Sunday, August 15, 2010

HARGA BERPATUTAN - KPDNKK

HARGA BERPATUTAN

belum ada lagi aduan yang diterima mengenai kenaikan harga makanan yang dijual di bazaar ramadhan.

Setakat ini, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan KPDNKK, menyifatkan peniaga menawarkan harga yang berpatutan khususnya ke atas juadah makanan.

Timbalan menterinya, dato tan lian hoe berkata etika sebegitu sangat dihargai. Bagaimanapun kepada pengguna, mereka harus bijak berbelanja.

Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak bazaar ramadhan di medan gopeng ipoh.

Di Perak, KPDNKK negeri setiap hari akan menjalankan pemantauan ke atas 45 lokasi bazaar ramadhan sekitar negeri ini bermula pukul 4 hingga 6 petang.

OPERASI itu bagi mengelak peniaga meletakkan harga yang tinggi, selain memudahkan orang ramai membuat sebarang aduan ke atas hal yang berkaitan.

dalam pada itu, peniaga diingatkan agar mempamerkan tanda harga. Jika gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil mengikut Akta kawalan harga 1946.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih 25 ribu ringgit bagi kesalahan pertama, dan tidak lebih 50 ribu ringgit bagi kesalahan kedua.

Di bawah akta yang sama, kesalahan pertama ke atas individu dikenakan tidak melebihi 15 ribu ringgit dan kesalahan kedua tidak melebihi 25 ribu ringgit.

End//

No comments:

Post a Comment