Tuesday, March 9, 2010

UiTM-EXPO

UiTM-EXPO

Universiti Teknologi Mara UiTM akan menganjurkan ekspo “Selangkah ke UiTM” untuk memberi maklumat terkini tentang program-program pengajian yang ditawarkan olehnya.

Ini bagi membantu pelajar lepasan SPM atau STPM yang masih mencari pusat pengajian yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran.

Di Perak, UiTM cawangan Seri Iskandar akan mengadakan ekspo tersebut di lima lokasi iaitu Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh, Dewan Bandaran Teluk Intan, Dewan M.P.T Kamunting, Taiping Dewan Merdeka, Seri manjung dan Dewan Seri Iskandar UiTM.

Menurut Pengarah kampus UiTM Seri Iskandar, Prof.Dr.Abdullah Mohamad Said UiTM akan membuka kaunter di 12 buah sekolah terpilih iaitu di Lenggong, SMK Dato’ Ahmad, di Pengkalan Hulu, SMK Tun Saban, di Gerik, SMT Gerik, di Langkap, SMK Dato’ Sagor, di Hutan Melintang SMK Seri Perkasa dan SMK Hutan Melintang, di Beruas, SMK Raja Shahriman, di Sitiawan SMK Ahmad Boestamam dan SABK Maahad Islahaih Addiniah, di Sungkai, SMK Trolak dan SMK Felda Besout, dan di Slim River, SMKA Slim River. Manakala kaunter akan di buka di seluruh sekolah di daerah Perak tengah.

Pelajar-pelajar yang mendaftar di kaunter-kaunter yang dibuka diingatkan supaya membuat pendaftaran secara online walaupun telah membuat pendaftaran di kaunter.

Beberapa aktiviti diadakan di expo Selangkah ke UiTM antaranya seperti pameran dan penerangan maklumat asas program-program akedemik UiTM, pameran hasil kerja pelajar, penerangan prospek karier, bimbingan dan kaunseling, aktiviti sukan, pameran unit komunikasi koporat dan perhubungan antarabangsa dan pameran kemudahan asas di kampus.


END//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment