Thursday, April 1, 2010

SUNTIKAN ATT

SUNTIKAN ATT

pemberian suntikan vaksin Anti Tetanus Toxoid A-T-T adalah langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan kuman dan kancing gigi.

dalam pada itu, datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim berkata, kesemua pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh M-B-I akan diberi suntikan tersebut terutamanya kepada anggota yang bertugas yang terdedah kepada risiko kemalangan.

untuk memastikan keberkesanan vaksin ini, suntikan A-T-T perlu diberi dua kali dalam tempoh dua bulan yang pertama dan diikuti sekali setiap tahun.

sejak januari lalu, sebanyak seribu 200 kakitangan m-b-I mendapat suntikan itu .

pada bulan mac lalu, suntikan kedua diberikan iaitu yang tertumpu kepada kakitangan di Bahagian Perkhidmatan Bandar, Bahagian Pasar, Bahagian Vektor, Bahagian Bengkel, Bahagian Jalan, Unit Pantas dan Jabatan Landskap.

end//

POLIS SIASAT DUN

KP POLIS DUN

kehadiran polis semasa persidangan dewan undangan negeri DUN perak pada 30 dan 31 mac adalah untuk memastikan kelancaran persidangan.

namun, ia disalah tafsirkan oleh pemimpin pakatan pembangkang.

dalam satu kenyataan media, ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah berkata setakat ini, dua laporan polis diterima daripada orang awam.

ia berhubung dakwaan pengerusi d-a-p perak, dato ngeh koo ham, yang menyuarakan bantahan kehadiran polis sepanjang dewan bersidang.

ia termasuk kenyataan dato ngeh didalam akhbar iaitu seolah- olah
polis akan menembak sesiapa tidak disukainya semasa sidang dewan berlangsung.

jelas dato zulkifli lagi, pihak polis hanya ditugaskan menjaga keselamatan hanya di luar dewan termasuk di perkarangan bangunan kerajaan negeri dan tidak berada di dalam dewan.

perkara itu turut mendapat perhatian ketua polis negara, tan sri musa hassan yang menyifatkan dakwaan dato ngeh satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

kes berkenaan sedang disiasat mengikut seksyen 4(1) a akta hasutan 1948.

end//

MEMO ISTANA PERAK

MEMO ISTANA PERAK


DALAM PERKEMBANGAN BERKAITAN; Satu memorandum akan dipersembahkan kepada sultan perak di istana kinta, esok .

Ia berkaitan cadangan menarik semula gelaran dato dan dato seri ke atas dua adun pembangkang, dato seri nizar jamaluddin dan dato ngeh koo ham.

Bagi Barisan Nasional , BN Perak dan pergerakan pemuda UMNO negeri, perbuatan yang ditunjukkan adun pakatan pembangkang itu ketika persidangan DUN Perak sama sekali tidak rasional.

ia ibarat tidak menghormati institusi diraja dan dewan yang mulia.

menurut pemuda umno perak, maslin sham, penyerahan memorandum itu akan turut disertai oleh pertubuhan bukan kerajaan n-g-o

dalam pada itu, tindakan adun kuala sepetang Tai Sing Ng bertindak agresif dan cuba mencederakan menteri besar datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa sidang DUN semalam juga dikutuk keras.

Ia juga termasuk kenyataan berunsur jahat oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang dilontarkan kepada pihak polis.

END//###

REMPUH BASIKAL

REMPUH BASIKAL

Sebuah basikal dirempuh kereta.

kejadian berlaku di jalan lahat, bukit merah dekat ipoh itu menyebabkan seorang warga emas berusia 81 tahun maut.

kira-kira pukul 9.50 pagi semalam dilaporkan Chee It Hwa, baru keluar dari satu simpang menuju ke jalan utama.

Chee kemudiannaya dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah Ipoh menghala ke Lahat.

mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan dan mayatnya di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab mengesahkan kejadian dan pemandu kereta tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan.

end//

TABUNG IBU TUNGGAL

TABUNG IBU TUNGGAL

ketika ini bantuan yang diberikan kepada ibu tunggal di perak dilihat masih relevan.

bagi membantu golongan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama daripada pelbagai pihak menyediakan khidmat kemahiran dan juga kewangan bagi ibu tunggal membela dan meningkatkan taraf hidup mereka .

geran pelancaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat j-k-m bagi projek jaya diri. kadar bantuan yang diberikan antara 2 ribu 700 ringgit bagi individu dan 10 ribu ringgit bagi berkelompok.

Bagi Ibu Tunggal miskin yang berumur lebih 60 tahun ke atas layak menerima bantuan sebanyak 300 ringgit sebulan.

Bantuan rumah antara seribu runggit dan dua ribu ringgit juga disediakan kepada mereka yang mempunyai tanggungan dan mendiami rumah usang yang perlu dibaiki.

perkara itu dijelaskan exco pembangunan, hal ehwal wanita dan kebajikan, dato hamidah osman ketika menjawab soalan lisan dari ADUN kubu gajah, DATO SERI raja ahmad zainuddin raja omar.

Dato seri raja ahmad zainuddin sebelum itu mencadang penubuhan tabung khas bagi membela nasib ibu tunggal ketika sidang dewan undangan negeri DUN perak berlangsung semalam.

end//

TERMINAL MAKANAN NEGARA

TERMINAL MAKANAN NEGARA

Kerajaan negeri Perak lebih giat dalam meningkatkan pendapatan rakyat di negeri ini.
Pembinaan Terminal Makanan Negara di Gopeng yang menelan belanja sebanyak 99.82 juta ringgit merupakan insiatif kerajaan negeri dalam memantapkan pembangunan ekonomi negara.

Terminal yang menempatkan 220 orang pemborong dengan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa turut di lengkapi dengan kemudahan stor,bilik sejuk dan khidmat sokongan perbankan.

Dalam pada itu juga,kemudahan peralatan moden serta mesra pelanggan membolehkan sistem pemborong lebih teratur dan bersistematik.

Pemangku Raja Perak,Raja Dr Nazrin Shah bertitah,Terminal Makanan Negara yang telah siap dibina ini di harapkan dapat diuruskan dengan baik melalui kaedah pengurusan moden dengan mengutamakan faktor-faktor kebersihan serta penyelenggaraan yang rapi

Di samping menambahkan sumber pendapatan, khususnya di kalangan masyarakat.

End//AimiDiyana

PEMBANGKANG KECOH

ADUN-PEMBANGKANG KECOH

Pakatan pembangkang bertindak keluar dari dewan atas alasan tidak berpuas hati dengan perjalanan dewan.

Kesemua 28 ADUN pembangkang yang berpakaian serba hitam .Kemudiannya mengadakan sidang media untuk menyatakan rasa tidak puas hati kerana speker dewan hanya memberi masa selama 48 minit untuk sesi soal jawab.

Sidang Dewan Negeri bagaimanapun diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang (Enakmen),Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak.