 hijrah di taiping pagi tadi.
Up sound (cut 1)
Q in :islam diberi perlindungan undang-undang…
Q out :…dihormati dan difahami
Perlembangan yang dirangka berdasarkan asal usul Negara dipersetujui oleh pelbagai pihak berlainan latar belakang.
Tegas sultan azlan, kegagalan menghormati asas ini memungkinan keharmonian tercalar.
Justeru rakyat diminta agar tidak sekali-kali mencetuskan provokasiyang menganggu gugat ketenteraman dan kesejahteraan Negara.

RENTUNG
RENTUNG
Pemandu ditemui rentung di dalam kereta yang ditemui di kilometer 19 simpang pulai pagi tadi.
Panggilan kejadian diterima oleh balai polis simpang pulai kira-kira pukul 8 pagi dan anggota bergegas ke tempat kejadian.
Jurucakap polis memberitahu, pemandu berkenaan dipercayai bangsa Punjabi yang berumur 48 tahun yang memandu dari arah Cameron highlands ke iPoh.
Dalam pada itu, kemungkinan kemalangan berpunca akibat kebakaran enjin kereta tersebut.
Polis juga menyifatkan tiada unsur jenayah. Mayat berkenaan di bawa ke hospital raja permaisuri bainun, ipoh untuk bedah siasat.
End// baizura

Thursday, February 25, 2010
STPM PERAK
STPM PERAK
Seramai 4-ribu 212 daripada 4-ribu 399 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia S-T-P-M di sekolah kerajaan di Perak tahun lalu mencatat keputusan lulus penuh.
Pengarah Jabatan Pelajaran Perak Mohd Radzi Abd Jabar berkata ia mencatat 95.75 peratus keputusan, mengatasi pencapaian nasional sebanyak 94.68 peratus.
48 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Beliau berkata 292 calon lulus lima prinsipal, 2-ribu tiga lulus 4 prinsipal, 866 lulus 3 prinsipal manakala 597 lulus dua prinsipal dan 44 lulus satu prinsipal.
Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan bahawa pemilihan masuk ke institusi pengajian tinggi awam I-P-T-A hanya mengambil kira empat mata pelajaran.
Dalam pada itu SMK Sam Tet, Ipoh mencatat keputusan cemerlang dimana 21 pelajarnya mencatat keputusan empat prinsipal A.
Bagaimanapun salah seorang pelajarnya, Gavin Loo Koon Yit merupakan satu-satunya pelajar di negeri ini mendapat lima prinsipal A.
Lain-lain keputusan empat prinsipal A ialah SMK Methodist ACS Ipoh – tujuh orang, SMK Anderson Ipoh – lima, SMK Tasek – tiga, SMK Methodist ACS Sitiawan dan SMK Dr Burhanuddin Taiping masing-masing dua orang dan seorang bagi SMK Seri Keledang Menglembu, SMK Seri Ampang Ipoh, SMK Kg Pasir Putih, SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, SMK St Anthony Teluk Intan, SMK Hua lian Taiping, SMK Dato’ Kamaruddin Batu Kurau dan SMK Dato’ Ahmad Lenggong.

Subscribe to:
Posts (Atom)