OPS SIKAP 21
Sejak 6 februari lalu, 25 saman dikeluarkan oleh pihak polis negeri Perak.
21 daripadanya membabitkan kesalahan memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan 4 saman lagi meletakkan kenderaan di susur keluar kawasn rehat dan rawat.
Menurut ketua polis negeri, dato zulkifli Abdullah, kesalahan ini tidak akan dikrompomi berikutan ia akan mengundang kemalangan yang dasyat kepada pengguna jalan raya yang lain.
Justeru melalui ops sikap 21 sempena tahun baru cina ini, anggota polis akan mengadakan pemantauan yang lebih rapi, bukan hanya di lebuh raya tetapi di jalan persekutuan juga.
8 lokasi di laluan lebuhraya utara selatan dikenalpasti menjadi kawasan kerap kemalangan dan anggota polis akan ditempatkan di situ untuk memantauan.
Manakala di laluan persekutuan, 14 lokasi menjadi pemerhatian.
Dato zulkifli berkata kepada pemberita sempena perhimpunan bulanan ketua polis negeri di Ibu pejabat kontijen i-p-k Ipoh.
Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya pemilik premis agar peka dengan keselamatan sepanjang cuti perayaan ini.
Tegasnya lagi, pemilik premis jangan ada sikap tidak ambil peduli terhadap alat penggera yang berbunyi.
End// baizura
No comments:
Post a Comment