Friday, January 22, 2010

JANUARI IPU

JANUARI IPU

kadar pencemaran udara di Perak pada awal tahun 2010 ini mencatatkan tahap keadaan yang sederhana iaitu bacaan i-p-u antara 36 hingga 65.

Paras tertinggi bacaan yang dicatatkan adalah pagi semalam dengan bacaan 65. rekod berkenaan diperoleh dari kawasan taiping.

Negeri Perak mempunyai lima kawasan yang terpilih untuk merekodkan kadar IPU iaitu dua di Ipoh, Jalan Tasek dan S K Jalan Pegoh. Tiga yang lain masing-masing di Taiping, Manjung dan Tanjung Malim.

Laporan dicatatkan sebanyak tiga kali sehari, bacaan pertama direkod pada pukul 7 pagi, seterusnya pukul 11 pagi dan rekod terakhir dicatatkan pada pukul 5 petang.

Secara keseluruhan, i-p-u di seluruh negara berada pada kualiti yang baik dan bersih.

Peratusan bacaan i-p-u tahap bersih dengan tahap sederhana masing-masing pada kadar 50 peratus untuk tahun ini.

Sumber laporan diperoleh melalui laman sesawang rasmi, kementerian sumber asli dan persekitaran.


End//ezza

No comments:

Post a Comment