KERETA TERBAKAR - IPOH
Trafik pagi yang selalunya lancar di Ipoh berubah pagi ini apabila berlaku kesesakan.
Ia di sebabkan sebuah kereta terbakar di Jalan Panglima bukit Gantang wahab.
Pemilik kereta berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berusia 40 tahun, dalam perjalanan dari rumahnya di jalan Kuala Kangsar, Ipoh menuju ke tempat kerja di Pengkalan.
Ketika melalui hadapan bangunan bandaran Ipoh, Lim mendapati keretanya berasap di bahagian depan, lalu bertindak keluar daripada kenderaannya.
Sejurus keluar, api di bahagian depan keretanya mula merebak ke keseluruhan kenderaan terbabit.
Hasil panggilan orang ramai, anggota jabatan bomba dan Penyelamat dari Ibu pejabat negeri tiba kurang daripada lima minit.
Menurut Ketua Operasinya, Manap Hashim, ketika mereka tiba dengan sebuah jentera bersama lima anggota lain, hampir 90 peratus kenderaan tersebut telahpun musnah.
Terdahulu, beberapa pekerja di bangunan bandaran ipoh cuba membantu mengawal kebakaran dengan menggunakan pemadam api, namun gagal.
END//
No comments:
Post a Comment