seluas 26 hektar kawasan jelapang padi Felcra Seberang Perak, kampong gajah akan menggunakan kaedah penanaman padi organic sepenuhnya melalui projek perintis Pakej Pengurusan Perosak Bersepadu I-P-M Lestari.
Pengerusi Felcra Berhad Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), konsep penanaman mesra alam itu dijangka mampu menghasilkan pendapatan bersih 4 ribu ringgit sehektar berbandaing seribu ringgit sebelum ini.
Kajian yang dijalankan mardi lebih setahun lalu di felcra seberang perak ini membuktikan, kaedah berkenaan telah Berjaya meningkatkan hasil padi kepada 5.9 metrik tan sehektar berbanding 3.9 metrik tan sebelumnya.
Dengan kaedah i-p-m ini, jaminan turut diberikan di mana kualiti tanah akan lebih subur dan berupaya menghasilkan pendapatan lumayan jika diurus secara bersistematik.
Felcra juga bercadang memperluaskan kaedah i-p-m ini di semua jelapang padi milik Felcra jika ianya berjaya.
End//
No comments:
Post a Comment