Wednesday, June 9, 2010

BAIDURI- DR MASHITAH

belum tentu dengan menghantar anak ke sekolah agama dapat menghindar gejala sosial negative berlaku.

sebaliknya, penyelesaian masalah itu harus ditangani bersama tidak kira samada keluarga mahupun masyarakat luar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan, masing-masing kelompok masyarakat berperanan dan mempunyai tanggungjawab sosial.

tiada istilah menunding jari dan mencari kesalahan orang lain dalam isu gelaja negative.

malah, mendidik anak-anak merupakan proses sepanjang hayat tanpa limitasi.

datuk dr mashitah mengulas perkara itu selepas menyampaikan ceramah pada forum agama bertajuk Kemelut Remaja: Peranan Keluarga dan Masyarakat.

turut diundang sebagai penceramah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

forum anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Perak, Baiduri ini disertai seribu orang termasuk Yang Dipertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

END//

No comments:

Post a Comment