Thursday, January 21, 2010

AMARAN LKIM

AMARAN LKIM

55 ribu nelayan yang menerima elaun sara hidup 200 ringgit sebulan akan dipantau jika tidak turun menangkap ikan di laut.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengerusinya Datuk Abdul Rahim Ismail berkata walaupun hanya tiga ke lima peratus yang terlibat, namun perkara itu akan menjejaskan usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan miskin.

buat permulaan, nelayan yang terlibat akan diberikan amaran dan selepas itu nama mereka akan senarai hitamkan, sebelum kad nelayan, kad e-diesel serta kad e-petrol dibatalkan.

Sejak September lalu, nelayan yang layak telah berdaftar sebagai penerima elaun tersebut untuk memastikan masalah kemiskinan di Negara ini dapat diatasi.

Datuk Abdul Rahim menyatakan perkara itu selepas majlis pelancaran Ladang Ikan Di Laut (LIDL) LKIM Perak di perairan Pulau Tukun Terendak, Lumut.

End//baizura

No comments:

Post a Comment