Thursday, January 7, 2010

POLIS SAMSENG

S -POLIS-SAMSENG


Polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap ibu bapa atau penjaga remaja bawah 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah pihaknya akan segera memanggil dan meminta ibu bapa berkenaan agar mengambil langkah-langkah sewajarnya terhadap anak mereka termasuk memberi amaran keras kepada anak-anak itu.

Hakikatnya usaha menangani gejala samseng jalanan dengan penguatkuasaan undang-undang tidak akan berkesan tanpa kerjasama ibu bapa.

Bercakap di majlis perhimpunan bulanan jabatannya di Ipoh, Datuk Zulkifli berkata kes tersebut mencatatkan peningkatan di Perak pada tahun lepas dengan penangkapan sebanyak 59 orang berbanding 30 orang pada tahun 2008.

Dalam perkembangan lain, Datuk Zulkifli berkata peningkatan kualiti perkhidmatan akan dapat mengurangkan jumlah aduan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.

Sebagai contoh, sebanyak 361 aduan diterima tahun 2008 tetapi pada tahun lepas hanya 293 aduan dicatatkan, turun sebanyak 19 peratus.

Siasatan salah laku dan pelanggaran tatatertib anggota polis juga menurun lebih 19 peratus.

Konsep Stop Walk and Talk (SWAT) yang diperkenalkan sejak bulan lepas juga diharap akan dapat mengurangkan lagi kadar jenayah di bandar raya Ipoh.

##

No comments:

Post a Comment