kempen dan karnival rakyat Semarak Semangat 1 Malaysia akan diadakan esok di Dewan Sekolah Menengah Tun Perak Padang Rengas di Kuala Kangsar.
Ia akan berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 malam.
Majlis seumpama ini dapat menghubungkan jalinan antara pemimpin dengan rakyat.
Antara pengisian kempen ini ialah larian semarak semangat 1 Malaysia yang merupakan acara utama. Ia turut melibatkan penyertaan daripada beberapa pemimpin.
Lain-lain aktiviti termasuklah, pertandingan Tarik Tali, sukaneka rakyat, pameran daripada agensi kerajaan dan swasta serta persembahan kebudayaan.
Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis terkemuka tanah air seperti Fabulous Cat dan Yana.
Majlis ini bakal disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau akan diringi dengan konvoi motorsikal dan teksi sebagai gimik pelancaran kempen ini.
Karnival rakyat itu akan disertai oleh pertubuhan badan bukan kerajaan NGO serta par pelajar dan dianggarkan lebih seribu pengunjung yang akan hadir.
End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim
Friday, April 30, 2010
Wednesday, April 28, 2010
REAX JETI LKIM
REAX JETI LKIM 29.4.2010
8 PG
sekitar bulan depan nelayan di kampung sungai panchor, Pantai remis sudah boleh menggunakan jeti baru.
jaminan itu dinyatakan pengarah lembaga kemajuan ikan Malaysia, LKIM perak, mohd zarudin abdul razak.
ia berikutan kerja-kerja membaiki kemudahan sedang dilakukan oleh kontraktor terutamanya, mengganti semula tangga di jeti tersebut.
bagi pemasangan air dan elektrik serta kemudahan tandas akan dilaksanakan dalam fasa kedua.
mohd zarudin ditemui di Lumut.
pada awal bulan ini, pihak nelayan di kampung sungai panchor mengadu tidak berpuas hati dengan pembinaan jeti yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi untuk nelayan.
malah projek yang sepatutnya siap hujung tahun lalu tertangguh hampir 4 bulan.
end//

Tuesday, April 27, 2010
DENGGI PERAK APRIL
DENGGI APRIL 28.4.2010
8 PG
sehingga 24 april lalu, 544 kes demam denggi dilaporkan berlaku di Perak. jumlah itu menunjukkan penurunan kes 62 peratus berbanding tahun lalu.
daerah kinta mencatatkan jumlah tertinggi kes iaitu 184. manakala purata kes di daerah lain antara 16 hingga 68 kes.
dalam satu sidang media di ipoh, exco kesihatan, dato dr mah hang soon berkata pihaknya sering mengambil pendekatan serius dalam menangani isu denggi.
kempen kesedaran giat dilakukan. media dijadikan saluran untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada orang ramai berhubung wabak denggi.
semalam, timbalan menteri kesihatan Datuk Rosnah Shirlin Rashid
menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil dengan mengekalkan tahap kebersihan persekitaran.
amalan kempen 10 minit 3 kali seminggu untuk mengenalpasti tempat berisiko pembiakan nyamuk.
end//baizura

K-I-K POLIS
KIK POLIS 27/4/2010
4 PTG
perangi jenayah rasuah melalui konvensyen inovasi dan kreatif K-I-K. cara itu diakui akan memberi kesan.
demikian pandangan ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah.
beliau menjelaskan, hasil kertas kerja yang berpotensi yang dibentangkan dalam K-I-K, secara langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota.
berketepatan dengan objektif K-I-K polis diraja Malaysia PDRM untuk menambahbaikan kualiti kerja.
dato zulkifli berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan konvensyen inovasi dan Kreatif peringkat kontijen Perak di ipoh.
konvensyen yang bermula semalam, melibatkan penyertaan 21 kumpulan daripada ibu pejabat polis daerah IPD sekitar perak.
masing-masing membentangkan kertas kerja untuk kategori pengurusan. terdapat tiga panel yang mengadili kertas kerja.
ia diketuai mantan pensyarah Institut tadbiran awam Negara INTAN, Abdullah hamid.
kumpulan RODA dari IPD ipoh muncul johan dalam menghasilkan kertas kerja yang berinovasi.
tajuk yang dikemukan ialah “pengumpulan maklumat kes kecurian motosikal adalah baik”.

LOCAL AGENDA 21
PBT LA 21 27.4.2010
4 PTG
pihak berkuasa tempatan PBT negeri perak diberi peruntukkan antara 45 hingga 65 ribu ringgit untuk memperhebatkan “local agenda 21”
L-A 21.
peruntukkan itu diperoleh daripada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan KPKT yang berjumlah 750 ribu ringgit.
menurut exco kerajaan tempatan negeri, dato dr mah hang soon, kerajaan akan menjadi fasilitator dalam menjayakan L-A 21 ini.
turut ditekankan peranan masyarakat setempat serta pertubuhan badan bukan kerajaan NGO untuk merealisasikannya.
Media turut memainkan peranan penting yang dilihat dapat membantu kelancaran program berkenaan.
dato dr mah hang soon berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Local agenda 21 dengan wakil PBT di Ipoh.
L-A 21 adalah program pembangunan mampan global yang disokong oleh 178 negara pada tahun 1992.
antara perkara yang ditekankan ialah kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar, mempertingkatkan kesihatan, serta memerangi kemiskinan.
end// baizura

Monday, April 26, 2010
KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH
KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH
26/04/2010
7 pasukan akan berentap bagi mempamerkan kehebatan masing-masing dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah bermula 6 hingga 16 Mei di Ipoh.
Antara pasukan yang mengesahkan penyertaan kali ini ialah Australia,Mesir,Korea,Pakistan,China,India dan Malaysia selaku tuan rumah.
Menurut Pengerusi Pengelola Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah,merangkap President Hoki Perak Datuk Abdul Rahim Md Ariff,buat pertama kalinya kejohanan ini menerima pernyataan dari Australia dan Afrika.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran kejohanan Hoki Piala Azlan Shah Kali ke-19 di Ipoh.
End//aimidiyana

Sunday, April 25, 2010
KARNIVAL VESPA
KARNIVAL VESPA
Hari ini diadakan Karnival Vespa,motor klasik dan kereta antik peringkat antarabangsa di arena square kuala kangsar. Acara ke-8 itu dihadiri lebih 10 ribu pengunjung.
Menurut pengerusi Jawatankuasa Karnival berkenaan Toh Kamar Lela Shukri Radzi, aktiviti ini bertujuan bagi memperkenalkan daerah kuala kangsar sebagai salah sebuah destinasi pelancongan.
karnival ini merupakan aktiviti yang termasuk dalam kelendar pelancongan perak.
dengan penyertaan 3ribu 28 orang karnival ini juga turut mendapat perhatian dari negara jiran seperti Indonesia,Thailand,Burnie dan Singapura.
Karnival ini dirasmikan menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.
Bermula 16 april lalu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak ia sempena dengan sambutan ulangtahun keputeraan paduka seri sultan perak, sultan azlan shah ke 82 pada 19 april lalu.
End//Aimidiyana

Subscribe to:
Posts (Atom)