Saturday, February 6, 2010

SETAHUN MB (SIRI 1)

SETAHUN MB (SIRI 1)

Pernah mengungkapkan kalimat “Menteri besar untuk semua”.

Dalam tempoh setahun menerajui pentadbiran negeri Perak, kata-kata itu telahpun melakar makna serta memberi gambaran jelas komitmen menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir apabila memikul amanah serta menunaikan janji-janjinya.


Biarpun dianggap berdepan dengan pentadbiran yang genting, namun cabaran dan dugaan senantiasa disahut dengan menekankan prinsip berkerja secara berpasukan.

Pentadbirannya berorientasikan tujuh keberhasilan utama dengan matlamat membentuk kualiti kehidupan yang aman dan berjaya.

Menerusi perak amanjaya ia direalisasikan dengan pelan pembangunan menyeluruh yang melangkaui tempoh jangka masa pendek.

Tanpa ada yang terlepas pandang, dato seri dr zambry sering memastikan segala perancangan dan pembangunan negeri memberi impak positif kepada rakyat.

Selain projek infrastruktur dengan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) serta pembinaan laluan jalan utama sekitar negeri, projek infostruktur turut menjadi agenda pembangunan dato seri dr zambry.

Melalui e-urusan yang diperkemaskan, kini, segala hal berkaitan hak milik tanah dapat diselesaikan dengan tempoh kurang dua jam sahaja.

Optimis dengan kesejahteraan rakyat, dato seri dr zambry terus menyusun gerak serta merencana idea khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan.

Yayasan Bina Upaya ditubuhkan bagi mengurangkan jurang antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.
Pembinaan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) disetiap daerah membantu rakyat miskin hidup dengan selesa pada kadar sewaan 100 ringgit.

Malah, konsep 3p yang ditekankan dianggap sebagai pemangkin menggerakkan jentera pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat.

Menyediakan peruntukkan khas untuk belia, orang asli, kaum sikh, India, dan cina, ia menunjukkan sinonimnya ungkapan menteri besar rakyat dengan dato seri dr zambry.

Malah nasib warga emas, orang kurang upaya, ibu dan bapa tunggal serta golongan miskin, skim tabaruk diperkenalkan demi membela nasib mereka. Untuk itu, empat juta ringgit disediakan kerajaan negeri.

Peka dengan pendidikan, perak satu-satunya negeri menyediakan peruntukkan khas atas kelahiran baru untuk 200 ringgit setiap orang demi memastikan generasi baru terpelihara pendidikan.

Walaupun pelbagai jolokan dan pandangan sinis dilemparkan kepada dato seri dr zambry, namun beliau terus mengorak langkah ke hadapan menjuarai rakyat, serta meneruskan agenda demi masyarakat.

Esok kita akan menyentuh politik dato seri dr zambry yang sememangnya menjadi bualan dan bahan arus media.

Adakah disebabkan itu, ia membantut perkembangan ekonomi di Perak?

Malah apakah pandangan dari kaca mata rakyat mengenai menteri besar rakyat ini.

End//

No comments:

Post a Comment