Saturday, June 12, 2010

BUKU PENGALAMAN GAZA

Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia bersatu menentang pencabulan hak asasi kemanusiaan yang jelas dilakukan oleh Israel tanpa peri kemanusiaan ke atas rakyat Palestin.

Bagi sukarelawan yang menyertai Misi bantuan Gaza, Pengalaman melihat sendiri kekejaman zionis akan dibukukan agar menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia.

Hasrat itu dizahirkan Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, salah seorang Sukarelawan Misi Bantuan ke Gaza yang ditahan tentera Israel baru-baru ini.

Bercakap dalam slot khas, ‘Untuk Mu Palestin’ di Radio Malaysia Perak fm, Nizar berkata, beliau bersama-sama lima lagi sukarelawan yang ditahan dalam kapal Rachel Corrie bakal menerbitkan Buku untuk rakyat negara ini khususnya generasi muda.

Terbitan itu akan memperincikan peristiwa dalam tahanan tentera Zionis di Bumi Israel dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Upsound:
Q In: rugi jika sekiranya tidak direkodkan atau dibukukan

Q Out: dan insyallah kami akan berkumpul 6 orang dan akan buat catatan buku.

Super: Nizar Zakaria, Ahli parlimen Parit

Pengalaman beliau menyaksikan sekatan terbaru Israel ke atas beberapa kapal dalam misi kemanusiaan ke Gaza ditahan di perairan antarabangsa.

Walaupun kecewa kerana hasrat untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin tidak kesampaian, beliau tetap bersemangat untuk menyertai misi itu lagi dimasa akan datang.

End//

No comments:

Post a Comment