Friday, February 12, 2010

GAJI PEKERJA ASING

SUBRAMANIAM

Tiada sebarang persetujuan yang dibuat oleh kerajaan dengan kerajaan luar berhubung gaji tetap terhadap perkerja asing.

Hal ini dinyatakan oleh menteri sumber manusia, dato dr s.subramaniam ketika diminta mengulas isu gaji pembantu rumah warga Indonesia.

pihak Indonesia pernah meminta gaji pembantu rumah warganegara itu ditetapkan sebanyak 800 ringgit. Namun dato dr subramaniam menjelaskan ia bergantung kepada majikan.

Dari segi penawaran gaji untuk setiap pekerja asing yang bekerja di negara ini tertakluk di bawah persetujuan majikan.

Dato dr subramaniam berkata demikian selepas majlis penyampaian mesin jahit kepada pelatih program kemahiran anjuran wanita M-IC bahagian lumut di sitiawan.

Program itu antara inisiatif kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah khususnya kaum wanita untuk meningkatkan hasil isi rumah.

End//baizura

No comments:

Post a Comment