MIC IT
Dengan penggunaan laman sesawang seperti Facebook dan Myspace, ia dapat meningkatkan hubungan interaksi pelbagai pihak.
Justeru, MIC Perak menggunakan pendekatan ini untuk mendekati golongan muda.
Menyedari kepentingan teknologi maklumat i-t kepada para belia, pengerusi MIC perak Datuk S. Veerasingam berkata usaha berkenaan dibuat bagi memperoleh maklumat semasa.
Selain itu hubungan maya ini dapat menyelami masalah dan meninjau aktiviti para belia di negeri ini.
Hasilnya, kritikan dan maklum balas yang diperolehi akan dikumpul dan MIC akan membantu menyuarakannya kepada pihak-pihak yang berkaitan.
Tambah datuk Veerasingam lagi, pendekatan melalui internet itu dijalankan serentak
dengan peningkatan program dan aktiviti social.
Ia dijalankan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
End.//
No comments:
Post a Comment