Tuesday, February 2, 2010

DAKWA BAKAR

Empat lelaki dituduh atas tiga kesalahan berasingan iaitu dengan cubaan membakar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints, pada 10 Januari lalu di taiping.

Mereka yang ditahan Andidi Rosidi, Muhammad Azreen Rosli, Abdul Fattah Shaharuddin, dan Muhamad Ab. Wahab. Masing-masing antara 18 hingga 29 tahun.

Andidi didakwa melakukan kesalahan di SMK Convent manakala Muhammad Azreen didakwa melakukan kesalahan serupa di Gereja Katholik St Louis.

Tuduhan ke atas Abdul Fattah dan Muhamad adalah dengan melakukan khianat di Gereja All Saints.

kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh yang berasal dari kamunting dan tidak diwakili peguam.
Mahkamah majistret Taiping membenarkan mereka diikat jamin 30 ribu ringgit setiap seorang denganseorang penjamin.

Majistret Sharifah Izura Syed Mashor menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

End//baizura

No comments:

Post a Comment