Tuesday, January 26, 2010

NOTIS BEKU

NOTIS BEKU
Pengeluaran notis majlis pembandaran ipoh m-b-i ke atas empat pengusaha kasut di, lahad Perak akan dibekukan buat masa ini.

Perkara itu dibuat oleh ecxo kerajaan negeri, dato dr mah hang soon selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kasut di kawasan tersebut.

Notis dikeluarkan atas sebab aduan yang diterima oleh m-b-i daripada masyarakat sekeliling terhadap pengoperasian industry tersebut yang berada dalam kawasan kediaman . jadi ia menyebabkan timbul ketidakselesaan penduduk.

Terdapat seratus pengusaha kasut disini itu dua peratus daripadanya adalah pengilang dan selebihnya kepada pengusahaan dari rumah.

Justeru, cadang dato dr mah, pihaknya akan mengeluarkan lesen untuk mengikhtiraf pengusahaan kasut di kawasan itu. Ia kerana, industry kasut di kawasan ini telah menjadi sumber pendapatan utama masyarakat.

Tambahan pula, ia diusahakan lebih setengah abad lalu.

Dalam pada itu, tindakan bersemuka serta berdialog dengan pengusaha terbabit akan dibuat bersama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara itu.
Walau apapun, kerajaan negeri akan memastikan penyelesaian kepada masalah ini akan diberi perhatian yang serius dengan menjanjikan situasi menang-menang dapat dicapai.

End//baizura

No comments:

Post a Comment