Wednesday, June 2, 2010

MISI GAZA

MISI GAZA 2.6.2010

Misi bantuan ke Gaza.

Setelah dikejutkan dengan berita serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara, negara berasa lega menerima berita bahawa kesemua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi itu selamat.

Perakfm berpeluang berhubung dengan ahli Parlimen Parit, Encik Nizar Zakaria; Ahmad Faizal Azumu dan Shamsul Akmar Musa Kamal menerusi perbualan telefon selama 10 minit hari ini.

Kapal yang dinaiki mereka Rachel Corri kini berada di perairan Mediterranean, 200 batu nautika dari perairan antarabangsa menuju ke Gaza.

Dalam perbualan telefonnya, Encik Nizar berkata misi itu akan diteruskan. Kejadian yang berlaku tidak akan mematahkan semangat mereka. Namun sekiranya terdapat tekanan berterusan daripada Israel, pasukan itu akan berpatah balik ke Cyprus.

Kapal itu disertai 20 anggota misi terdiri 5 dari Malaysia, 6 dari Sepanyol dan turut disertai mantan penolong setiausaha agung PBB.

Sementara itu satu majlis bacaan yasin dan doa selamat akan diadakan di Masjid Parit, Perak Tengah selepas maghrib malam ini.

end /ros

No comments:

Post a Comment