Thursday, April 1, 2010

POLIS SIASAT DUN

KP POLIS DUN

kehadiran polis semasa persidangan dewan undangan negeri DUN perak pada 30 dan 31 mac adalah untuk memastikan kelancaran persidangan.

namun, ia disalah tafsirkan oleh pemimpin pakatan pembangkang.

dalam satu kenyataan media, ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah berkata setakat ini, dua laporan polis diterima daripada orang awam.

ia berhubung dakwaan pengerusi d-a-p perak, dato ngeh koo ham, yang menyuarakan bantahan kehadiran polis sepanjang dewan bersidang.

ia termasuk kenyataan dato ngeh didalam akhbar iaitu seolah- olah
polis akan menembak sesiapa tidak disukainya semasa sidang dewan berlangsung.

jelas dato zulkifli lagi, pihak polis hanya ditugaskan menjaga keselamatan hanya di luar dewan termasuk di perkarangan bangunan kerajaan negeri dan tidak berada di dalam dewan.

perkara itu turut mendapat perhatian ketua polis negara, tan sri musa hassan yang menyifatkan dakwaan dato ngeh satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

kes berkenaan sedang disiasat mengikut seksyen 4(1) a akta hasutan 1948.

end//

No comments:

Post a Comment