SKMM SEMINAR
Kononnya pencawang komunikasi akan mengancam kesihatan penduduk.
Justeru, dakwaan itu akan disanggah melalui satu seminar yang akan diadakan oleh suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (S-K-M-M) bagi menjelaskan isu tersebut.
Menurut Pengarah SKMM Wilayah Utara Mohd Hussin Ali, melalui seminar berkenaan, pemimpin masyarakat akan dimaklumkan tentang hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pihak berhubung pencawang komunikasi dan kesannya kepada kesihatan.
Perkara itu dijelaskan di majlis perasmian Pusat Jalur Lebar Komuniti (P-J-K) Pengkalan Hulu. hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Di majlis ini, lebih 50 pemimpin masyarakat Orang Asli berpeluang mengikuti siaran langsung ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan Digital Pekan 1Malaysia di Pekan, Pahang.
End//
No comments:
Post a Comment