Saturday, April 17, 2010

PERKAHWINAN UDARA

PERKAHWINAN-UDARA


Pernahkah anda mengimpikan perkahwinan berkonsepkan di udara.
Bagi pasangan Mohamad Zulfadli Mohd Khalid 20 tahun dan Nur Syafinaz Asyirah Shahrizan 18 tahun perkahwinan yang tidak pernah diimpikan akhirnya menjadikan realiti.
Majlis perkahwinan yang diadakan pada hari ini di hadiri hampir seribu orang tetamu untuk menyaksikan sendiri perkahwianan yang menggunakan perkhidmatan helikopter.
Dengan menggunakan pesawat EC 120 B,Integrated Traning &Servis yang berpusat di Ipoh,pasangan di bawah terus ke Dewan Bandaran Teluk Intan untuk upacara persandingan dan makan beradap.
Menurut Ketua Pegawai FireFly yang merupakan bapa pengantin perempuan Encik Shahrizan Abd Rahman, majlis perkahwinan kali pertama ini adalah merupakan hadiah perkahwinan anak bongsu kesayangannya.
Sementara itu buat pasangan mempelai ini, cetusan idea dan ilham dari bapa mentuanya adalah sesuatu yang cukup luar biasa.
Ternyata persiapan selama 6 bulan ini berbaloi dan pastinya membawa memori indah buat mereka berdua.
End//aimidiyana

No comments:

Post a Comment