Wednesday, June 30, 2010

FORUM KANSER PUSPANITA

KANSER PAYUDARA

samada ada sedar atau tidak, mahupun tahu atau tidak, kematian akibat kanser adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada penyakit AIDS.

kanser juga dilaporkan adalah penyakit kedua terbesar yang dialami rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.

bagi kaum wanita, kanser payudara adalah pembunuh utama berbanding kanser lain seperti kanser serviks, kanser usus besar dan kanser ovari.

walaupun kesedaran mengenai kanser payudara dilaporkan meningkat, namun masih perlu diingatkan langkah pencegahan wajar diambil.

ia berikutan kebanyakkan kes pesakit kanser payudara yang dikesan berada pada tahap serius.

laporan tahun 2002 mendapati nisbah risiko kanser payudara bagi kaum wanita di negara ini antara 1 kes berbanding 12 orang.

bersama pakar pembedahan hospital raja permaisuri bainun dr chan ching phing,

up sound [[cut 1]]
q in : kalangan wanita tidak perlu fikir takut saja,.
Q out : … saya rasa golongan wanita akan lebih tambah.

dr chan ditemui di Ipoh selepas menyampaikan ceramah tentang kanser payudara sempena forum kanser;bebaskan diri anda daripada kanser anjuran PUSPANITA negeri Perak.

ia dirasmikan Penaungnya Datin seri Saripah Zulkifli.

dalam pada itu, semua wanita berusia 20 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan sendiri payudara PSP setiap bulan sepanjang hayat.

waktu yang terbaik melakukan PSP adalah pada hari ke tujuh hingga ke 10 selepas seseorang mengalami haid.

END//baizura
Kapal diraja KD Rahman akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di Perak berikutan ia akan diangkat menjadi sebuah muzium.

Projek menaiktaraf kapal itu bernilai 150 juta ringgit adalah termasuk membangunkan kawasan sekitarnya seperti pembinaan temapt penginapan.

[[Vt : vcg: Ipoh, Perak.]]

Perkara itu diumumkan Exco Perlancongan, Dato’ Hamidah Osman selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh.

Upsoud: [[18 sec]]
Q In: kapal ini akan dikekalkan dalam keadaan sedia ada dan dijadikan muzium. Semua dek-dek dalam itu termasuk tempat tidur kapten, kapal, semua akan dikekalkan…
Q Out:..it will be a leaving muzium
Super: Dato’ Hamidah Osman, Pengerusi Perlancongan

Kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat swasta iaitu Syarikat PLUS Asia Jaya Perak, Sendirian berhad untuk mengendalikan projek ini.

KD Rahman merupakan monumen sejarah iaitu perang pertama yang berkhidmat kepada tentera laut diraja Malaysia TLDM.

Pada tahun 2004, KD rahman ini ditamatkan pentauliahan khidmatnya.

End//Nur Shazleen

Tuesday, June 29, 2010

PENGAIRAN SUNGAI MANIK

PENGAIRAN SUNGAI MANIK

sasaran purata hasil padi meningkat hampir dua kali ganda daripada 3.4 metrik tan kepada 6.5 metrik tan.

ia sekaligus menambahkan purata pendapatan petani sekarang ini iaitu hanya seribu 400 ringgit.

itu impak yang bakal diterima petani apabila projek menaiktaraf pengairan sungai manik di teluk intan siap Oktober ini.

sebelum itu, petani mendakwa, projek ini dikatakan tidak memberi faedah sebaliknya akan menimbulkan masalah kepada mereka.

lalu perkara itu dijelaskan menteri pertanian dan industri asas tani, datuk seri noh omar ketika mengadakan pertemuan dengan petani di sungai manik.

up sound
q in : kita ada catatan tempoh 2 tahun, jika didapati projek ini ada masalah dan tidak beri saliran air yang sempurna pada petani, maka kontraktor akan membaiki..

q out :..kesilapan ini.

dalam pada itu, datuk seri noh berkata Jika projek ini siap sepenuhnya kelak, ia akan meningkatkan hasil padi atas keluasan lebih enam ribu hektar tanah yang diusahakan petani di kawasan ini.

petemuan antara datuk seri noh dengan petani di sungai manik adalah inisatif ahli parlimen pasir salak, datuk tajuddin abdul rahman.

Selain sungai manik, projek menaiktaraf pengairan ini telah dilaksana di labu kubung dan memberi manfaat kepada petani di kawasan itu.

end//baizura

LADIES UPTOWN IPOH

LADIES UPTOWN IPOH

IBU TUNGGAL yang mempunyai hasil produk yang kreatif serta unik kini berpeluang meniagakan produk mereka di “ladies uptown ipoh”.

perniagaan berkonsepkan “evening flea market” atau pasar loak malam itu bakal beroperasi Ogos depan bertempat sekitar bangunan Majlis bandaraya Ipoh MBI.

inisatif Yayasan bina upaya darul ridzuan Y-B-U-D-R dengan kerjasama Majlis bandaraya Ipoh MBI serta pembangunan kemajuan negeri Perak PKNP ini akan menyediakan 40 gerai berserta kemudahan lengkap.

ketua eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, khairul azwan harun berkata setiap gerai dikenakan bayaran sewa 20 ringgit bagi setiap operasi perniagaan.

“ladies uptown ipoh” akan beroperasi setiap hari sabtu bermula pukul 6 hingga 12 tengah malam.

khairul azwan berkata demikian di majlis pelancaran logo ladies uptown ipoh dan laman sesawang Yayasan bina upaya di ipoh.

pelancaran itu disempurnakan pengerusi BAIDURI, datin seri saripah zulkifli.

end//baizura

Monday, June 28, 2010

ELAUN BILAI DAN SIAK

Seramai 2 ribu 435 bilai dan siak menerima elaun 2 ratus ringgit sebulan dari kerajaan negeri di Perak.
Ternyata jasa dan pengorbanan bilai dan siak tidak dilupakan demi mengimarahkan masjid.
Menurut Penasihat Hal Ehwal Agama Negeri Perak Datuk Najmuddin Elias beliau berharap dengan pemberian elaun ini dapat meningkatkan prestasi kerja dan tidak mengabaikan tugas yang di amanahkan ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bayaran elaun bilai dan siak di Ipoh.
Pembayaran elaun ini merupakan fasa pertama dan akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Saturday, June 26, 2010

AHLI DEWAN NEGARA

Ahli dewan negara yang juga bekas datuk bandar ipoh Dato Ismail Shahbodin kembali ke rahmatullah semalam pada jam 6.25 petang di hospital pakar ipoh.

Arwah merupakan bekas datuk bandar Ipoh pada tahun 1993 sehingga1994.


Menurut isteri arwah, Datin Fatimah Mohd Rashid, arwah meninggal dunia kerana dipercayai mempunyai darah beracun di dalam badan.


Jelas Datin Fatimah pada mulanya arwah mengadu keletihan dan tidak lalu makan seterusnya arwah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Arwah juga menghidap penyakit jantung dan darah tinggi meninggalkan empat orang anak.

Orang ramai yang ingin menziarahi jenazah beliau boleh berbuat demikian di kediaman no 1 jalan Watson ipoh.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Gurap selepas solat zohor.

Selain memegang jawatan sebagai ahli dewan negara arwah turut memegang beberapa jawatan lain seperti Lembaga Yayasan Perak, dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak.

Malah turut bergiat aktif dalam beberapa badan bukan kerajaan, NGO seperti pengerusi Majlis Penagakap Negeri Perak, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Negeri Perak, dan timbalan Pengerusi Majlis Kebajikan Negeri Perak.


End// Nur Shazleen

SULTAN - PENDIDIKAN BERKUALITI

SULTAN PENDIDIKAN

setelah merentasi zon menyediakan pendidikan asas, kini negara berupaya pula bercakap dan merancang soal pendidikan berkualiti.

justeru tidak timbul soal keciciran memperoleh pendidikan.

untuk berada di tangga teratas pendidikan itu hendaklah merangkumi segala aspek iaitu akademik, pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan bidang kokurikulum.

titah sultan perak, sultan azlan shah, demi melonjakkan pencapaian negara, warga hendaklah sama-sama menumpukan kerja-kerja yang produktif dan konstruktif.

sumber fikiran, tenaga dan masa tidak harus tergelincir dari matlamat membina sebuah negara yang stabil, aman, harmoni dan makmur.

Sultan Azlan Shah bertitah di majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah 2010 kolej melayu kuala kangsar MCKK di kuala kangsar.

turut berangkat ke majlis ini raja muda perak, raj dr nazrin shah serta diringi menteri besar perak, datuk seri dr zambry abdul kadir.

end//baizura