Friday, January 22, 2010

SILVERFLY IPOH-PHUKET

SILVERFLY IPOH-PHUKET

Bermula pertengahan Februari depan, syarikat penerbangan tambang murah Silverfly akan memulakan operasi penerbangan terus dari Ipoh ke Phuket.

Penerbangan laluan dijadual dua kali seminggu pada setiap Rabu dan Sabtu.

Selain Phuket, Silverfly turut mengenalpasti beberapa lagi lokasi untuk dikomersialkan.

Penerbangan langsung lain yang dirancang dimulakan April itu, antaranya melibatkan laluan Ipoh-Johor, Ipoh-Kota Baharu dan Ipoh-Langkawi.

Harapan pemilik Silverfly, Ruby Hashim, dengan adanya kemudahan infrastuktur yang disediakan, bidang sosio ekonomi antara bandar dapat dimajukan dan dipromosikan khususnya dalam mengenali negeri Perak.

Semalam, Silverfly, memulakan sesi penerbangan pesawat barunya dari Ipoh ke Medan.

Mulai September lalu, penerbangan Ipoh-Medan dibuka tiga kali seminggu pada Ahad, Selasa dan Khamis.

End//baizura

No comments:

Post a Comment