Wednesday, February 3, 2010

TANDAS SEWA

TANDAS SEWA

sewaan tandas awam milik majlis bandaraya ipoh, m-b-I kini dibuka kepada pengusaha yang berminat dan berpengalaman.


Terdapat dua pecahan lokasi yang dibuka dengan waktu tertentu. Bagi operasi bermula 5.30 pagi hingga 6.30 petang, tandas awamnya adalah di sekitar pasar iaitu di jelapang, pasir puteh, simpang pulai, ampang baru, jalan Patrick, tambun, taman canning, bukit merah dan falim.

Manakala tandas awam di medan selera dan dataran niaga ditetapkan operasinya dari pukul 6 pagi hingga 12 malam. Antaranya di medan selera greentown, taman meru, silibin, jalan hospital, tasek, taman pertama, taman perpaduan, gerai sungai tapah, pusat limau bali sam poh tong, dataran niaga aman S-P-P-K dan dataran niaga taman kledang, menglembu.

kadar sewaan ditetapkan 10 ringgit sebulan dan cagarannya sebanyak 30 ringgit.

pengusaha boleh mendapatkan borang permohonan dengan harga 2 ringgit di bahagaian pengurusan harta, jabatan penilaian dan pengurusan harta, tingkat 4, bangunan m-b-I pada waktu pejabat.


End//baizura

No comments:

Post a Comment