Tuesday, June 29, 2010

PENGAIRAN SUNGAI MANIK

PENGAIRAN SUNGAI MANIK

sasaran purata hasil padi meningkat hampir dua kali ganda daripada 3.4 metrik tan kepada 6.5 metrik tan.

ia sekaligus menambahkan purata pendapatan petani sekarang ini iaitu hanya seribu 400 ringgit.

itu impak yang bakal diterima petani apabila projek menaiktaraf pengairan sungai manik di teluk intan siap Oktober ini.

sebelum itu, petani mendakwa, projek ini dikatakan tidak memberi faedah sebaliknya akan menimbulkan masalah kepada mereka.

lalu perkara itu dijelaskan menteri pertanian dan industri asas tani, datuk seri noh omar ketika mengadakan pertemuan dengan petani di sungai manik.

up sound
q in : kita ada catatan tempoh 2 tahun, jika didapati projek ini ada masalah dan tidak beri saliran air yang sempurna pada petani, maka kontraktor akan membaiki..

q out :..kesilapan ini.

dalam pada itu, datuk seri noh berkata Jika projek ini siap sepenuhnya kelak, ia akan meningkatkan hasil padi atas keluasan lebih enam ribu hektar tanah yang diusahakan petani di kawasan ini.

petemuan antara datuk seri noh dengan petani di sungai manik adalah inisatif ahli parlimen pasir salak, datuk tajuddin abdul rahman.

Selain sungai manik, projek menaiktaraf pengairan ini telah dilaksana di labu kubung dan memberi manfaat kepada petani di kawasan itu.

end//baizura

No comments:

Post a Comment