Friday, February 12, 2010

MB RUMAH TERBUKA

MB RUMAH TERBUKA
Buat pertama kalinya menteri besar perak mengadakan rumah terbuka sempena tahun baru cina pada hari ahad bermula pukul 1 himgga 3 petang di kediamannya.

Dato seri dr zambry abdul kadir berkata, ia sebagai menghargai rakyat dan meraikan sambutan itu dengan lebih mesra dan terbuka.

Walaupun anjurannya dianggap sederhana tetapi ia akan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa serta pertunjukan seni mempertahankan diri shaolin dan kung fu yang didatangkan khas dari China.

Dalam pada itu, dato seri Dr Zambry akan menyampaikan mesej sambutan danberharap orang ramai terutama penduduk sekitar Lembah Kinta mengambil peluang untuk menghadiri majlis berkenaan.

Beliau berkata demikian di kediamannya sempena majlis kesyukuran dan perhimpunan rakyat di ipoh, semalam.

Pada hari yang sama, rumah terbuka MCA Perak turut diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Yuk Choy ipoh.

Bagi sambutan peringkat negeri ia akan diadakan pada 21 februari di chenderiang, tapah.

End//

No comments:

Post a Comment