Thursday, March 25, 2010

KLINIK 1 MALAYSIA

KLINIK 1 MALAYSIA


Klinik 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

Objektif utama penubuhan klinik ini adalah untuk membantu golongan masyarakat bagi mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang berpatutan.


Hasil tinjauan RTM mendapati Klinik 1 Malaysia di Bercham ini memberi maklum balas positif dari pesakit-pesakit yang berkunjung di klinik tersebut.


Dalam pada itu,perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini memenuhi permintaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.Klinik yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam ini di anggarkan 10 ribu pesakit telah mendapatkan perkhidmatan di sini.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1 Malaysia,Encik Marzuki Mohammad jumlah kedatangan pesakit pada 2 bulan pertama di anggarkan 2 ratus orang sehari.

Tambah beliau lagi,jarak perjalanan yang hanya memakan masa 15 minit sahaja dan berhampiran dengan kawasan perumahan menjadi pilihan penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini.

Perasmian Klinik 1 Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 11 Januari 2010 ini terbukti berjaya malah mencapai matlamat yang jelas.

End//Aimidiyana

No comments:

Post a Comment