Sunday, June 20, 2010

BELIA DAN PERTANIAN

Golongan belia disaran untuk menceburi diri dalam bidang pertanian negara.

Ini kerana penglibatan golongan belia mampu meningkatkan sumber pendapatan negara di samping memberi peluang pekerjaan.

Itu antara saranan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia Datuk Hamzah Zainudin.

Katanya,kini sudah tiba golongan belia melibatkan diri dalam bidang ini agar dapat bersaing dengan negara-negara luar.

Tambah beliau,menerusi teknologi moden pengeluaran hasil komoditi dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos pengeluaran.

Beliau berkata demikian di Batu Kurau.

Sektor perusahaan perladangan dan komoditi antara yang di tekankan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dalam RMK10 baru-baru ini.

END/NANA

No comments:

Post a Comment