Mayat mangsa pertama tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang semalam ditemui pagi tadi.
Mangsa seorang pelajar perempuan keturunan India berusia 11 tahun adalah antara peserta aktiviti kokurikulum perkhemahan anjuran PPD Kinta Selatan itu ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.
Dalam kejadian malam tadi, 22 murid dikhuatiri dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata identiti mayat murid perempuan berketurunan
Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.
Datuk Zakaria berkata jumlah sebenar mangsa belum diketahui. Polis telah meminta Jabatan Pelajaran mendapatkan maklumat terperinci beserta kesemua nama murid yang menyertai kem perkhemahan itu.
Maklumat awal yang mengatakan 22 murid hilang itu belum dapat dipastikan dan dipercayai jumlah mangsa sebenar adalah kurang daripada itu.
No comments:
Post a Comment