Tuesday, February 9, 2010

JPN MY KAD

JPN MY KAD

Jabatan pendaftaran negeri perak j-p-n mengharapkan agar orang ramai menuntut MY KAD dan MY KID yang kini menjadi longgokan di pejabat berkenaan.

Menurut pengarahnya, alias mamat, urusan penyerahan ini adalah diperingkat kedua iaitu tuntutan dokumen yang berada pada tempoh kurang daripada setahun.

Kegagalan orang ramai membuat tuntutan akan menyebabkan semua dokumen itu akan dilupuskan oleh pihak ibu pejabat.

Walau bagaimanpun, alias memberitahu, pasukan khas akan bergerak membantu mereka yang tidak mampu berurusan secara terus dengan pihak J-p-n khususnya golongan orang kurang upaya, warga emas dan orang asli di pedalaman.

Bagi memudahkan urusan, perkhidmatan kaunter bergerak juga dibuka. Bagi j-p-n cawangan ipoh kaunter dibuka tujuh hari pada waktu pejabat.
Sebarang tarikh penutupan kaunter akan dimaklumkan.

Dalam perkembangan lain, alias memberitahu pihaknya kini menerima kerjasama baik dari pasukan polis tempatan untuk pendaftaran MY KAD anggota polis bagi melayakkan menerima mereka menerima subsidi petrol mei depan.

sehingga kini hampir 3 ribu permohonan diterima dan segala urusan dijangka dapat diselesaikan pada bulan mac ini.

End//baizura

No comments:

Post a Comment