SETAHUN MB (SIRI 2)
Mengimbau sejarah politik menteri besar ke 11, dato seri dr zambry abdul kadir, ia penuh liku dan onak.
Awal perkenalannya sebagai menteri besar sering mendapat tentangan dan kritikan, atas kekuatan senyuman dato seri dr zambry , ia mampu melemahkan kospirasi pembangkang.
“Tidak melayan” itu tindakan mudah yang diambil oleh beliau dalam berhadapan dengan karenah politik mainan pembangkang. Malah sikap keterbukaannya menerima pandangan demi kepentingan rakyat sering diberi ruang kepada semua pihak.
Biarpun berdepan dengan konfrantasi, namun ia tidak merencatkan pembangunan di negeri ini khususnya dari aspek pelaburan.
ia dapat dilihat melalui penjanjian MOU yang telah dibuat ketika lawatanya bersama Perdana Menteri ke Arab Saudi, Dubai dan India.
Antaranya dengan Samya Biotech, sebuah logi pembuatan farmasi yang melibatkan pelaburan hampir 100 juta ringgit dan terbaru sebuah syarikat pemprosesan minyak dari india menunjukkan minat melabur di perak dengan nilai pelaburan hampir 5 billion ringgit.
Semua usaha ini dijalankan atas initiative kerajaan negeri untuk menjadikan perak negeri berpendapatan tinggi.
penubuhan khas Institut Darul Ridzuan (IDR) selaku badan pemikir adalah bagi memperbaiki sosio-ekonomi rakyat dan pembangunan keseluruhan negeri Perak.
Senyuman dato seri dr zambry telah mengundang isu kepadanya, Walau apapun, di sebalik senyuman yang dilemparkan, ketegasan dato seri dr zambry terpampang jelas apabila soal keamanan dan perpaduan menjadi ugutan dan mainan.
Sungguhpun dalam setahun ini, pelbagai perkara yang berlaku di perak, namun beliau tidak melatah. hanya bertindak mengikut lunas undang-undang.
Walau apapun alasan berkaitan keharmonian negeri, dato seri dr zambry tidak sekali-kali berkompromi dalam hal itu.
Dalam menilai tapuk pentadbiran, Dato seri dr zambry meletakkan rakyat sebagai penilai dan secara tidak langsung menjadi pengukur kepada indeks prestasi utama, k-p-i.
segala amanah cuba dilaksanakan sebaik mungkin, namun dari kaca mata rakyat adakah tanggungjawab itu sempurna pada pandangan mereka?
End//
No comments:
Post a Comment