Tuesday, April 13, 2010

RASUAH

RASUAH
12/04/2010


Disebabkan 300 ringgit, seorang anggota polis berpangkat Sarjan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda 10 ribu ringgit.

Hakim di Mahkamah Seksyen ipoh, Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Megat Ahmad Jaafar 55 tahun bersalah menerima suapan daripada Rosli Bahrom yang dipercayai memiliki dadah pada julai 2005 di Ipoh.

Sementara itu, peguam tertuduh, Abdul Roni Ahmad mmohon hukuman itu ditanggung dan mahkamah membenarkan berbuat demikian.

Abdul Roni juga turut memohon mahkamah supaya mempertimbangkan hukuman yang setimpal memandangkan tertuduh telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai anggota polis.

Megat yang bertugas di Balai Polis Sitiawan dibenarkan ikat jamin 5 ribu ringgit dengan seorang penjamin.


End//aimidiyana

No comments:

Post a Comment