Thursday, April 1, 2010

MEMO ISTANA PERAK

MEMO ISTANA PERAK


DALAM PERKEMBANGAN BERKAITAN; Satu memorandum akan dipersembahkan kepada sultan perak di istana kinta, esok .

Ia berkaitan cadangan menarik semula gelaran dato dan dato seri ke atas dua adun pembangkang, dato seri nizar jamaluddin dan dato ngeh koo ham.

Bagi Barisan Nasional , BN Perak dan pergerakan pemuda UMNO negeri, perbuatan yang ditunjukkan adun pakatan pembangkang itu ketika persidangan DUN Perak sama sekali tidak rasional.

ia ibarat tidak menghormati institusi diraja dan dewan yang mulia.

menurut pemuda umno perak, maslin sham, penyerahan memorandum itu akan turut disertai oleh pertubuhan bukan kerajaan n-g-o

dalam pada itu, tindakan adun kuala sepetang Tai Sing Ng bertindak agresif dan cuba mencederakan menteri besar datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa sidang DUN semalam juga dikutuk keras.

Ia juga termasuk kenyataan berunsur jahat oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang dilontarkan kepada pihak polis.

END//###

No comments:

Post a Comment