MINGGU SATU DENGGI
Laporan dari 3 hingga 9 Januari 2010, menunjukkan kes demam denggi di Perak meningkat sembilan peratus berbanding minggu sebelumnya.
Hal itu menjadikan Perak antara lapan buah negeri yang mencatatkan peningkatan kes denggi yang berjumlah 940 kes.
Dalam pada itu, dua kematian dilaporkan yang berlaku di selangor dan kuala Lumpur.
Secara keseluruhannya, jumlah kes demam denggu terkumpul di Perak untuk minggu pertama tahun 2010 ini berjumlah 23 kes. Ia meningkat 2 kes jika dibanding dengan minggu pertama tahun 2009.
Dalam satu kenyataan, ketua pengarah kesihatan Malaysia, tan sri dr mohd ismail merican berkata, peningkatan kes denggi pada awal tahun ini perlu dipandang serius oleh masyarakat. Langkah pencegahan melalui menghapuskan tempat pembiakan Aedes perlu ditangani.
dengan meluangkan 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan persekitaran ia dapat mengurangkan jangkitan dan kematian akibat demam denggi.
End//ezza
No comments:
Post a Comment