Sunday, January 31, 2010

UNIVERSITI BARU

UNIVERSITI BARU

Kerajaan negeri perak menerima satu lagi cadangan untuk membina sebuah kampus universiti yang melibatkan jalinan bersama pusat pengajian dari luar negara.

Menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, pihaknya telah menerima cadangan berserta pelan yang lengkap mengenai projek itu dan kini perkara itu dalam pertimbangan.


Tanpa mengumumkan kawasan pembinaannya, dato seri dr zambry menyatakan, pembinaan kampus tersebut memerlukan kawasan seluas 50 ekar sahaja dengan kos mencecah ratusan juta.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang UPSR dan PMR 2009 UMNO bahagian Lumut di manjung.

Dalam mempertingkatkan taraf pendidikan di negeri ini, kerajaan Perak telahpun meluluskan projek pembinaan universiti perubatan di sekitar gua tempurung. Malah penubuhan pasukan khas dibentuk bagi menaik taraf status kolej islam darul ridzuan kepada taraf kolej universiti.



End//BAIZURA

KALAH LAGI

Berita sukan!

Perlawanan bola sepak malam tadi menyaksikan pasukan Perak tewas lagi, 3-0 di tangan Johor F-C.

Gol pertama dijaringkan mohd khairul pada separuh masa pertama manakala dua gol lagi di separuh masa kedua yang dijaringkan oleh zulhisyam jamaluddin dan eddy helmi.

Ini juga merupakan perlawanan terakhir untuk pasukan perak untuk liga super t-m sebelum berhenti berehat hampir sebulan bagi memberi laluan perlawanan piala f-a akan bermula 2 februari ini.

Perlawanan 9 mac depan pula, perak bakal bertemu pulau pinang di stadium bandaraya, pulau pinang.

End//

Saturday, January 30, 2010

AZIZUL BASIKAL NIKAH

AZIZUL BASIKAL NIKAH

Jaguh lumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek U-C-I Klasik Beijing minggu lepas, selamat melangsungkan majlis pernikahannya semalam di taman meru height, ipoh.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa
11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya di Beijing.
pasangannya Athiah Ilyana abdul samat 24 tahun menerima Mas Kahwin berjumlah dua ribu ringgit dan wang hantaran 8 ribu ringgit.

terdahulu, majlis pertunangan turut diadakan.

Azizulhasni yang ditemui berkata beliau akan bertolak ke Melbourne, Australia pada minggu depan bagi meneruskan latihannya sebagai persediaan untuk Kejohanan Dunia di Denmark pada Mac ini.

end//

PADI ORGANIK

seluas 26 hektar kawasan jelapang padi Felcra Seberang Perak, kampong gajah akan menggunakan kaedah penanaman padi organic sepenuhnya melalui projek perintis Pakej Pengurusan Perosak Bersepadu I-P-M Lestari.

Pengerusi Felcra Berhad Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), konsep penanaman mesra alam itu dijangka mampu menghasilkan pendapatan bersih 4 ribu ringgit sehektar berbandaing seribu ringgit sebelum ini.

Kajian yang dijalankan mardi lebih setahun lalu di felcra seberang perak ini membuktikan, kaedah berkenaan telah Berjaya meningkatkan hasil padi kepada 5.9 metrik tan sehektar berbanding 3.9 metrik tan sebelumnya.

Dengan kaedah i-p-m ini, jaminan turut diberikan di mana kualiti tanah akan lebih subur dan berupaya menghasilkan pendapatan lumayan jika diurus secara bersistematik.
Felcra juga bercadang memperluaskan kaedah i-p-m ini di semua jelapang padi milik Felcra jika ianya berjaya.
End//

MB KESAL

Dalam perkembangan yang sama, menteri besar , dato seri dr zambry abdul kadir mengharapkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan pembinaan pencawang komunikasi yang dikatakan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Ia sememangnya satu lemparan fitnah yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau kesal, dalam usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi I-C-T serta kemudahan terkini untuk keselesaan rakyat, ada pihak yang cuba membantutkan usaha ini.

Dato seri dr zambry membuktikan, di Negara maju pelbagai alat komunikasi yang di pasang dan ia sama sekali tidak dibantah oleh penduduknya.

Dalam pada itu, melalui peruntukan 20 juta ringgit setahun yang disediakan kerajaan negeri bagi pembangunan ICT, sebanyak 64 buah P-J-K akan diwujudkan di Perak.

End//

SKMM SEMINAR

SKMM SEMINAR

Kononnya pencawang komunikasi akan mengancam kesihatan penduduk.
Justeru, dakwaan itu akan disanggah melalui satu seminar yang akan diadakan oleh suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (S-K-M-M) bagi menjelaskan isu tersebut.

Menurut Pengarah SKMM Wilayah Utara Mohd Hussin Ali, melalui seminar berkenaan, pemimpin masyarakat akan dimaklumkan tentang hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pihak berhubung pencawang komunikasi dan kesannya kepada kesihatan.

Perkara itu dijelaskan di majlis perasmian Pusat Jalur Lebar Komuniti (P-J-K) Pengkalan Hulu. hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Di majlis ini, lebih 50 pemimpin masyarakat Orang Asli berpeluang mengikuti siaran langsung ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan Digital Pekan 1Malaysia di Pekan, Pahang.

End//

Friday, January 29, 2010

AHLI MAJLIS

AHLI MAJLIS
Seramai 23 ahli majlis bandaraya Ipoh, m-b-i mengangkat sumpah pelantikkan untuk sesi 2010.

Mereka yang dilantik dari kalangan ahli politik dan wakil badan bukan kerajaan n-g-o yang memegang amanat berkenaan untuk tempoh enam bulan sehingga Jun depan.

Daripada 23 ahli majlis, tiga adalah muka baru iaitu ceylyn tan wei lung dari parti gerakkan dan dua lagi wakil n-g-o wong kooi fong dan liew see fan. Pelantikkan mereka bagi menggantikan tiga bekas ahli majlis yang meletakkan jawatan atas sebab komitmen kerja.

Turut mengangkat sumpah pelantikkan datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim. Acara ini disaksikan exco kerajaan negeri, dato dr mah hang soon.

Menyedari kadar jenayah kecil yang semakin meningkat, dato dr mah menyarankan, melalui komuniti ahli majlis, masalah itu patut ditangani bersama demi kesejateraan dan keharmonian Bandaraya seperti Bandar Ipoh.

Tindakan ini juga bagi memastikan setiap ahli majlis benar-benar komited dengan tugasnya sebagai agen perantara. Malah mereka ini dianggap mampu menjadi agen pengubah demi meningkatkan prestasi dan kemajuan Bandar.

End//baizura

HIPERTENSI

Semua rakyat di negara ini disarankan agar kerap membuat pemeriksaan tahap tekanan darah mereka.

Ia kerana, 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi atau darah tinggi.

Angka itu menunjukkan peningkatan 10 peratus berbanding 10 tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata berdasarkan kajian oleh ‘The National Health and Morbidity Survey’ yang dibuat 10 tahun sekali , mendapati peningkatan itu berlaku berikutan semakin ramai rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.

Mereka juga kurang peka dengan penjagaan kesihatan diri.

Jelas tan sri dr mohd ismail, hasil kajian itu turut menunjukkan hampir dua pertiga rakyat di negara ini yang menghidap hipertensi tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.

End//

JALAN TUTUP

Bermula petang ini, beberapa jalan utama sekitar Ipoh akan ditutup sementara bagi laluan kepada perarakan perayaan Thaipusam Sabtu esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, semua kenderaan yang datang dari arah Jalan Sungai Pari dilencongkan ke Jalan buntung dan melalui Jalan Gurdwara untuk ke pusat bandar.

Mereka yang datang dari arah Jalan Lahat dan Bulatan Medan Kidd dilencongkan ke Jalan Leong Boon Swee sehingga perarakan memasuki Jalan Sultan yusof,.
bagi kenderaan yang datang dari arah Bulatan Hospital akan dilencongkan ke Jalan Datuk Ahmad Said dan masuk ke Jalan Raja Ekram.

Jelas Azisman lagi semua kenderaan dilarang masuk ke Gunung Cheroh mulai 6 petang ini sehingga pukul 3 pagi pada hari Ahad.

Kenderaan yang melalui Medan Istana akan dilencongkan ke susur Jalan Raja Musa Aziz untuk pergi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jalan Kuala Kangsar, manakala semua kenderaan dari Jalan Kuala Kangsar dan Bangunan Pejabat Tanah Galian pula akan dilencongkan ke Jalan Istana untuk ke pusat bandar.

End//

Thursday, January 28, 2010

BAIDURI KESIHATAN

Usahasama perkongsian pintar antara pertubuhan badan bukan kerajaan n-g-o dengan pusat kesihatan antara idea yang mampu menggerakkan kempen kesihatan dalam kalangan masyarakat.

bagi badan amal isteri-isteri ahli dewan undangan negeri perak BAIDURI, jalinan bersama hospital pantai putri, ipoh secara tidak langsung dapat mencapai maltamat dan sasaran sebagai pertubuhan amal untuk berbakti kepada rakyat.

Pengerusi BAIDURI datin seri saripah zulkifli menyifatkan kempen kesedaran mengenai kesihatan antara elemen penting yang perlu diterapkan kepada masyarakat demi memiliki kehidupan yang sejahtera.

Justeru, melalui siri program kesihatan BAIDURI bersama badan hospital Ipoh, kempen ini akan dipanjangkan usahanya ke seluruh negeri Perak terutamanya masyarakat di pedalaman.

Datin seri saripah berkata demikian di majlis program kesihatan Baiduri bersama hospital ipoh di kediaman menteri besar, Ipoh.

Hadir sama menyokong program ini menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industry, dato mukhriz Mahathir.

End//baizura

TANAH RIZAB

TANAH RIZAB
Unit perancangan ekonomi negeri, UPEN perak akan membanci semula kawasan penempatan di tanah rizab keretapi Kuala sepetang- Taiping.

Ia susulan persetujuan kerajaan persekutuan menyerahkan tanah rizab itu kepada kerajaan negeri Perak, semalam.

Menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, kerajaan negeri akan mengambil lagi beberapa langkah seterusnya bagi menguruskan tanah berkenaan.

Ia termasuk memplotkan tanah, meningkatkan prasarana serta melihat bentuk proses penyerahan tanah itu kepada kerajaan negeri.

Kemungkinan juga hak milik tanah akan diberikan kepada penduduk di situ sekiranya tanah tersebut tidak lagi digazetkan sebagai laluan keretapi.

Kerajaan Perak memperuntukkan 38 juta ringgit bagi memiliki tanah rizab seluas 76 hektar itu yang kini menempatkan lebih 300 penduduk rumah setinggan.

Dengan penyerahan itu, kerajaan negeri secara langsung mengotakan janji kepada penduduk di situ untuk memiliki tanah tersebut yang telah dibuat semasa kempen pilihan raya perlimen bukit gantang april lalu.

Dato seri dr zambry berkata demikian di majlis perasmian dewan greentown, jalan hospital ipoh.

End//baizura

Wednesday, January 27, 2010

RUMAH-MISKIN

Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) yang dijalankan oleh kerajaan negeri Perak bertujuan membantu orang termiskin mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.

Exco Kerajaan Negeri, Dato Hamidah Osman berkata projek ini dibina hasil usahasama Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah yang berbentuk transit iaitu pusat pemindahan sementara rakyat miskin.

program sebegini telah dijalankan di 4 buah daerah seluruh Perak dan dengan jumlah pemohon 200 orang. Keutamaan akan diberikan kepada ibu tunggal yang tidak bekerja, orang kurang upaya dan warga tua.

Setiap tahun kerajaan akan menyemak semula kelayakan calon yang sudah tinggal dipenempatan ini untuk memastikan samaada mereka masih layak atau tidak untuk menetap disini.

Dato hamidah ditemui selepas melawat tapak projek PPMS di Simpang Pulai.


End/hakimie

Tuesday, January 26, 2010

NOTIS BEKU

NOTIS BEKU
Pengeluaran notis majlis pembandaran ipoh m-b-i ke atas empat pengusaha kasut di, lahad Perak akan dibekukan buat masa ini.

Perkara itu dibuat oleh ecxo kerajaan negeri, dato dr mah hang soon selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kasut di kawasan tersebut.

Notis dikeluarkan atas sebab aduan yang diterima oleh m-b-i daripada masyarakat sekeliling terhadap pengoperasian industry tersebut yang berada dalam kawasan kediaman . jadi ia menyebabkan timbul ketidakselesaan penduduk.

Terdapat seratus pengusaha kasut disini itu dua peratus daripadanya adalah pengilang dan selebihnya kepada pengusahaan dari rumah.

Justeru, cadang dato dr mah, pihaknya akan mengeluarkan lesen untuk mengikhtiraf pengusahaan kasut di kawasan itu. Ia kerana, industry kasut di kawasan ini telah menjadi sumber pendapatan utama masyarakat.

Tambahan pula, ia diusahakan lebih setengah abad lalu.

Dalam pada itu, tindakan bersemuka serta berdialog dengan pengusaha terbabit akan dibuat bersama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara itu.
Walau apapun, kerajaan negeri akan memastikan penyelesaian kepada masalah ini akan diberi perhatian yang serius dengan menjanjikan situasi menang-menang dapat dicapai.

End//baizura

Saturday, January 23, 2010

RUKUN TERTANGGA

Khidmat rukun tertangga dalam menjaga keselamatan persekitaran dianggap memberi kesan.

Justeru, Menteri di jabatan perdana menteri, dato t.murigiah berkata, pihaknya kini mengarahkan semua rukun tertangga membuat pemantauan khususnya di rumah-rumah ibadat.

Tindakan itu berhubung ancaman dan serangan yang kerap berlaku berikutan salah faham berkaitan isu-isu sensitive yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian di Ipoh.

Dalam perkembangan lain, dato murugiah menyatakan keyakinan beliau terhadap keputusan mahkamah akan memihak kepadanya berhubung konflik dalaman parti progresif rakyat, P-p-p.

Pada 1 mac ini, dua permohonan akan diperdengarkan di mahkamah tinggi. Antaranya berkaitan kedudukan presiden p-p-p yang sah.

Selepas mahkamah membuat keputusan pada tarikh tersebut, mana-mana rayuan tidak lagi diterima.

End//baizura

YAYASAN BANTUAN GUAMAN

YAYASAN BANTUAN GUAMAN

Yayasan bantuan guaman ditubuhkan bagi membantu mereka yang dituduh atas kesalahan jenayah kecil untuk mendapatkan wakil peguam.

Menurut menteri di jabatan perdana menteri, dato seri nazri aziz, statistic menunjukkan 80 peratus yang dituduh di mahkamah tidak mampu mendapatkan khidmat pembelaan.

Cadangan penubuhan oleh majlis peguam itu, kini dibincangkan. Ia termasuk permohonan peruntukkan 5 juta ringgit ke atas yayasan berkenaan.

Tambah Dato seri nazri, perkara ini turut dipersetujui oleh Perdana menteri.

Perkara itu dinyatakn di majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kawasan parlimen padang rengas, kuala kangsar.

Dalam pada itu, dato seri nazri turut mengumumkan penukaran nama biro bantuan guaman kepada jabatan bantuan guaman. Ia ditukar bagi memperluaskan lagi perkhidmatan unit berkenaan untuk rakyat.

Secara rasminya, pertukaran itu dibuat 16 januari lalu.

End// baizura

OPS SAYANG

OPS SAYANG

Dalam “Ops Sayang”, jabatan imigresen lumut berjaya menahan 14 wanita warga China atas kesalahan menyalahgunaan pas lawatan.

Juga ditahan seorang wanita yang baru sahaja dibebaskan kerana kesalahan yang sama.

Menurut Ketua Imigresen Lumut, Zaidi Dali kesemua mereka dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan di premis hiburan.

Penahanan dibuat di sebuah kedai makan di Sitiawan. menyedari kehadiran pihak berkuasa kesemua wanita terbabit cuba melarikan diri.

kesemua mereka kini ditahan 14 hari mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 untuk tindakan lanjut

Serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang ramai dan intipan selama seminggu oleh jabatan imigresen.

End//

Friday, January 22, 2010

JANUARI IPU

JANUARI IPU

kadar pencemaran udara di Perak pada awal tahun 2010 ini mencatatkan tahap keadaan yang sederhana iaitu bacaan i-p-u antara 36 hingga 65.

Paras tertinggi bacaan yang dicatatkan adalah pagi semalam dengan bacaan 65. rekod berkenaan diperoleh dari kawasan taiping.

Negeri Perak mempunyai lima kawasan yang terpilih untuk merekodkan kadar IPU iaitu dua di Ipoh, Jalan Tasek dan S K Jalan Pegoh. Tiga yang lain masing-masing di Taiping, Manjung dan Tanjung Malim.

Laporan dicatatkan sebanyak tiga kali sehari, bacaan pertama direkod pada pukul 7 pagi, seterusnya pukul 11 pagi dan rekod terakhir dicatatkan pada pukul 5 petang.

Secara keseluruhan, i-p-u di seluruh negara berada pada kualiti yang baik dan bersih.

Peratusan bacaan i-p-u tahap bersih dengan tahap sederhana masing-masing pada kadar 50 peratus untuk tahun ini.

Sumber laporan diperoleh melalui laman sesawang rasmi, kementerian sumber asli dan persekitaran.


End//ezza

BOMBA-MAJLIS

5 buah jentera penyelamat baru akan diserahkan kepada Balai Bomba Gopeng sempena Majlis Perbarisan Tahunan 2010 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak.

Majlis yang akan diadakan pada 26 Januari itu akan melibatkan ke semua 28 balai bomba dari pelbagai unit.

Ia berlansung di Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan akan dirasmikan oleh Pengarah JBPM Negeri Perak , Tuan Haji Mohd Din Md Rajad.

Pelbagai acara telah dirancang sebagai pengisian majlis tahunan itu, antaranya penyampaian sijil penghargaan kepada orang awam yag terlibat membantu mangsa tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang.

Diharapkan dengan penganjuran majlis seperti ini akan meningkatkan lagi motivasi kakitangan bomba selaras dengan motonya sedia menyelamat.

END

SILVERFLY IPOH-PHUKET

SILVERFLY IPOH-PHUKET

Bermula pertengahan Februari depan, syarikat penerbangan tambang murah Silverfly akan memulakan operasi penerbangan terus dari Ipoh ke Phuket.

Penerbangan laluan dijadual dua kali seminggu pada setiap Rabu dan Sabtu.

Selain Phuket, Silverfly turut mengenalpasti beberapa lagi lokasi untuk dikomersialkan.

Penerbangan langsung lain yang dirancang dimulakan April itu, antaranya melibatkan laluan Ipoh-Johor, Ipoh-Kota Baharu dan Ipoh-Langkawi.

Harapan pemilik Silverfly, Ruby Hashim, dengan adanya kemudahan infrastuktur yang disediakan, bidang sosio ekonomi antara bandar dapat dimajukan dan dipromosikan khususnya dalam mengenali negeri Perak.

Semalam, Silverfly, memulakan sesi penerbangan pesawat barunya dari Ipoh ke Medan.

Mulai September lalu, penerbangan Ipoh-Medan dibuka tiga kali seminggu pada Ahad, Selasa dan Khamis.

End//baizura

TLDM KAPAL

Tentera Laut Diraja Malaysia, T-L-D-M telah mengemukakan cadangan perolehan lima buah kapal bantuan pelbagaiguna, M-S-S kepada Kementerian Pertahanan.

Ia bagi menggantikan kapal K-D Sri Inderapura yang terbakar oktober tahun lalu.

Panglima T-L-D-M, Tan Sri Abdul Aziz Jaffar berkata, perolehan kapal M-S-S dapat memperkuatkan armada T-L-D-M dan bantuan logistik untuk sebarang misi dan operasi di seluruh negara.

Antaranya untuk mengangkut anggota, misi bantuan kemanusiaan dan tugas pengaman.

Walau bagaimanapun, T-L-D-M menyedari kemampuan kewangan negara dan menantikan keputusan kerajaan mengenainya.

Tan Sri Abdul Aziz berkata demikian pada selepas majlis pelucutan tauliah K-D Sri Inderapura dan Kapal Tunda Diraja, S-T-D Sotong di Lumut.

keupayaan T-L-D-M terjejas dengan pelucutan tauliah K-D Sri Inderapura yang telah berkhidmat dalam pelbagai misi dan operasi sepanjang tempoh 14 tahun perkhidmatan.

end###

Thursday, January 21, 2010

AMARAN LKIM

AMARAN LKIM

55 ribu nelayan yang menerima elaun sara hidup 200 ringgit sebulan akan dipantau jika tidak turun menangkap ikan di laut.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengerusinya Datuk Abdul Rahim Ismail berkata walaupun hanya tiga ke lima peratus yang terlibat, namun perkara itu akan menjejaskan usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan miskin.

buat permulaan, nelayan yang terlibat akan diberikan amaran dan selepas itu nama mereka akan senarai hitamkan, sebelum kad nelayan, kad e-diesel serta kad e-petrol dibatalkan.

Sejak September lalu, nelayan yang layak telah berdaftar sebagai penerima elaun tersebut untuk memastikan masalah kemiskinan di Negara ini dapat diatasi.

Datuk Abdul Rahim menyatakan perkara itu selepas majlis pelancaran Ladang Ikan Di Laut (LIDL) LKIM Perak di perairan Pulau Tukun Terendak, Lumut.

End//baizura

TANGKAPAN VS TERBUNUH

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 an bagi siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang lumpuh separuh badan.

Mangsa s.kanavathy, 53 tahun yang tinggal di kawasan setinggan kampung datuk ahmad said tambahan 2, jelapang ditemui mati dalam sebuah tokong, petang kelmarin.

Dalam hal lain, pihak polis menerima laporan kemalangan melibatkan motosikal dengan sebuah treler di simpang empat jalan ipoh-gopeng semalam.

dua wanita yang menunggang motosikal terbunuh ditempat kejadian.

Mayat nirmala Krishnan 36 tahun berasal dari Bidor dan seorang lagi, vasathi Krishnan, 24 tahun dari Kuala Lumpur dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

End//baizura

KAMPAR-KES CURI

KAMPAR TANGKAP

Penahanan tiga lelaki menyebabkan kes kehilangan barangan elektrik dan perkakas rumah di sekitar Taman Kampar Perdana, kampar sejak Jun lalu berjaya dileraikan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata intipan selama dua minggu itu berjaya menemui 44 jenis barangan elektrik dan peralatan rumah termasuk computer, mesin basuh dan peti sejuk yang bernilai lebih 10 ribu ringgit.

Turut ditemui pelbagai jenis senjata yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah.

Menurut Supritendan Abdul Aziz lagi, modus operandi yang dijalankan adalah menggunakan lori yang disewa untuk mengangkut barang.

Kesemua ditahan berusia antara 19 hingga 43 tahun. suspek akan dihadapkan ke mahkamah kampar hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun.

Namun, pihak polis masih mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai ahli kumpulan tersebut.

dengan tertangkapnya suspek berkenaan polis telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini.

End//baizura

INDERAPURA TUDUHAN

INDERAPURA TUDUHAN

Bekas pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera, Lumut 25 Januari ini berhubung kejadian kes kebakaran kapal logistik terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 8 Oktober lalu.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pegawai memerintah itu akan menghadapi dua pertuduhan dan boleh melantik peguam untuk membela dirinya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut berhubung kebakaran kapal berkenaan masih diteruskan dan jika didapati ada pihak lain yang perlu bertanggungjawab, TLDM bersedia untuk membawa mereka ke mahkamah.

Tan Sri Abdul Aziz berkata demikian selepas majlis perlucutan tauliah KD sri Inderapura dan KD Sotong di Lumut.

KD sri inderapura telah berkhidmat dengan TLDM selama 14 tahun dan pernah berbakti dalam operasi menyelamat kapal MISC yang ditawan di somalia.

Selain itu, ia turut terlibat dengan operasi melindungi kapal dagangan Malaysia di teluk aden.

Pelucutan KD sotong pula diadakan kerana faktor usianya selain untuk mengurangkan perbelanjaan operasi yang semakin meningkat dan tidak lagi mempunyai kepentingan terhadap pengoperasian TLDM.

End//baizura##

PERANAN KERAJAAN NEGERI

KERAJAAN NEGERI

Kerajaan negeri memainkan peranan utama dalam usaha merancakkan ekonomi.

Demikian yang dinyatakan oleh timbalan menteri perdagangan luar negeri, dato lee chee leong.

Pihak persekutuan hanya terlibat secara tidak langsung iaitu dengan membuka ruang hubungan dagangan.

dengan menyediakan infrastuktur yang lengkap, ia juga dapat memberi faedah kepada pelbagai pihak untuk memberi keselesaan dalam perkhidmatan.

Di perak, laluan keretapi berkembar, Ipoh –Kuala Lumpur yang akan beroperasi april ini antara kelebihan yang boleh dijana oleh kerajaan negeri untuk menarik pelabur dan meningkatkan ekonomi pelancongan.

Tambah dato lee, kepandaian mencari peluang dan disertai dengan startegik yang efisen, galakkan mempelopori ekonomi yang mantap mampu dikecapi bagi man-mana negeri.

Beliau berkata demikian di Ipoh.

End//baizura

Wednesday, January 20, 2010

KLUANG MAN

KLUANG MAN

Sesuai dengan pengishtiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti atau Malaysia Inovatif 2010.

Animasi Kluang Man siri kedua merupakan satu lagi usaha ke arah mengaplikasikan bidang inovasi dan kretiviti serta multimedia di Negara ini.

menggunakan teknologi terbuka atau open soure 3D sepenuhnya, ia menghasilkan produk animasi yang kualiti tinggi.


Hasil inisiatif antara kPerak dengan Aspati Studios itu untuk menghidupkan semula watak hero tempatan telah membuka peluang khususnya kepada pelajar yang ingin meneroki bidang multimedia kreatif ini.

Menurut ketua eksekutif KPerak, dato yaacob nordin seramai 16 orang pelajar latihan industri yang terlibat dalam pembikinan produksi ini yang dilihat mempunyai potensi yang cemerlang.

Siri terbaru keluang man ini disiapkan dalam tempoh dua bulan dan mengandungi 52 episod. Setiap episode menelan kos hampir 20 ribu ringgit.

Ia akan ditayang pada pertengahan tahun ini di Radio Televisyen Malaysia r-t-m.

End//baizura

PELABURAN PERAK 2009

PELABURAN PERAK

sepanjang februari hingga September lalu, kerajaan negeri Perak berjaya mencapai nilai pelaburan 11.6 billion ringgit.

Ia meningkat lebih lima kali ganda berbanding tahun 2008 sebanyak 2.5 billion ringgit sahaja.

Exco pelaburan, industri dan pembangunan usahawan, dato hamidah osman berkata, pelaburan berjumlah 11 billion ringgit merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri menarik pelabur.

Selebihnya inisiatif kerajaan pusat.antara industri dikenal pasti penyumbang pelaburan berkenaan ialah sime darby, projek air bawah tanah, bio farmaseutikal dan solar panel.

Dalam pada itu, dato hamidah berkata, dengan penubuhan pusat sehenti atau O-s-c ia antara pendekatan yang menjadi pelengkap ke atas pencapaian ini.

Menurut beliau lagi, kejayaan ini juga merupakan hasil kerjasama semua kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat.

Dato hamidah di temui di ipoh.

End//baizura

Tuesday, January 19, 2010

SPM KELIRU

SPM KELIRU

Masih ada pihak yang keliru mengenai pelaksanaan dasar mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia s-p-m.

Di perak khususnya di sekitar daerah kinta, kekeliruan berkenaan wujud dalam kalangan ibu bapa dan pihak sekolah.

hal itu bagaimanapun, mendapat perhatian penasihat menteri besar Perak, datuk veerasingam, apabila menerima aduan berkenaan.

berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan kementerian pelajaran Malaysia, Datuk veerasingam menjelaskan dasar berkenaan yang dipersetujui oleh jemaah menteri pada disember 2009 lalu, telah menyenaraikan 10 matapelajaran kekal termasuk subjek teras untuk calon s-p-m.

namun, penambahan matapelajaran boleh dibuat dengan tambahan maksimum hanya dua subjek sahaja. Subjek tersebut hendaklah mengikut senarai yang ditetapkan kementerian.

Oleh itu, calon hanya layak mengambil 12 matapelajaran sahaja untuk menduduki peperiksaan s-p-m yang berkuatkuasan bagi sesi tahun 2010.


End// baizura

MIC IT

MIC IT

Dengan penggunaan laman sesawang seperti Facebook dan Myspace, ia dapat meningkatkan hubungan interaksi pelbagai pihak.

Justeru, MIC Perak menggunakan pendekatan ini untuk mendekati golongan muda.

Menyedari kepentingan teknologi maklumat i-t kepada para belia, pengerusi MIC perak Datuk S. Veerasingam berkata usaha berkenaan dibuat bagi memperoleh maklumat semasa.

Selain itu hubungan maya ini dapat menyelami masalah dan meninjau aktiviti para belia di negeri ini.

Hasilnya, kritikan dan maklum balas yang diperolehi akan dikumpul dan MIC akan membantu menyuarakannya kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Tambah datuk Veerasingam lagi, pendekatan melalui internet itu dijalankan serentak
dengan peningkatan program dan aktiviti social.

Ia dijalankan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

End.//

ROCK MELON

Gerik akan dijadikan lokasi pertanian khususnya menerusi penghasilan buah tembikal wangi atau “rock melon”.

Dengan pengemblengan tenaga belia dan kerjasama penubuhan perladang kawasan p-p-k, industri ini mampu menjanjikan keuntungan yang tinggi kepada masyarakat di sini, khususnya di luar Bandar.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan k-p-d-n-k-k, dato tan lian hoe turut memperakui buah rock melon ini mempunyai pasarannya yang tersendiri.

untuk sekilogram buah tembikai wangi boleh dijual pada harga 8 ringgit. Berat setiap buah adalah antara sekilo hingga dua kilogram.

Jelas dato tan lagi, pengusahaan ini akan dikembangkan ke peringkat kampung dengan slogan satu kampung, satu rock melon.

Beliau ditemui di majlis perasmian menuai rock melon di gerik.

selain tembikal wangi, penumpuan terhadap tanaman rossell juga diberi perhatian. Pihak p-p-k Gerik telahpun menerima 10 ribu ringgit peruntukkan bagi pertanian ini.

Dato tan yang juga Ahli parlimen gerik, berkata faktor kedudukan kawasan yang menjadi laluan utama menghubungkan negeri di pantai timur dengan barat semenanjung antara pelengkap untuk merancakkan aktiviti perniagaan di sini.

End//baizura

MIC IT

MIC IT

Dengan penggunaan laman sesawang seperti Facebook dan Myspace, ia dapat meningkatkan hubungan interaksi pelbagai pihak.

Justeru, MIC Perak menggunakan pendekatan ini untuk mendekati golongan muda.

Menyedari kepentingan teknologi maklumat i-t kepada para belia, pengerusi MIC perak Datuk S. Veerasingam berkata usaha berkenaan dibuat bagi memperoleh maklumat semasa.

Selain itu hubungan maya ini dapat menyelami masalah dan meninjau aktiviti para belia di negeri ini.

Hasilnya, kritikan dan maklum balas yang diperolehi akan dikumpul dan MIC akan membantu menyuarakannya kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Tambah datuk Veerasingam lagi, pendekatan melalui internet itu dijalankan serentak
dengan peningkatan program dan aktiviti social.

Ia dijalankan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

End.//

JAMINAN BEKALAN

JAMINAN BEKALAN

Bekalan cukup dan tiada kenaikkan harga barangan ketika menjelangnya tahun baru cina februari depan.

Jaminan itu diberikan oleh timbalan menteri perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan k-p-d-n-k-k, dato tan lian hoe.

Tegasnya, tiada kompromi, jika peniaga bertindak dalam hal menyorok barang dan menaikkan harga barang secara berlebihan.

Justeru, k-p-d-n-k-k akan mengadakan pemantauan berterusan dari masa ke masa di setiap premis perniagaan termasuk di kedai runcit.

Dato tan lian hoe berkata demikian di Gerik.

Mengulas mengenai aktiviti pengedar cetak rompak, dato tan lian hoe berkata, kementeriannya akan mengemukaan pindaan akta hakcipta pada persidangan dewan mac depan.

Pindaan itu turut mengambil kira hal berkaitan penggunaan sistem muat turun yang kini mudah diakses oleh masyarakat.

End//baizura

Monday, January 18, 2010

PRESTASI IPK

PRESTASI IPK

Sepanjang tahun lalu jabatan siasatan jenayah narkotik kontinjen perak berjaya dalam tangkapannya untuk membanteras jenayah dadah.

antara tangkapan kes adalah melibatkan bekalan dadah,dan permintaan dadah.

Sebanyak 845 tangkapan dibuat bagi kes melibatkan bekalan dadah. Iaitu meningkat 26.9 peratus berbanding tahun 2008.

Turut mencapai sasaran adalah tangkapan melibatkan permintaan dadah iaitu meningkat seribu 675 tangkapan kepada 9 ribu 23 orang.

Dalam pada itu, di bawah seksyen 3(1) Akta dadah merbahaya 1985, pihak polis berjaya mencapai sasaran 13 peratus tangkapan pada tahun lalu iaitu sebanyak 113 orang.

Menurut timbalan ketua polis perak, dato zakaria yusof, antara jenis dadah yang dirampas adalah jenis heroin,ganja, ecstasy, psikotropik dan erimin.

END//EZZA

DADAH TUMPAS

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak meramps 2.7 kilogram dadah jenis heroin di utara negeri itu, semalam.

Seorang lelaki berbangsa serani turut ditahan dalam operasi yang dilakukan kira-kira pukul 2.15 petang.

Timbalan ketua polis perak, dato zakaria yusof berkata, suspek berusia 43 tahun itu sebelum ini mempunyai satu rekod kesalahan lampau dan dikenakan hukuman di bawah seksyen 6 (1) akta bahan-bahan hakisan dan letupan .

Pihak polis berjaya menemui dadah tersebut di bahagian belakang tempat duduk kereta.

Suspek merupakan antara sindiket dadah yang dihendaki polis direman selama seminggu bermula hari ini.

Suspek ditahan dibawah Seksyen 39 A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

END//BAIZURA##

SEMAKAN PEMILIH

SEMAKAN PEMILIH

orang ramai kini, boleh membuat semakan senarai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi di empat losi terpilih sekitar perak.

Ia bagi mereka yang mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2009.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adli Abdullah berkata selain di Pejabat Pilihan Raya Negeri, semakan juga boleh dibuat di Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan Pejabat Daerah Pameran. Ia dibuka dari 20 hingga 26 Januari pada waktu pejabat.


Dalam pada itu, Pejabat Pilihan Raya Negeri membuka talian kepada mereka yang ingin mendapatkan keterangan. talian tersebut ialah 05-249 4113, atau 05-249 4120 atau 05-249 4121.

End//baizura

MY ID MUDAH

My ID

760 perkhidmatan kaunter urusan kerajaan dapat dipermudahkan dengan penggunaan My-I-D.

orang ramai hanya perlu memberikan nombor My Kad atau kad pengenalan sebagai nombor tunggal untuk pelbagai urusan.

Penggunaan My ID ini dapat meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam selain memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan.

Bagi anggota tentera dan polis , mereka boleh berurusan dengan menggunakan nombor khidmat masing-masing.

Bagaimanapun bagi perkhidmatan yang melibatkan aspek keselamatan atau melibatkan ancaman kepada negara; mekanisme semakan peringkat kedua akan diwujudkan bagi mengesahkan identiti pelanggan.

end//

MINGGU SATU DENGGI

MINGGU SATU DENGGI

Laporan dari 3 hingga 9 Januari 2010, menunjukkan kes demam denggi di Perak meningkat sembilan peratus berbanding minggu sebelumnya.

Hal itu menjadikan Perak antara lapan buah negeri yang mencatatkan peningkatan kes denggi yang berjumlah 940 kes.

Dalam pada itu, dua kematian dilaporkan yang berlaku di selangor dan kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, jumlah kes demam denggu terkumpul di Perak untuk minggu pertama tahun 2010 ini berjumlah 23 kes. Ia meningkat 2 kes jika dibanding dengan minggu pertama tahun 2009.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah kesihatan Malaysia, tan sri dr mohd ismail merican berkata, peningkatan kes denggi pada awal tahun ini perlu dipandang serius oleh masyarakat. Langkah pencegahan melalui menghapuskan tempat pembiakan Aedes perlu ditangani.

dengan meluangkan 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan persekitaran ia dapat mengurangkan jangkitan dan kematian akibat demam denggi.


End//ezza

KESEPAKATAN

BEBAN KERAJAAN

bukan hanya kerajaan sahaja perlu diletakkan beban membangunkan sekolah.

Namun, keperhatian semua organisasi termasuk ibu bapa amat diperlukan khususnya dari aspek penambahbaikkan infrasturktur sekolah dan peruntukkan.

Timbalan menteri pelajaran, datuk dr wee ka siong menjelaskan, modul kesepakatan dan bergotong-royong antara pendekatan yang sangat wajar dilaksanakan.

Perhatian dan bantuan daripada sektor swasta juga dialu-alukan. Secara langsung ia dapat mengurangkan pelbagai masalah seperti pihak sekolah terpaksa menunggu giliran untuk menerima peruntukkan kerajaan.

datuk dr wee ka siong ditemui di majlis pecah tanah pembinaan bangunan baru s-j-k-c Yeong, Jendarata, Hutang Melintang.

Selain menerima peruntukkan kerajaan,sekolah ini turut menerima sumber peruntukkan daripada pihak swasta.

Pembinaan bangunan 2 tingkat ini mampu menyediakan 20 bilik darjah dengan kos melebihi 300 ribu ringgit.

Dalam perkembangan lain, datuk IR dr wee ka siong menyahut baik saranan kempen menggalakkan bukan bumiputra menyertai Angkatan Tentera Malaysia a-t-m khususnya dalam kalangan masyarakat cina.

End//baizura

Saturday, January 16, 2010

BEG PLASTIK

BEG PLASTIK

Kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan beg plastik untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin menjelaskan, jika kempen dilaksanakan secara meluas, penggunaan beg plastik dapat dikurangkan. Malah bahan alternative juga boleh menggantikannya

pertambahan bahan buangan khususnya sisa pepejal setiap tahun menyebabkan keperluan mendesak untuk program kitar semula dijalankan secara intensif.

Justeru datuk seri lajim mengharapkan kempen yang dianjurkan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat.

pada masa yang sama dapat menjimatkan kos untuk melupus serta membuka kawasan baru untuk melupus bahan buangan.

Kajian menunjukkan, menjelang tahun 2020 jumlah sisa pepejal akan mencecah 30,000 tan sehari dan ini perlu dikurang demi kepentingan alam sekitar.

End//baizura

HAK UNDANG-UNDANG

HAK UNDANG-UNDANG

Biar undang-undang yang tentukan isu penggunaan kalimah ALLAH, kerana perkara itu telahpun di bawa ke peringkat mahkamah.

Bagi ketua penerangan pemuda UMNO, dato seri reezal merican naina merican, pihaknya menganggap hal itu tidak perlu diberi liputan yang meluas. Cukup sekadar memberi ruang kepada pihak terlibat menyelesaikannya.

Namun pada mereka yang bertindak melampau dan cuba membatasi undang-undang, tindakan tegas haruslah diambil sewajarnya.


dato seri reezal merican berkata demikian selepas majlis penutupan wacan politik anjuran biro penerangan pergerakkan pemuda umno bahagian ipoh barat di ipoh.

Dengan adanya ruang sebegini, pemuda umno dapat menggerakkan revolusi mental dan fizikal dalam kalangan ahli.

Sejajar dengan itu, program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, boleh diaplikasikan dengan baik melalui langkah awal ini yang merencanakan pelbagai perkara untuk menyentuh jiwa rakyat.

End//baizura

PENGEDAR GULA

PENGEDAR GULA

Penstrukturan rangkaian pengedaran gula akan berkuatkuasa pada tahun ini. Ia bagi mengatasi masalah bekalan gula yang dikatakan kurang di pasaran.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, k-p-n-k-k dato tan lian hoe berkata, lantikan pengedar gula di sesebuah kawasan membolehkan kos pengangkutan dikurangkan.

beliau turut menegaskan, tindakan menarik lesen akan dibuat bagi pengedar yang menyorok gula dan tindakan mempembaharui lesen juga tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, kesedaran pengguna mengenai kuasa pengguna amat penting dalam mengawal bekalan dan harga gula.

Melalui talian hotline 1 800886 800 dan e-aduan kpdnkk, pengguna boleh membuat sebarang laporan atau aduan. Mereka juga boleh mengunjungi mana-mana pejabat negeri bagi tujuan berkenaan.

Dato tan lian hoe ditemui dalam sesi pemantauan bekalan gula di pasaran di Kuala kangsar, Perak.

Setakat ini, k-p-d-n-k-k memberi jaminan bahawa bekalan gula mencukupi sehingga tahun baru cina. Dan harga gula juga tidak akan dinaikkan.


End//baizura

Friday, January 15, 2010

ZAHID PLKN

[[PLKN ZAHID]]


Usaha memupuk interaksi dan kesepaduan pelbagai kaum memakan masa.

Namun di Program Latihan Khidmat Negara P-L-K-N, perkara ini dapat di capai.

Siri ke tujuh P-L-K-N 2010 dilihat mampu merealisasikan matlamat mengukuhkan perpaduan.

Dengan komposisi 60 peratus bumiputra, 28 peratus bangsa Cina, 10 peratus India dan 2 peratus kaum lain, ia merupakan nadi mewujudkan persefahaman dan saling menghormati.

Menteri pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, dalam P-L-K-N, kepelbagaian ini mampu membentuk masyarakat bersatu padu.


Bagaimanapun katanya, tindakan susulan daripada semua organisasi termasuk pemimpin masyarakat amat perlu agar keberkesanan latihan yang diterapkan benar-benar memberi impak positif.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid merasmikan P-L-K-N siri 7 / 2010 di Kem Desa Rimba, Kuala Kangsar.

Seramai 30 ribu 900 pelatih mengikuti P-L-K-N di 79 buah kem seluruh negara.

Pada tahun ini seribu 916 permohonan diterima daripada mereka yang berminat mengikuti program ini.

END//BAIZURA##

[[NAZRIN TAULIAH]]

Seramai 231 orang menerima pentauliahan sebagai pegawai masjid untuk daerah kuala kangsar.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis pentauliahan itu di Ipoh.

Sebelum ini, baginda pernah bertitah dalam hal organisasi, nilai budaya pengurusan haruslah bersandarkan kepada sifat amal makruf- nahi mungkar.

Titahnya, Tugas yang dilaksanakan adalah amal, ia satu tuntutan fardhu kifayah dan satu perkhidmatan yang berupaya memenuhi keperluan dan membawa kegembiraan kepada ummah.

di majlis pentauliahan ini, jabatan agama islam perak JAIP turut menerima wang zakat daripada tiga syarikat iaitu Korakan sdn bhd, GPB corporation sdn bhd dan D-S-I bumi sdn bhd.

Ia disampaikan oleh wakil, syed abu hussin syed abdul fasel dengan jumlah 388 ribu 699 ringgit.

Turut hadir, setiausaha kerajaan negeri Datuk Dr. Rahman Hashim dan pengarah agama islam negeri perak, Datuk Mohamah nor mansor al Hafiz.

End//baizura##

Thursday, January 14, 2010

TITAH RAJA MUDA

NAZRIN JUJUR

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak MAIAMP diarahkan membuat analisis lengkap tahap pencapaian tahun 2009 secara jujur untuk menerima hakikat kelemahan yang berlaku sepanjang tahun lalu.

sikap melindungi kesalahan dan kesilapan tidak harus berlaku kerana ia akan memberikan petanda salah seterusnya menggalakkan berlakunya kesalahan dan kesilapan yang lebih besar.

Perkara itu dititahkan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, berikutan beberapa insiden berkaitan isu agama yang kini dijadikan bahan kontroversi.

Titah baginda, perkara-perkara berunsur kontroversi tidak harus dipandang kecil malah hendaklah dipadamkan segera di peringkat awal daripada dibiarkan merebak.

Bagaimanapun, kesedaran individu dan masyarakat itu sendiri amat penting terutama dari aspek hormat menghormati antara agama.

Sewajarnya sifat persefahaman itu perlu diterapkan agar persengketaan dapat dielakkan dan sekaligus perpaduan terpelihara.

Raja dr nazrin bertitah semasa majlis perasmian persidangan ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di ipoh.

END//BAIZURA

PNB-AS1M

Skim Amanah saham satu Malaysia menawarkan ruang dan peluang pelaburan terbaik kepada segenap lapisan masyarakat.

Apatah lagi, ia adalah produk yang boleh diyakini kerana menggunakan surat jaminan kerajaan Malaysia sebagai penanda aras.

Menurut ketua eksekutif pebadanan nasional berhad PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, PNB sentiasa memastikan setiap produk yang dikeluarkan mempunyai nilai terbaik terutamanya dalam memberi ganjaran kepada pelabur.

Beliau ditemubual secara eksklusif oleh RTM perak di Perak FM.

Dengan nilai pelaburan minimum 100 ringgit, setakat ini pemegang unit amanah saham satu Malaysia telah mencecah 237 ribu 404.

83 peratus kuota kaum cina telah dibeli.

Manakala, bagi unit bumiputera hanya 6 peratus sahaja telah dilanggan dan untuk unit kuota kaum India dijual sebanyak sepuluh peratus.

Tan sri hamad kama piah sebelum itu melancarkan promosi amanah saham satu Malaysia peringkat negeri perak.

Melalui promosi yang sedang dijalankan ini, seramai 19 ribu pemegang unit baru telah berdaftar di tiga lokasi iaitu di kelantan, kedah dan johor baharu.

End//baizura

PERAK AS 1 MALAYSIA

Perak menduduki tangga ke 5 dalam pelaburan amanah saham satu malaysia dengan jumlah jualan melebihi 229 unit.

Dalam jangka masa 6 bulan pertama itu seramai 22 ,021 pemegang unit telah berdaftar.

Menurut ketua pegawai eksekutif pebadanan nasional berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Bin Che Othaman melalui skim amanah saham satu Malaysia ini, bumiputera mahupun bukan bumiputera masih boleh melabur.

Hal ini kerana, skim berkenaan menawarkan dana bernilai 10 billion unit. 50 peratus ditawarkan kepada bumiputra, 30 peratus untuk kaum Cina, 15 peratus kaum India dan selebihnya lain-lain.

Tan Sri Hamad Kama Piah berkata demikian dalam pelancaran promosi Amanah Saham 1 Malaysia peringkat negeri Perak di Ipoh.

Pelancaran ini bertujuan memberi ruang kepada orang ramai memahami disamping berinteraksi secara terus dengan piahk P-n-b mengenai perkara yang berkaitan.

Ia juga dijadikan sebagai satu pendekatan yang digembleng PNB untuk menarik minat golongan pelbagai peringkat umur minat dalam bidang pelaburan.

End//EZZA

Wednesday, January 13, 2010

MBI LIMA BINTANG

MBI 5 STAR

Pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mensasarkan "lima bintang" dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata antara langkah yang diambil adalah memastikan semua proses kerja MBI didokumenkan bagi memudahkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) membuat semakan.

Dalam usaha memantapkan pengurusan majlis, setiap kekosongan jawatan telah diisi secara berperingkat.

Selain itu, fokus melatih akan diberikan kepada pekerja MBI untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam pelbagai bidang.


Dalam perkembangan lain, Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (Permai) akan turut bekerjasama untuk memberikan idea dan cadangan demi memajukan bandar raya Ipoh.

End//

JUDI TUMPAS IPD KAMPAR

JUDI TUMPAS

pasukan polis ibu pejabat daerah i-p-d kampar, berjaya merampas 18 buah computer dan wang tunai 2ribu 877 ringgit dalam serbuan sebuah permis kedai.

Serbuan dibuat apabila premis berkenaan melakukan kegiatan perjudian haram menggunakan computer.

Menurut ketua polisnya supertenden abdul aziz salleh, premis seakan-akan seperti siber kafe itu dipercayai beroperasi secara haram hampir dua minggu sebelum serbuan dibuat pada 4 januari lalu.

Operasi pertama kali dibuat ini turut mendapat bantuan daripada unit pakar mesin judi.

Semasa serbuan, polis berjaya menahan enam lelaki berusia awal 20 an yang sedang mengakses pengisian judi berkenaan.

penjaga premis berusia 40 tahun turut ditangkap dan kini dituduh di mahkamah majistret kampar di bawah skesyen 4b (a) akta rumah judi terbuka 1953.

sabit kesalahan boleh didenda maksimum 100 ribu ringgit dan penjara tidak lebih lima tahun bagi setiap mesin yang beroperasi.

End//baizura

Tuesday, January 12, 2010

BADAN ORANG ASLI

ORANG ASLI ZAMBRY

Masyarakat orang asli akan terlibat sama dalam pembangunan di Perak melalui penubuhan jawatankuasa penasihat pembangunan orang asli perak darul ridzuan.

Perkara ini bagi memastikan golongan minority itu tidak tercicir menikmati pembangunan seterusnya menerima hak yang sepatutnya.


Menjelaskan perkara itu, menteri besar Perak, Dato seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, semua pegawai kerajaan akan terlibat sama dalam usaha ini seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat tanah dan Galian, jabatan pelajaran dan jabatan hal ehwal orang asli.

Turut terlibat sama, wakil daripada setiap suku kaum orang asli.

penubuhan badan ini akan memberi fokus kepada perkara-perkara utama seperti hal tanah, pelajaran, infrastruktur serta kesihatan untuk dilaksanakan dan diselesaikan dengan lebih komprehensif.

Tegas Dato seri Dr Zambry, pembangunan yang efektif adalah pembangunan yang tidak mengenepikan mana-mana pihak.

Perak merupakan penempatan orang asli kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah penghuninya seramai 54 ribu 416 orang.

END//baizura

SEKOLAH SEORANG PELAJAR

SEKOLAH SG TIMAH


pada tahun ini, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Timah menerima enam orang pelajar berbanding sebelumnya iaitu hanya seorang sahaja.
Ini disebabkan kemasukan beberapa keluarga India ke ladang sungai Timah baru-baru ini.

Walaupun mempunyai bilangan pelajar yang kurang, namun sekolah berkenaan tetap mempunyai fasiliti dan kemudahan belajar yang di sediakan untuk seratus orang.

SRJKT Ladang Sungai Timah yang terletak 20 KiloMeter dari Teluk Intan, dikhuatiri tutup pada tahun ini berikutan ketiadaan murid yang berdaftar.

kini, bekas pelajar sekolah itu, K.Uma sedang belajar di sekolah menengah.


End//

BOLA TAJAAN

BOLA RAJA AHMAD

Berita sukan!!

Isu penajaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penajaan antara elemen penting demi membangunkan industri bola sepak Negara.

Persatuan bola sepak Malaysia, FAM juga perlu memilih penaja untuk memastikan pulangan dan ganjaran yang diterima adalah berbaloi.

Menurut ahli jawatankuasa FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, tawaran tajaan yang lumayan dilihat sebagai adat dalam industri bola sepak.

Beliau berkata dalam soal ini terpulang kepada FAM untuk memilih tajan penyiar yang boleh memberi keselesaan kepada FAM.

Datuk Seri Raja Ahmad turut mengingatkan kepada pengadil bola sepak malaysia yang mengalami masalah agar mengemukakan laporan secara bertulis dan bukannya secara terbuka kerana perbuatan itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Katanya, pendekatan yang dibuat oleh seketariat pengadilan menyediakan satu direktori pengadilan yang ada di negara ini untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

Setakat ini, cuma ada statistik sahaja termasuk pengadil-pengadil Fifa.

End//hasif

PENDAFTARAN ISTIMEWA PUO

POLITEKNIK ISTIMEWA

Lebih 2 ribu pelajar baru mendaftar diri untuk sesi pengajian Januari 2010 di Politeknik Ungku Omar P-U-O di Ipoh hari ini. Pendaftaran kali ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya pendaftaran dilakukan secara online.

Lebih 30 jurusan bertaraf Diploma dan Sijil ditawarkan pada sesi pengajian kali ini.

Turut mendaftar kali ini ialah lapan pelajar golongan istimewa, pekak dan bisu.

Menurut Penyelaras Pendidikan Khas, Puan Low Gaik See, pihaknya menyediakan tempat untuk golongan itu meneruskan pengajian mereka di situ sejak tahun 2002. Sehingga kini kesemua pelajar terbabit lulus dengan cemerlang, malahan ada yang terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian di situ.

Walau bagaimanapun kekurangan yang ada pada diri mereka, namun mereka tetao menyatakan kesungguhan untuk berjaya.

Menurut ketua pengarah P-u-o, mohamad jayus bunasir, politeknik di sini mempunyai kuota pengambilan pelajar kurang upaya o-k-u dengan bilangan yang tertentu pada setiap tahun.

Tambahan pula, p-u-o ini turut menyediakan kemudahan untuk pelajar berkenaan.


End//

Saturday, January 9, 2010

UP DATE BAS TERBAKAR

UPDATE BAS TERBAKAR

Susulan kejadian, empat buah bas terbakar di stesen medan Kidd pagi tadi, ia dipercayai akibat perbuatan khianat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata siasatan masih dijalankan dan kini menunggu laporan daripada forensik

menurut, seorang pengawal keselamatan stesen medan kidd, Yeo Sin Hock, beliau ternampak sebuah lori memecut keluar dari kawasan berkenaan semasa api sedang marak.

Dalam kebakaran itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiga daripada bas yang musnah itu milik Syarikat Reliance Omnibus Company Sdn Bhd dan sebuah lagi kepunyaan Kinta Omnibus Sdn Bhd.

Pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat perkara itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan.

End//baizura

BAS TERBAKAR

BAS TERBAKAR


Di Ipoh, empat buah bas henti-henti terbakar di stesen bas Medan Kidd sekitar pukul 3.30 pagi tadi.

Bagaimanapun kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sejurus dilaporkan mengenai kejadian itu, dua pasukan bomba daripada balai bomba Ipoh dengan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurut ketua pegawai operasinya, Ahmad Razaini Saad berkata, kerja memadam kebakaran berjalan dengan baik berikutan tiada sebarang masalah untuk mendapatkan bekalan air.

Dan kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 20 minit.

Kebakaran membabitkan dua pemilik syarikat bas yang berlainan.

Menurut salah seorang pengurus syarikat berkenaan, Marzuki Mansor, bas terakhir yang beroperasi adalah pada pukul 7.30 malam semalam.

Sebuah daripada bas tersebut, merupakan pengangkutan awam bagi laluan ke Ipoh-Kuala Kangsar.

Sehingga kini, punca kebakaran masih disiasat.

Walau bagaimanapun, stesen bas Medan Kidd ini masih beroperasi seperti biasa

end//baizura##

Friday, January 8, 2010

BUNUH AHLI PERNIAGAAN

BUNUH-AHLI PERNIAGAAN

Kes pembunuhan perunding perniagaan di Ipoh.

Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh mangsa dengan menggunakan besi pengunci kereta pada Hari Krismas lepas.

Loh Yoon Fatt, 38 tahun dari Pasir Pinji dituduh membunuh Lam Siew Kong, 59 tahun di tempat letak kereta Restoran Overseas, Jalan Sultan Abdul Halim pada pukul 9.20 malam, 25 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izalina Rajaai di hadapan Majistret Shahwira Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Dr Naran Singh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Shahwira kemudiannya menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia berhubung kes terbabit.

End///

BANTAHAN

BANTAHAN-HERALD KATOLIK


Bantahan berterusan umat islam terhadap penggunaan kalimah ALLAH dalam Majalah Herald Catholic.

Di masjid Negeri Ipoh, hasrat beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi tidak kesampaian setelah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, mereka menyertai solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat.
Di Berinchang Cameron Highlands pula, 300 umat islam turut mengadakan bantahan dengan melaungkan takbir sambil mengingatkan pihak tertentu tidak mencabar tolenrasi Islam.
Bantahan itu disertai oleh Badan Amal Kebajikan dan pendidikan Melayu dan juga penduduk sekitar Cameron Highlands.
End///

BANTUAN SEKOLAH

HAMDI BANTUAN

Di Beruas, Perak, serami 347 murid tahun satu daripada 10 buah sekolah diberi sumbangan berbentuk peralatan persekolahan. Walaupun hanya menerima beg sekolah, sikap menghargainya jelas dapat dilihat melalui wajah yang ceria.

Inisiatif ahli dewan undangan negeri adun, dato hamdi abu bakar ini, sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa menampung keperluan persekolahan anak-anak mereka.

Tambahan pula, ia melibatkan bantuan kepada masyarakat di luar Bandar yang mempunyai hasil pendapatan yang terhad.

Usaha sebegini juga turut dialu-alukan oleh pihak sekolah.

Antara sekolah yang menerima bantuan ini ialah sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan tamil pengkalan baharu, s-j-k-c Yin Win bagan Panchor, s-k pantai remis , s-k ladang huntly dan s-k segari.

Sememangnya usaha sebegini menjadi teras kerajaan ke arah membasmi kemiskinan. Dalam pada itu, sumbangan yang disampaikan juga diberi tanpa mengambil kira sempadan budaya, fahaman dan agama.

Dengan itu penerapan dasar kerajaan satu Malaysia jelas dapat direalisasikan melalui pendekatan ini.


End// BAIZURA

OPERASI D7

OPERASI D7


17 warga asing ditahan dalam satu serbuan terhadap sebuah premis hiburan di Ipoh awal pagi tadi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 rakyat China dan 7 warga Thailand.

Operasi oleh 17 anggota Unit D7 Bukit Aman itu bermula dari pukul 11 malam hingga awal pagi tadi.

Menurut Superitenden Maszely Minhad yang mengetuai operasi itu, tingkat atas pusat operasi itu kosong semasa serbuan dibuat.

Bagaimanapun hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis menemui laluan rahsia yang menempatkan 17 wanita rakyat asing di dalam sebuah bilik.

Hasil siasatan, 2 warga China tiada dokumen perjalanan manakala seorang rakyat Thailand tiada pasport.

Kesemua yang ditahan berusia antara 20 ke 31 tahun.

Turut ditahan seorang wanita Cina rakyat tempatan berumur 48 tahun, dipercayai ibu ayam.

Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

End///Hasif Awang Idris

Thursday, January 7, 2010

DATUK MATI

DATUK MATI

Semalam, orang awam menemui seorang mayat di dalam sebuah kereta di Jalan C. M. Yusof , Ipoh .

Mangsa berkenaan dipercayai seorang ahli perniagaan berusia 75 tahun yang bergelar Datuk.

Menurut ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias mangsa yang dikenali sebagai Datuk Ting Liong itu bersamanya turut dijumpai sepucuk pistol.

mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

ahli perniagaan berkenaan memiliki lesen senjata yang sah dan beliau dilaporkan sering membawa pistol ketika berada di luar rumah.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya yang tinggal di Taman Canning, Ipoh.

End//

MISI UTP

MISI UTP

misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi si Padang, Indonesia pada tahun lalu masih diteruskan.

Enam penuntut dan dua kakitangan UniversitiTeknologi Petronas (UTP) akan memulakan misi empat hari ini bermula 16 januari.

Menurut Pengarah misi tersebut, Muhammad Akram Ismail antara bantuan yang akan
Disampaikan berbentuk kewangan, barangan keperluan harian, dan pakaian

anggota misi juga akan menyertai kerja-kerja pembinaan semula infrastruktur yang telah musnah teruk terutamanya rumah kediaman.

Selain kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Unit Sokongan Kolej Kediaman (RCSU), badan sukarela Indonesia juga akan turut sama dalam usaha memberi bantuan ini.


END//

POLIS SAMSENG

S -POLIS-SAMSENG


Polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap ibu bapa atau penjaga remaja bawah 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah pihaknya akan segera memanggil dan meminta ibu bapa berkenaan agar mengambil langkah-langkah sewajarnya terhadap anak mereka termasuk memberi amaran keras kepada anak-anak itu.

Hakikatnya usaha menangani gejala samseng jalanan dengan penguatkuasaan undang-undang tidak akan berkesan tanpa kerjasama ibu bapa.

Bercakap di majlis perhimpunan bulanan jabatannya di Ipoh, Datuk Zulkifli berkata kes tersebut mencatatkan peningkatan di Perak pada tahun lepas dengan penangkapan sebanyak 59 orang berbanding 30 orang pada tahun 2008.

Dalam perkembangan lain, Datuk Zulkifli berkata peningkatan kualiti perkhidmatan akan dapat mengurangkan jumlah aduan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.

Sebagai contoh, sebanyak 361 aduan diterima tahun 2008 tetapi pada tahun lepas hanya 293 aduan dicatatkan, turun sebanyak 19 peratus.

Siasatan salah laku dan pelanggaran tatatertib anggota polis juga menurun lebih 19 peratus.

Konsep Stop Walk and Talk (SWAT) yang diperkenalkan sejak bulan lepas juga diharap akan dapat mengurangkan lagi kadar jenayah di bandar raya Ipoh.

##

Wednesday, January 6, 2010

MB KPI

ZAMBRY KPI

Menjelang tahun 2010, kerajaan negeri Perak akan menggunapakai pendekatan pengurusan berorientasikan keberhasilan sebagai teras kualiti pembangunan..

Ia sekaligus akan mempengaruhi petunjuk prestasi utama K-P-I.

Menurut menteri besarnya, dato seri dr zambry abdul kadir, elemen kecekapan dan kepantasan dalam pentadbiran antara perkara yang diberi penekanan yang serius, ia termasuk segala urusan yang bermula di peringkat bawahan lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan telahpun memperkenalkan dasar 14 hari bagi semua jabatan dan agensi kerajaan bertindak memberi maklum balas kepada rakyat bagi segala urusan yang dibuat.

Dalam usaha meningkat kualiti perkhidmatan, semua pihak sama ada di peringkat kampung sehingga pemimpin kerajaan perlu bekerjasama dan bersatu.

Dato seri dr zambry ditemui selepas mengadakan mesyuarat ecxo di Ipoh.

Ditanya mengenai isu saman 200 juta terhadap akhbar suara keadilan berhubung fitnah keterlaluan yang dilaporkan ke atasnya, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menyerahkan kepada peguam.

End//baizura

LAPORAN POLIS RAJA PETRA

RAJA PETRA- LAPORAN POLIS

Pelbagai pihak MASIH kesal dengan artikel yang ditulis oleh pengendali blog, Raja Petra Raja Kamaruddin.

Artikel yang menghina Raja-Raja Melayu itu disiarkan dalam Malaysia Today pada 19 Disember tahun lalu.

Di Perak, beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO tampil membuat laporan polis berikutan artikel berkenaan yang mempunyai unsur provokasi.

bersama Ketua Umum Suara Anak Muda Perak Redzuan Nasir

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh ini turut dihadiri kira-kira 50 orang ahli pertubuhan itu.

end/rosmawati

Monday, January 4, 2010

KALIMAH

KAMI KALIMAH

20 pertubuhan islam di Perak yang mewakili 20 ribu ahli menyatakan pendirian tegas agar isu berkenaan diambil serius kerana padahnya mungkin menyebabkan keruncingan perpaduan di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua kesatuan anak-anak muda Islam Perak KAMI Azhari Abu
berkata, demi menjaga dan membela kesucian agama Islam, perjuangan bersama adalah nadi penting.

tambahnya lagi perkara ini perlu ditangani dengan bijak dan segera kerana ia berkaitan dengan aqidah umat islam.

dalam pada itu, KAMI menyenaraikan tujuh memorandum bantahan antaranya hak mutlak dan kedaulatan raja-raja melayu dalam agama islam tercabar, pemikiran dan pemahaman anak-anak muda melayu akan terganggu serta cubaan memecah belahkan umat islam di negara ini.

memorandum tersebut juga akan diserahkan kepada Sultan Perak, sultan azlan shah.

antara yang menyertai majlis bantahan ini ialh gerakkan belia 4B, persatuan kelab sukan melayu perak dan kelab IPTA dan IPTS Perak.

end//baizura

DAFTAR TAHUN SATU

RAGAM TAHUN SATU

Di Perak, seramai 43 ribu murid tahun satu dan 16 ribu 836 murid pra sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sebanyak seribu 537 kelas tahun satu dan 732 buah kelas pra sekolah yang dibuka.

Tinjauan di sekolah sekitar Bandaraya Ipoh mendapati pembelajaran dan pengajaran telahpun bermula pada hari pertama ini.

Di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh, murid tahun satu turut didedahkan dengan pendidikan di luar kelas bagi meningkatkan disiplin diri disamping diajar berdikari.

Guru besarnya, Hajah Faridah Ahmad Rashidi berkata bilangan murid baru yang berdaftar di sekolah berkenaan, meningkat kepada 132 orang.

Manakala 66 murid berdaftar untuk prasekolah.

Ramai ibubapa yang mengambil kesempatan mengambil cuti khusus hari ini untuk menghantar anak-anak mereka yang mendaftar pada hari pertama persekolahan.

Dengan usia seawal lima tahun, mereka didedahkan kepada alam persekolahan, namun, ia tidak menjadi masalah kepada murid tahun satu untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Tangisan dan rengekkan murid tahun satu tidak lagi menjadi satu senario kini, namun sebaliknya bertukar dengan rasa semangat dan ceria untuk bersekolah.

END//BAIZURA

HUSNI TINDAKAN

HUSNI TINDAKAN

Negara perlu bertindak selari dengan perubahan situasi global khususnya dari aspek ekonomi agar sasaran status Negara berpendapatan tinggi dapat dicapai.

Menteri kewangan kedua, Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, faktor kecekapan dan usaha melonjakkan sektor berpotensi tinggi seperti pelancongan dan teknologi maklumat perlu dimantapkan.

Katanya lagi, walaupun Negara menyasarkan unjuran ekonomi positif pada tahun ini, namun ia bukan bermakna rakyat boleh terus berada dalam keadaan selesa tanpa berusaha.

Dato Seri Ahmad Husni ditemui di majlis Titian Kasih Sejambak Budi 2009 anjuran Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang negeri Perak di Ipoh.

beliau yang juga ahli Parlimen tambun turut mengumumkan peruntukkan sebanyak 30 ribu ringgit untuk persatuan berkenaan.

End//baizura##