Thursday, February 4, 2010

CCTV
sebanyak 496 kamera litar tertutup akan dipasang oleh 25 pihak berkuasa tempatan p-b-t diseluruh Negara termasuk di Ipoh.

menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dato seri kong cho ha berkata selain p-b-t, penyelarasan c-c-t-v ini akan diletakkan di bawah pengawasan pihak polis serta dibantu pihak swasta.

Bermula januari lalu, tender pemasangan c-c-t-v ini telahpun dikeluarkan dan dijangka pemasangan sepenuhnya dapat dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Menurut dato seri kong lagi, dengan pemantauan c-c-t-v selama 24 jam, ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah tengah malam khususnya untuk menjadikan bandaraya selamat di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah khidamt cemerlang pertubuhan ikatan relawan rakyat 2009 di ipoh.

Dalam pada itu, sumbangan pasukan rela juga diperakui dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di Negara ini.

Pada majlis yang sama, sumbangan amal kepada orang-orang kurang upaya serta warga emas juga diadakan sempena sambutan tahun baru cina.

Hadir sama ke majlis ini, timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, senator heng seai kei.
End//baizura

No comments:

Post a Comment