Monday, June 14, 2010

TRADISI GOTONG ROYONG

‘Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing.’
Itulah senario yang dapat digambarkan bagi penduduk Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak yang mengamalkan aktiviti kampung secara bergotong-royong.
Hamidah Arshad 48 tahun ,seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak kini menerima bantuan dari pasukan RELA dan penduduk kampung untuk membaiki bumbung rumah yang semakin uzur.
Beliau yang tidak mempunyai pendapatan tetap hanya bergantung hidup dengan mengambil upah ketika musim menuai padi dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 3ratus ringgit.
Ternyata tradisi bergotong -royong ini masih releven untuk di amalkan pada masa kini.Aktiviti gotong-royong ini melibatkan 60 anggota RELA dan penduduk kampung.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kampung (JKK) Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak Encik Mokhtar Shahrudin aktiviti bergotong-royong ini akan terus menjadi tradisi kampung itu.
Beliau berkata demikian di Kampung Gajah
Dalam pada itu bagi Ketua Platun RELA Rancangan Tanah Belia Padi Seberang Perak Leftenen Isa Taib berkata kehadiran generasi muda dalam pasukan RELA merupakan pelapis di masa hadapan.
Turut hadri dalam aktiviti gotong –royong itu,Penyelaras Baiduri Parlimen Pasir Salak Datin Rohkiah Abdul Samad bagi menyampaikan sumbangan mewakili pihak Baiduri.
End//

No comments:

Post a Comment