Semua rakyat di negara ini disarankan agar kerap membuat pemeriksaan tahap tekanan darah mereka.
Ia kerana, 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi atau darah tinggi.
Angka itu menunjukkan peningkatan 10 peratus berbanding 10 tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata berdasarkan kajian oleh ‘The National Health and Morbidity Survey’ yang dibuat 10 tahun sekali , mendapati peningkatan itu berlaku berikutan semakin ramai rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.
Mereka juga kurang peka dengan penjagaan kesihatan diri.
Jelas tan sri dr mohd ismail, hasil kajian itu turut menunjukkan hampir dua pertiga rakyat di negara ini yang menghidap hipertensi tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.
End//
No comments:
Post a Comment