Thursday, July 15, 2010

PAC -LAPORAN AUDIT

Laporan audit Jawatankuasa Kira-Kira Wang P-A-C negeri Perak tahun 2006 dan 2007 akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri DUN Perak bulan depan.

Pengerusinya, Datuk seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata 12 agensi kerajaan dikenalpasti mencapai tahap pengurusan bertaraf empat bintang.

Laporan audit ini penting sebagai penanda aras untuk meningkatkan sistem pengurusan yang lebih cekap, berkualiti dan produktif,.

Malah ia juga sebagai petunjuk prestasi utama KPI agensi kerajaan di negeri ini.

Datuk seri raja ahmad Zainuddin berkata demikian di Ipoh.

Bagi laporan audit tahun 2008, PAC dijangka dapat menyiapkan laporan itu pada awal tahun depan iaitu lebih awal dari jangka waktunya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata bagi mengelak berlakunya kesangsian terhadap maklumat yang dilaporkan, pihaknya akan terus mengadakan tinjauan dan lawatan ke setiap agensi.

beliau juga turut mengingatkan semua agensi supaya melupuskan harta benda yang tidak digunakan mengikut prosedur.

ia bagi mengurangkan kos selenggara dan mempertingkatkan pengurusan peruntukan agensi tersebut.

end/baizura

POLIS BOM -KAMPAR

POLIS BOM

seorang anggota polis terkorban manakala empat lagi cedera dalam kejadian letupan bom di lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah IPD kampar petang semalam.

kejadian berlaku ketika 40 anggota polis dari seluruh Perak sedang mengikuti Kursus Pemusnah Bom.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memaklumkan lima anggota terbabit ketika itu sedang memeriksa sebiji bom yang tidak meletup.

Anggota yang terkorban ialah Sarjan Saidin Mohd Dom, yang bertugas di IPD Taiping. beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas dimasukkan ke hospital Kampar.

empat lagi anggota yang cedera ialah sarjan Saat Salleh yang juga bertugas di taiping, sarjan Zulkifli Ijum dari IPD Ipoh, lans korperal Mohd Nor Firdaus dari IPK perak dan koperal Kamaruddin Ismail dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam,

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 50-an.

end//

Wednesday, July 14, 2010

MAYAT SIMPANG PULAI

MAYAT SIMPANG PULAI

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian mayat rentung di kilometer 45 jalan simpang pulai –cameron Highlands tampil membantu siasatan.

mayat wanita itu dijumpai orang awam pagi tadi

menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika ditemui mayat berkenaan, tiada pengenalan diri dijumpai.

pihak polis juga mendapati ada kesan luka di bahagian kepala mayat berkenaan yang dipercayai ditetak dengan senjata tajam.

datuk dzuraidi memberitahu kemungkinan wanita itu dibunuh di tempat lain
sebelum dicampak di lokasi penemuan mayatnya.

siasatan awal mendapati mayat wanita itu adalah berbangsa India dan berumur 30-an.


end//

JALUR LEBAR PERAK

JALUR LEBAR PERAK

kerajaan negeri Perak menyasarkan lebih 200 lokasi pusat akses akan diwujudkan di seluruh negeri itu.

lokasi menempatkan pusat tersebut bergantung kepada kepadatan penduduk dan lokasi tumpuan orang ramai.

untuk permulaan, kelajuan jalur lebar yang disediakan ialah 1 mega bit per saat hingga lima mbps.

bagi setiap pusat akses boleh menampung 200 penggunanya untuk satu masa.

menurut ketua eksekutif K-Perak, professor dr Abdul Kamil mahmud, kos pusat itu berkonsepkan perkongsian.

setakat ini penggunaan jalur lebar telahpun ditempatkan di sekitar bandaraya Ipoh seperti di padang Ipoh dan taman cempaka.

baru-baru ini Pulau pangkor menjadi lokasi meluaskan penggunaan khidmat jalur lebar berikutan ia sebagai lokasi pelancongan.

end//

Monday, July 12, 2010

PERUMAHAN

PERUMAHAN 09.07.2010

kerajaan negeri akan mengambil alternatif baru mempergiatkan projek-projek perumahan di Perak menjelang 2015
Langkah ini bertujuan bagi memastikan keperluan rakyat untuk mendapatkan penempatan yang lebih selesa.
Menteri Besar Perak Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,penambahan penduduk menjadikan Perak semakin mendapat tempat di kalangan pelabur tempatan dan luar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan kunci bagi skim perumahan apartment kos sederhana untuk fasa 1 dan 2 serta pelancaran fasa 3 Bukit Permata di Lumut
Seramai 30 pembeli yang telah menerima replika kunci pada majlis tersebut
Daerah Manjung antara kawasan berpotensi untuk dibangunkan dalam bidang hartanah kerana mempunyai struktur tanah yang baik.
Dalam tempoh jangka panjang , Manjung akan menjadi kawasan tarikan pelancong dengan pembinaan MARINA ISLAND sebagai kawasan perlabuhan persiaran pertama di Asia Pasifik.
Ia dijangka siap dalam tempoh 10 tahun hingga 15 tahun akan datang.
Menerusi pembinaan kawasan ini,ia mampu menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat.
End//nana

Sunday, July 11, 2010

HOKI TERTUTUP AKHIR PIALA S.A.S

HOKI TERTUTUP AKHIR


kejohanan akhir sukan hoki tertutup piala sultan azlan shah semalam menyaksikan Juara Asia, Iran gah menjulang piala walaupun menang tipis ke atas pasukan tuan rumah 3-2.

dalam perlawanan ini menyaksikan, pasukan negara lebih berwaspada mengatur langkah apabila sebelum ini pernah ditewas mudah oleh iran
6- 0.

jaringan pasukan negara disempurnakan s.kuhan pada minit ke empat dan minit ke 39.

sementara itu, dalam menentukan tempat ketiga dan keempat pasukan Uzbekistan menewaskan pasukan Pakistan 2-0.

manakala, pasukan Thailand berjaya membelasah kazakstan dengan keputusan 7-0 bagi menentukan kedudukan di tempat kelima dan keenam.

majlis penyampaian pingat dan piala disempurnakan sultan perak, sultan azlan shah.

hampir dua ribu penonton memeriahkan kejohanan yang berlangsung di stadium indera mulia yang selesai kira-kira pukul 5 petang.

end//baizura

BANGUNAN ROBOH CHANGKAT TIN

BANGUNAN ROBOH

isu berhubung tiga pelajar maut akibat ditimpa bumbung konkrit sebuah stor bijih timah usang di PPRT Changkat Tin, Tanjung Tualang, kelmarin.

pejabat daerah kinta akan mengambil tindakan segera merobohkan stor berkenaan dan juga dua lagi rumah terbiar yang berhampiran dengan tempat kejadian.

pegawai daerahnya, datuk razali Othman berkata, pihaknya juga akan meminta jawatakuasa kemajuan kampung JKKK untuk memantau kawasan tersebut yang juga berhampiran dengan kawasan lombong.

ia bagi memastikan keselamatan penduduk kampung di PPRT changkat tin itu

dalam kejadian Sabtu lalu, tiga pelajar maut dan seorang cedera parah akibat ditimpa bumbung konkrit stor terbiar yang berusia hampir 45 tahun.

Mereka yang terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, Muhamad Safwan Abdul Aziz. masing-masing berusia 13 tahun. seorang lagi muhamad Hisham Alias, 12 tahun.

Kesemua mangsa yang cedera parah di kepala dan badan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dijumpai kira-kira 10 malam oleh kaum keluarga dan penduduk kampung.

Kejadian dipercayai berlaku semasa pelajar terbabit berteduh dalam stor
berkenaan kerana hujan.

kini, mangsa yang cedera parah, Mohd Shahir Zairi, 13 tahun dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

end//